ICYM, University Of South Wales Tandatangan MOU Di London
International College Of Yayasan Melaka (ICYM) melakar sejarah apabila menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama University of South Wales (USW), sebuah universiti terkemuka di Wales bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang akademik.
ICYM diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Saroni Judi manakala USW pula diwakili wakil kepada Naib Canselor USW dan disaksikan Pengerusi Dunia Malaysia Dunia Islam (DMDI), Tan Sri Mohd Ali Rustam di Malaysia Hall, London pada 16 Mei yang lalu..
Majlis turut meraikan Perasmian DMDI United Kingdom, Majlis Pelantikkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di Eropah dan Ceramah "Masa Depan Industri Petroleum-Pasca Kejatuhan Harga Minyak".
Menurut Saroni, MoU ini merangkumi kerjasama dan memberi peluang kepada pelajar-pelajar dalam bidang Penyelenggaraan Enjin Pesawat melanjutkan pengajian ke luar negara di peringkat Ijazah Sarjana Kejuruteraan Penyelenggaraan Enjin Pesawat di USW.
Disamping itu ICYM juga juga menjalin kerjasama dengan USW dalam beberapa bidang seperti penyelidikan, program-program mobiliti pelajar serta staf dan banyak lagi.
“ICYM percaya bahawa kerjasama yang erat ini adalah satu usaha merealisasikan ‘co-branding' yang akan membantu mempercepatkan lagi ‘rebranding' ICYM di persada antarabangsa” kata Saroni.
USW juga sedia bekerjasama dengan ICYM bagi menjalin hubungan dua hala dalam bidang pendidikan tinggi terutama dalam bidang Aeronautik dan ini merupakan peluang ICYM mengukuhkan hubungan sejagat.
Menurut beliau, ICYM dan USW mungkin mempunyai organisasi yang berbeza dan beroperasi dalam negara yang berbeza, tetapi mempunyai banyak persamaan kerana berjuang untuk memberi khidmat kepada pelajar dengan cemerlang.
Menurutnya lagi dengan termeterainya MoU tersebut dapat membentuk rangkaian antarabangsa yang akan memperkukuhkan kerjasama dalam bidang akademik dan beberapa inisiatif utama.
“Ini akan menjadi satu platform bagi ICYM untuk terus maju setapak lagi di arena antarabangsa dalam usaha mencari peluang dan memperluaskan jaringan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi di peringkat global” katanya lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka
Tel : (606) 2817732 ext 262 / 013 659 2779
Fax : (606) 2861062 Email : harmiyati@kym.edu.my
Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM
- Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
- Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil
Permohonan:
Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)