Berita

Aktiviti pelajar

Aktiviti pelajar (16)

Program Executive Talk dan penglibatan pihak industri dapat memberi suntikan baru kepada pelajar ICYM melalui perkongsian aspirasi dan kejayaan sebagai sumber inspirasi untuk mereka meningkatkan motivasi diri

Terima kasih kepada Master Shiro dan Tuan Tjey sudi berkongsi pengalaman dan tips-tips yang sangat berguna terutama dalam bidang Digital Transformation Strategy.

"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”

 

Ahad, 12 Mac 2023 14:51

ICYM MEMILIH

Written by

Sekitar suasana Hari Pengundian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024 yang telah berlangsung dengan jayanya. Tempoh berkempen selama 2 minggu memberi peluang para pelajar ICYM mengenali dan meneliti manifesto calon yang bertanding.

Seramai 10 calon mendapat undian terbanyak seterusnya berjaya terpilih sebagai MPP dan antaranya adalah Willy Jali Anak Dagang, Aliff Najmi Musa, Alia Safiya Amir dan Coralyn Emba Anak Ngadi.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang MPP sesi 2023/2024.. Berusaha dan bertindaklah dengan lebih proaktif dalam memimpin para pelajar ICYM ke arah yang lebih cemerlang.

"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”

Sabtu, 11 Mac 2023 15:38

EVENTERRA 2.0 ICYM DISAMBUT MERIAH

Written by

Program Eventerra 2.0 berjaya menonjolkan sifat kepimpinan, kerja berpasukan dan bakat keusahawanan di kalangan pelajar ICYM. Ini selaras dengan matlamat Sekolah Pengurusan Perniagaan memberi pendedahan ilmu keusahawanan dan perniagaan.

Pelbagai acara diadakan seperti jualan makanan, minuman dan aktiviti lain mengikut kreativiti masing-masing untuk menjana keuntungan. Program dimeriahkan lagi dengan persembahan Kewer Dance dan Ihram Tutorial. Apabila ditanya berkenaan program ini, rata-rata pelajar menyatakan ianya bagus dan boleh ditambahbaik lagi di masa akan datang.

 "INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”

 

Selasa, 21 Februari 2023 16:41

ANAK MUDA ICYM BENCI DADAH

Written by

AADK Negeri Melaka telah dijemput untuk mengadakan ceramah dan pameran antidadah bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar ICYM berkaitan najis dadah serta kesan dan akibatnya.

Program anjuran ICYM TVET ini dapat memberi manfaat kepada semua pelajar dan meningkatkan kesedaran tentang penyalahgunaan dadah. Melalui pameran ini, pelajar dapat melihat sendiri maklumat dan gambar-gambar tentang jenis-jenis dadah dan kesan akibat penyalahgunaan dadah.

Diharap semoga semua pelajar mendapat pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah.

"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution”

Selasa, 21 Februari 2023 16:22

Program Amal ICYM TVET di Rumah Anak Yatim Darul Aitam

Written by

Terima kasih kepada Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Telok Mas Melaka sudi menerima kunjungan dari ICYM TVET.

Objektif program memberi pendedahan kepada pelajar ICYM berkaitan aktiviti tanggungjawab sosial @ CSR dan sekaligus meraikan anak-anak terpilih ini.

Justeru, lebih banyak lagi program CSR kepada komuniti akan diadakan lagi di masa akan datang.

"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution"

Selamat Datang kepada pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke ICYM . Perjumpaan khas bersama pelajar-pelajar tajaan JPA ICYM antara lain bertujuan memantau perkembangan semasa pelajar di kampus.

Terima kasih pihak JPA sudi bekerjasama dengan ICYM. Semoga usaha-usaha murni ini akan meningkatkan lagi mutu pendidikan tinggi negara.

"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution"

Khamis, 08 September 2022 06:17

“Hari Karikatur KAYM 2022”

Written by
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Unit Alumni & Pertubuhan Dunia Karikatur Malaysia (PEDUKAR) Pedukar dengan kerjasama School Of Media Technology & Art (SMART), Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka akan menganjurkan Program Bersama Alumni : “Hari Karikatur KAYM 2022” pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 21 September 2022 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : DK 1, KAYM
Penganjuran program ini bertujuan untuk menarik minat para pelajar KAYM tentang bidang karikatur dan memperkenalkan alumni KAYM yang berjaya dalam industri ini disamping memberi perkongsian serta ilmu yang bermanfaat kepada semua.
Program yang akan berlangsung ini akan diisi dengan pameran & jualan produk karikatur, Demonstrari Lukisan Karikatur serta Bicara Kerjaya bersama alumni yang merupakan pemegang “The Malaysia Books Of Record” dalam bidang karikatur.
Semua pelajar KAYM dan mereka yang berminat dijemput hadir bagi memeriahkan “Hari Karikatur KAYM 2022” ini.
Sekian, Terima Kasih.
Suasana ceria mewarnai Majlis Penyampaian Sijil Tamat Program Intro Career (PIC) Batch 1 2022. Majlis penyampaian sijil disempurnakan Tuan Haji Wan Ahmad Kamil, Ketua Eksekutif ICYM.
Pelbagai acara menarik seperti sketsa, lakonan dan nyanyian dari pelajar-pelajar turut sama memeriahkan lagi majlis tersebut. ICYM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar PIC Batch 1 2022.
GOOD LUCK FOR YOUR SPM RESULT?

Final Year Project FYP 2022 SMART dari Program Diploma Teknologi Animasi, Program Diploma Teknologi Multimedia. Semoga calon-calon FYP 2022 terus maju jaya dalam bidang masing-masing.?

Galeri FYP 2022 SMART

Selasa, 15 Mac 2022 02:08

TAHNIAH ATAS KEJAYAAN AML ICYM

Written by
TAHNIAH ATAS KEJAYAAN AML ICYM ?
Syabas kepada Iyzzat Yahya dan Sia Wie Hao yang telah berjaya mendapat Aircraft Maintenance Licence (AML) dan diiktiraf oleh Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM). Anda adalah KEBANGGAAN kami warga ICYM.❤️
Bagi lepasan SPM yang berminat dalam bidang Aviation, untuk melayakkan diri sebagai Aircraft Maintenance Engineer, mesti ada lesen khusus dalam bidang ini ye. Kerjaya yang menarik tapi juga gaji juga dikira lumayan!
Apa tunggu lagi jom belajar di ICYM.?
Halaman 1 dari 2

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram

Test1