Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

SARJANA MUDA SAINS (PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA)
R/345/6/0799 (06/2027) MQA/FA 6178 

PROSPEK KERJAYA

Eksekutif Sumber Manusia
Pelatih Pegawai Penyelidikan di sektor awam dan swasta
Ketua  Pegawai Pendidikan di syarikat multinasional
Perunding Pembangunan Sumber Manusia dan Latihan
Ahli Akademik dan Penyelidik di institusi pengajian tinggi 

SYARAT KEMASUKAN CALON DENGAN KELAYAKAN STPM DAN KELAYAKAN SETARA DENGANNYA 

i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu / Bahasa Kertas Julai Malaysia di peringkat SPM
ii. Lulus ujian STPM, memperoleh sekurang-kurangnya:

a. Gred C (NGMP 2.00) dalam subjek Pengajian Am dan
b. Gred C (NGMP 2.00) dalam DUA (2) mata pelajaran lain. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2 untuk Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET). 

Serta

i. Lulus sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana satu (1) subjek berikut: Matematik S / Matematik T / Ekonomi / Perakaunan / Pengajian Perniagaan / Fizik / Maklumat dan Teknologi Komunikasi / Sejarah / Seni Visual dan
ii. Mana-mana satu (1) subjek lain kecuali Pengajian Am dan
iii. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam subjek Matematik di peringkat SPM.

CALON DENGAN KELAYAKAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan memperoleh kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau kredit dalam Bahasa Melayu / Kertas Bahasa Malaysia Julai, dan
ii. Lulus minimum Jayyid di Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Band 2 untuk Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET). 

Serta 

SYARAT KELAYAKAN KHAS PROGRAM

i. Mendapat minimum Jayyid Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
ii. Mendapat kredit dalam mata pelajaran berikut di peringkat SPM iaitu: Matematik dan mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut: Matematik Tambahan / Ekonomi Asas / PrinsipPerakaunan / Perdagangan / Fizik / Teknologi Maklumat atau Alat Pengaturcaraan & Pembangunan;
iii. Lulus dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam Matematik di peringkat SPM.

Program Kerjasama KAYM- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Program Kerjasama KAYM- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memberi peluang kepada pelajar yang tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian di UTM dalam kursus-kursus  ditawarkan oleh universiti tersebut. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dikendalikan di KAYM oleh tenaga pengajar berpengalaman menggunakan silibus yang dikeluarkan oleh pihak universiti.

CATATAN:
Calon dikehendaki menghantar keputusan peperiksaan diploma yang lengkap (dari semester pertama hingga semester akhir) ke UTM. Calon juga diminta untuk mengemukakan salinan diploma mereka atau surat perakuan menunjukkan bahawa calon telah berjaya menamatkan program diploma. Tahun pendaftaran dan tempoh pengajian bergantung pada pemindahan kredit yang diluluskan oleh UTM.

Hubungi Kami :

Contact Us
Feel free to contact us if you have any questions

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram

Test1