fbpx

TVET Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi

02 ae4b4

Ketua Eksekutif International College Of Yayasan Melaka (ICYM), Datuk Saroni Judi berkata bagi menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kita perlu memastikan pendapatan rakyat terus bertambah dengan meningkatkan kemahiran sedia ada.

Beliau dijemput selaku panel membincangkan aspirasi dalam bidang pendidikan dengan mengulas tajuk “TVET Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi " yang bersiaran secara langsung dalam program Assalamualaikum di TV Al Hijrah, baru-baru ini

Justeru, beliau berpendapat pelaburan dalam bidang pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menambah baik mobiliti sosial dan kesejahteraan rakyat

Daripada aspek pendidikan katanya, bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan terakhir, sebaliknya semakin mendapat pengiktirafan masyarakat dunia kerana kepentingannya terhadap pembangunan ekonomi negara.

"Pemerkasaan bidang TVET mampu memenuhi pelbagai tuntutan ekonomi, sosial dan alam sekitar, sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang adil, inklusif dan mampan.

"Selama ini, TVET dianggap sebagai pilihan terakhir dalam pendidikan dan pilihan kerjaya disebabkan persepsi orang ramai kursus itu adalah bagi mereka yang tidak cemerlang dalam akademik.

"Namun, persepsi ini semakin terhakis kerana banyak kerajaan di seluruh dunia sedang mengiktiraf kepentingan pemerkasaan bidang TVET," katanya.

Beliau berkata Kerajaan komited untuk memastikan sistem dan fungsi TVET dapat dilaksanakan dengan Mengiktiraf TVET sebagai teras ketiga di dalam Rancangan Malaysia Ke11.

“ Kita perlu melatih dan meningkatkan tenaga mahir tempatan secara berterusan agar mereka menjadi kompetitif, berpeluang memiliki pekerjaan dan pendapatan yang lumayan dan kini jumlah mereka hampir 28% dan disasarkan meningkat kepada 35% menjelang tahun 2020” ujurnya lagi

Justeru, kita perlu memperkasa modal insan ke tahap yang lebih tinggi, supaya setanding dengan negara-negara maju yang lain dengan sasaran sekurang-kurangnya mencapai 45% pekerja mahir menjelang tahun 2030, menghampiri negara maju seperti Switzerland iaitu sekitar 50%.

01 4df0d

“Dalam Bajet 2017, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan Matching Grant atau Geran Padanan bagi program-program TVET berimpak tinggi.”

Beliau berkata dengan aspirasi dan visi Transformasi Nasional 2050 atau TN50, Kerajaan melalui Pembangunan Sumber Manusia (PSMB) juga memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta daripada 30% dana terkumpul bagi tujuan TVET untuk mewujudkan tenaga buruh yang berdaya saing di peringkat global.

Program bual bicara in membicarakan topik-topik terkini dan menampilkan tetamu-tetamu undangan dari pelbagai bidang secara santai dan bersahaja yang di hoskan Irma Hasmie .

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka
Tel : (606) 2817732 ext 262 / 013 659 2779
Fax : (606) 2861062 Email : harmiyati@kym.edu.my

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print