YOUNG MÉTIER

Young Métier

Young Métier merupakan program kelolaan School of Business Management (SBM) yang bertujuan menyediakan platform keusahawanan sebagai satu nilai tambah kepada para pelajar KAYM. Para pelajar akan didedahkan dengan ilmu keusahawanan sepanjang pengajian mereka di KAYM. Pengetahuan berkaitan keusahawanan akan diberikan secara berperingkat bermula dari pelajar berada di Semester 1 sehinggalah mereka menamatkan pengajian.

Melalui program ini, diharapkan  para pelajar dapat dibentuk menjadi usahawan setelah bergraduasi nanti sebagai salah satu laluan alternatif kerjaya mereka.

Objektif

  1. Membentuk minat serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk mempelajari ilmu berkaitan keusahawanan.
  2. Memberi pendedahan tentang kelebihan keusahawanan dan peluang-peluang yang boleh dicipta.
  3. Memberikan peluang kepada pelajar untuk mempelajari teknik pemasaran digital untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
  4. Menyediakan nilai tambah kepada para pelajar KAYM selain kelulusan akademik.
  5. Melahirkan pelajar yang kreatif dan berdaya saing yang pandai mencipta peluang setelah bergraduasi.

Hubungi Kami :

Contact Us
Feel free to contact us if you have any questions

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram

Test1