TALKING TITANS

Talking Titans

Sebuah modul telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Pelaksana Program Talking Titans yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Pusat Bahasa dan Pengajian Umum dan Sekolah Teknologi Media dan Seni.  Talking Titans menjadi trademark terbaharu KAYM yang memfokus untuk melahirkan graduan yang mahir dalam bidang masing-masing di samping keupayaan untuk berkomunikasi dalam semua peringkat.

Program ini dijalankan melalui tiga (3) peringkat iaitu Peringkat Pengenalan (Semester 1), Peringkat Sekolah (Semester 2) dan Peringkat Kolej (Semester 3). Proses pembelajaran dalam program ini dijalankan secara teori dan praktikal untuk membolehkan pelajar membina daya kreativiti masing-masing untuk berkomunikasi.

Objektif

  1. Menghasilkan pelajar yang mampu berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai peringkat dan tujuan.
  2. Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang asas-asas pengucapan awam berkaitan aspek Etika Pengucapan Awam, Mengumpul Idea dan Maklumat, Mengatur Bahan Ucapan dan Penyampaian Ucapan.
  3. Melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi dan berketrampilan ketika berhadapan dengan pelbagai situasi khalayak.

Hubungi Kami :

Contact Us
Feel free to contact us if you have any questions

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram

Test1