Kenapa KAYM?

Kenapa KAYM ?

Reputasi Dan Kualiti

Menginjak usia ke-24 tahun di persada dunia pendidikan negara, KAYM telah membuktikan bahawa program yang ditawarkan, fasiliti yang disediakan dan pentadbiran yang berkualiti telah melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi. KAYM telah memperoleh penarafan 5 bintang MyQuest, kualiti MS ISO 9001:2015 dan tampil sebagai institusi pengajian tinggi pertama di Melaka yang menerima Sijil Pengiktirafan 'Approved Training Organisation (ATO) dari Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA). Di samping itu, ia juga menjadi tonggak pelaksana pelbagai kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah agensi-agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri ke arah melahirkan graduan yang relevan dalam memenuhi keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Kepimpinan & Pembangunan Staf

KAYM memberi keutamaan dalam mengembangkan kemahiran kepimpinan dan pembangunan secara aktif melalui penglibatan kursus dalam kalangan kakitangan. Kursus-kursus ini memperluas dan mempelbagaikan pengetahuan kakitangan khususnya dalam aspek pengurusan masa yang efektif, budaya kerja positif, amalan komunikasi berkesan dan berfikir secara kritis. Pelaksanaaan kursus ini direka bentuk secara seimbang mengikut keperluan bidang akademik semasa, pengurusan kualiti menyeluruh dan aspek kemahiran insaniah. Ini diyakini mampu melahirkan kakitangan yang efektif dalam melaksanakan tugas dalam era persaingan dan cabaran global mutakhir.

  • Bengkel 2U2I On Work Based Learning (WBL)
  • Bengkel MOD Open & Distance Learning (ODL)
  • Kursus Train The Trainer 2020 For ICYM Staff
  • Bengkel Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Staf Akademik

Kakitangan akademik KAYM sangat komited dalam usaha memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sejajar dengan keperluan global mencakupi skil menyelesaikan permasalahan dengan baik dan berkeupayaan berfikir secara praktikal dalam menterjemahkan idea dan teori kepada realiti.  Kami mempunyai kekuatan seramai 82 orang pensyarah dan kakitangan akademik di enam (6) buah sekolah, dua (2) buah program kerjasama, sebuah (1) pusat bahasa dan pengajian umum serta sebuah (1) pusat hubungan industri.  Kakitangan kami terdiri daripada pensyarah yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma, Sijil dan Lesen Profesional. Mereka ini berkelayakan dengan kepakaran dan pengalaman dalam bidang masing-masing.

Hubungi Kami :

Contact Us
Feel free to contact us if you have any questions

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram

Test1