Pelajar SMK Telok Gadong Teruja Lawat ICYM
Seramai 80 pelajar Tingkatan 5 dari SMK Telok Gadong, Klang mendapat pengalaman berguna dan berinspirasi dalam sesi lawatan sambil belajar ke negeri Melaka dan International College of Yayasan Melaka (ICYM), baru-baru ini.
Lawatan tersebut berjaya memberi pendedahan bermakna kepada mereka terutama berkaitan program-program pengajian tinggi terkini yang ditawarkan oleh ICYM dan seterusnya mempromosi ICYM sebagai “Pusat Kecemerlangan Pendidikan” kepada anak-anak negeri Selangor.
Rombongan diberi taklimat organisasi oleh Pendaftar ICYM, Aminalrashid Mohd Hussain dan seterusnya dibawa melawat kemudahan-kemudahan pembelajaran di ICYM seperti makmal komputer, studio animasi, studio tv dan perpustakaan.
Para pelajar teruja apabila diberi peluang melawat bengkel enjin pesawat ICYM dan merasai sendiri pengalaman berada dalam pesawat yang sebenar dan turut diberi penerangan berkaitan program-program dalam bidang kejuruteraan enjin pesawat.
ICYM menawarkan program seperti Aircraft Maintenance License Engineer, Aircraft Maintenance License Technician, Diploma in Aircraft Maintenance Technology dan Aviation Sheet Metal dan kini diiktiraf sebagai Pusat Latihan Bertauliah (ATO) oleh Jabatan Awam Malaysia (DCA).
Menurut guru pengiring Anita Laila, lawatan ke ICYM adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan suasana persekitaran kolej di samping mendapat gambaran sebenar proses pembelajaran di ICYM.
Beliau berharap hubungan baik yang sedia terjalin antara pihak sekolah dan ICYM dalam bidang pendidikan akan dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia membantu memberikan impak positif yang cukup bermanfaat kepada kedua-dua pihak.
Mereka turut dibawa melawat sekitar bandar Melaka seperti Menara Taming Sari, Memorial Kemerdekaan, Istana Melaka dan menyusuri Sungai Melaka.
“Kita amat teruja dengan perkembangan kemajuan Melaka pada hari ini dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan dan perhatian yang diberikan semasa kami berada di negeri Melaka” kata mereka lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka
Tel : (606) 2817732 ext 262 / 013 659 2779
Fax : (606) 2861062 Email : harmiyati@kym.edu.my
Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM
- Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
- Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil
Permohonan:
Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)