fbpx

Pelajar UTM-ICYM Dapat Anugerah Medal

UTMO1 64dcc
Seramai 6 graduan program kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan International College Of Yayasan Melaka (ICYM) telah disenaraikan sebagai penerima Anugerah Medal di Majlis Anugerah Graduan Cemerlang sempena dengan Majlis Konvokesyen UTM ke-59 baru-baru ini.
 
Majlis Penyampaian Anugerah Graduan Ceremlang UTM telah disempurnakan Dekan UTMSpace,  Prof. Dr Mohd Fua'ad Rahmat dalam satu majlis bertempat di Pulai Spring Resort, Johor Bahru. Turut hadir sama Naib Presiden Akademik ICYM, Jasmy Fardzy Abdul Aziz dan Pengurus Besar Pemasaran, Ahmad Fauzi Abdul Jalil mewakili Ketua Eksekutif ICYM.
 
Jasmy berkata Anugerah Medal merupakan penghargaan kepada graduan program UTM-ICYM yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan memberi peluang untuk merealisasikan potensi akademik mereka.
 
“Anugerah ini juga sebagai galakkan kepada para pelajar program UTM-ICYM yang lain agar berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan akademik’’ ujurnya lagi.
 
Jasmy menambah, ICYM amat berbangga dengan pencapai cemerlang para penerima anugerah dan ini menjadi bukti bahawa mutu dan kualiti pembelajaran di ICYM adalah sama atau setanding dengan pengajian arus perdana.
 
“ICYM menghargai usaha cemerlang para graduan seterusnya melahirkan modal insan terbaik dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berdaya saing” katanya.
UTMO2 74517
 
Penerima Anugerah Medal, Intan Syahira Kadri, Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) berharap dapat mengekalkan kecemerlangan ini apabila melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.
 
Selain itu, Goh Chen Yie yang juga graduan Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan), teruja apabila dimaklumkan beliau terpilih menerima Anugerah Medah.
 
Katanya,  beliau amat bersyukur dengan anugerah yang diberikan ini dan bukan mudah untuk terpilih dan berjaya.
 
“Sokongan dan tunjuk ajar dari para pensyarah ICYM banyak membantu saya untuk mendapat keputusan cemerlang disamping usaha yang berterusan dan dorongan dari ibubapa” katanya.
 
Penerima lain, Piong Sin May, graduan Diploma Pengurusan Teknologi berkata beliau bersyukur kerana terpilih dan tidak sangka layak menerima anugerah tersebut.
 
  “Saya merasa gembira belajar di ICYM dan penganugerah ini mendorong saya untuk meningkatkan prestasi akademik saya apabila melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah nanti.” Ujurnya lagi.
UTMO3 2f0d1
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
 
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Tel   :  (606) 2817732 ext  262 / 013 659 2779
Fax  :  (606) 2861062 Email    :  harmiyati@kym.edu.my
 

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print