Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)

SARJANA MUDA PENGURUSAN (PEMASARAN)
R/345/6/0800 (06/2027) MQA/FA 6179 

PROSPEK KERJAYA

Graduan program boleh bekerja sebagai Pengurus Pemasaran Produk, Pembantu Pemasaran, Eksekutif Pembelian dan Pentadbiran atau jawatan berkaitan pengurusan dan pemasaran dalam industri atau organisasi berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi ICT

CALON DENGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)
MATRIKULASI UNIVERSITI MALAYA (UM), 
MATRIKULASI SAINS, 
MATRIKULASI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM).

i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu / Bahasa Kertas Julai Malaysia di peringkat SPM
ii. Lulus Sijil Matrikulasi KPM / Matrikulasi Sains UM / UiTM Matrikulasi, memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 2.00.
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2 untuk Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET).  

Serta 

SYARAT KELAYAKAN KHAS PROGRAM

i. Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut: Matematik / Ekonomi / Perakaunan / Pengurusan Perniagaan /Fizik / Kejuruteraan Fizik / Matematik Kejuruteraan / Biologi /Pengantar Ekonomi dan satu (1) mata pelajaran lain dan
ii. Lulus dengan sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam Matematik. 

CALON DENGAN KELAYAKAN DIPLOMA DAN KELAYAKAN SETARAF DENGANNYA

i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia Kertas Julai.
ii. Memiliki diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2 untuk Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET).

Serta 

SYARAT KELAYAKAN KHAS PROGRAM

i. Memiliki kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat UTM dan memperoleh PNGK sekurang-kurangnya 2.00, atau
ii. Kepujian dalam subjek Matematik peringkat SPM, atau
iii. Mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana subjek Matematik di peringkat diploma.  

CATATAN:

Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan diploma yang lengkap (dari semester pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga diminta untuk mengemukakan salinan diploma mereka atau surat perakuan menunjukkan bahawa calon telah berjaya menamatkan program diploma. Tahun pendaftaran dan tempoh pengajian bergantung pada pemindahan kredit yang diluluskan oleh UTM.

Hubungi Kami :

Contact Us
Feel free to contact us if you have any questions

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram

Test1