Berita

Isnin, 20 Februari 2023 04:46

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2022

Written by

Kepada semua pelajar tingkatan 5 2022 , warga ICYM mengucapkan Selamat Berjaya dan semoga mencapai kecemerlangan.
Diharap anda dapat menjawab dengan jayanya dan buat yang terbaik untuk diri dan keluarga.

Ingatlah KEJAYAAN adalah hak milik setiap insan. Semoga anda dapat menempuh peperiksaan SPM dengan penuh ilmu di dada dan tenang menjawab soalan.

Ikhlas dari Warga ICYM

Sabtu, 18 Februari 2023 17:20

ICYM PERKUKUH JARINGAN KERJASAMA BERSAMA INDUSTRI

Written by
Pengurusan akademik ICYM telah mengadakan lawatan ke dua syarikat iaitu Red Circle Studio dan 84Animation Studio.
Matlamat lawatan memperkasa kurikulum pembelajaran berasaskan Work Based Learning (WBL) bagi keperluan industri dan meningkatkan jaringan kerjasama bersama industri.
Pendekatan WBL ini merupakan gabungan pembelajaran akademik dan pengalaman sebenar di tempat kerja.
"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution"
 

Selamat Datang kepada pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke ICYM . Perjumpaan khas bersama pelajar-pelajar tajaan JPA ICYM antara lain bertujuan memantau perkembangan semasa pelajar di kampus.

Terima kasih pihak JPA sudi bekerjasama dengan ICYM. Semoga usaha-usaha murni ini akan meningkatkan lagi mutu pendidikan tinggi negara.

"INDUSTRY BASED Higher Learning Institution"

Selamat Datang pegawai-pegawai dari UniSZA yang diketuai oleh Dr. Zainab Hj Mohd Shafie, Ketua Pusat Sains Kejururawatan ke ICYM. Sesi Audit ini dimulakan dengan sesi perbincangan bagi cadangan penawaran program Diploma Sains Kejururawatan UniSZA. Seterusnya, sesi lawatan kemudahan-kemudahan dan fasiliti pembelajaran di ICYM

Terima kasih kepada pihak UniSZA kerana sudi bekerjasama dengan ICYM. Semoga dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia ini dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan tinggi negara.

-KERJASAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)-
TAWARAN KEMASUKAN PENGAJIAN DIPLOMA DENGAN KERJASAMA UTM / DIPLOM ICYM SESI 2023 KINI DIBUKA
Permohonan pengajian peringkat DIPLOMA / A-LEVEL / SIJIL
Mohon secara online :
Khamis, 03 November 2022 01:23

MAJLIS PENYERAHAN PERANTI SISWA ICYM

Written by
MAJLIS PENYERAHAN PERANTI SISWA ICYM?️?️
Seramai 428 pelajar ICYM menerima bantuan peranti siswa di bawah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM). Dengan pemberian bantuan peranti siswa ini, dapat menjadi pemangkin kepada penerima untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.
Gambar-gambar sekitar kemeriahan Majlis Penyerahan Peranti Siswa ICYM yang berlangsung hari ini.
JOM BELAJAR DI ICYM❤️
Rabu, 26 Oktober 2022 09:14

Selamat Hari Deepavali❤️

Written by
Selamat Hari Deepavali❤️
Selamat menyambut hari deepavali bagi tahun 2022 kepada seluruh masyarakat hindu yang meraikanya.
Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya kegembiraan dan kebahagiaan.
Happy Diwali?
Khamis, 20 Oktober 2022 04:33

TINGKAT KESEDARAN PENTINGNYA KHIDMAT KAUNSELING

Written by
TINGKAT KESEDARAN PENTINGNYA KHIDMAT KAUNSELING?‍?
Sempena sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaaan ICYM dengan kerjasama Lembaga Kaunselor Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menganjurkan program Jelajah Kaunseling Prihatin Rakyat peringkat Negeri Melaka.
Programn bertujuan membudayakan kaunseling sebagai sistem sokongan masyarakat dan mempertingkatkan kesedaran umum terhadap kepentingan perkhidmatan kaunseling. Gambar-gambar sekitar kemeriahan program Jelajah Kaunseling Prihatin Rakyat 2022.
JOM BELAJAR DI ICYM❤️

TAHNIAH TOKOH IKON KORPORAT ISLAM

Dengan penuh takzim dan rasa bangga seluruh Warga ICYM mengucapkan setinggi- tinggi TAHNIAH kepada YBhg. Dato' Mohd Khay Ibrahim, Pengarah Urusan
Kumpulan Zikay Group merangkap Lembaga Pengarah ICYM
atas penganugerahan *Tokoh Ikon Korporat Islam*
Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1444H/2022M

Tahniah dan semoga terus cemerlang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Rabu, 21 September 2022 00:52

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2022

Written by
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2022????
"Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara” – Tunku Abdul Rahman
Negara Malaysia sudah merdeka,
Terkenal megah di seluruh dunia,
16 September Hari Malaysia,
Bersatulah hati kita semua❤️

Penafian

KAYM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Ikuti kami

Facebook Youtube Instagram

Test1