Mobirise

Sekolah Teknologi Media dan Seni

Sekolah Teknologi Media dan Seni (SMART) ditubuhkan pada tahun 1999 dengan objektif untuk memberi ruang kepada pelajar untuk mengembangkan idea dan kreativiti dan seterusnya menyumbang kepada industri kreatif negara yang sedang pesat membangun. Industri kreatif negara sentiasa berkembang pesat dan ia memerlukan tenaga kerja yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi.

SMART telah mengambil peranan proaktif dengan menyediakan kursus-kursus yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran. Keistimewaan kursus ini adalah dimana ia dijalankan dalam bentuk 60% kerja amali dan 40% teori. Pensyarah yang ada juga berpengalaman di dalam bidang masing-masing. Pelajar tahun akhir SMART akan diberi peluang untuk mempamerkan hasil kerja mereka di pameran "Diploma Show".

Setelah menamatkan kursus ini, pelajar juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi lagi di institusi pengajian awam atau swasta. 

DIPLOMA TEKNOLOGI ANIMASI

R2/213/4/0108 (12/2022) A8415

Syarat Kemasukan

Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit didalam mana-mana subjek termasuk lukisan; ATAU
LULUS peringkat sijil didalam bidang berkaitan dari mana-mana institusi pengajan tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; DAN
Lulus temuduga / ujian lukisan / penilaian portfolio bagi calon yang tidak lulus subjek lukisan.

Tempoh & Jam Kredit

3 tahun ( 6 Semester).
92 jam Kredit.

Prospek Kerjaya

Animator 2D / 3D / Pereka Grafik dan Multimedia / Artis Kesan Khas (Special Effects) / Fotographer / Editor Video / Pereka laman Web..

DIPLOMA TEKNOLOGI MEDIA

R/213/4/0090 (12/2022) A8416

Syarat Kemasukan

Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit didalam mana-mana subjek termasuk Bahasa Melyu & English; ATAU
Lulus TIGA (3) kredit didalam peperiksaan ‘O’ Level; ATAU
-sebarang kelayakan yang berkaitan .

Tempoh & Jam Kredit

3 tahun ( 6 Semester).
91 jam Kredit.

Prospek Kerjaya

Journalis / Fotographer / Editor Video / Penulis Iklan / Pereka Grafik /
Journalis Penyiaran / Pembantuu Penerbit / Pembantu Pegawai Perhubungan Awam.

DIPLOMA TEKNOLOGI MULTIMEDIA

R3/213/4/0159 (02/2024) A4731

Syarat Kemasukan

Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit; ATAU
Lulus Sijil Kreatif Multimedia (Level 3. MQF) dan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.00; ATAU
Lulus Sijil Vokasional & Teknikal ( Level 3, MQF) didalam bidang berkaitan dan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.00, DAN
Satu (1) tahun pengalaman bekerja didalam bidang berkaitan ATAU ;
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 didalam bidang berkaitan DAN
Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya SATU (1) kredit..

Tempoh & Jam Kredit

3 tahun ( 6 Semester).
90 jam Kredit.

Prospek Kerjaya

Pereka bentuk Multimedia (Motion Effects, Audio/Video) / Pereka Bentuk 3D / Pereka Bentuk Laman Web / Pereka Grafik / Desktop Publisher / Fotografer Digital / Pereka Bentuk Pengiklanan didalam bidang iklan, penerbitan ‘Media Baru’ dan ICT.
ALAMAT

No. 1, Jalan Bukit Sebukor, 75150 Melaka


HUBUNGI

Email: info@kym.edu.my
Telefon: +06 281 7732
Fax: +06 281 6845


Built with Mobirise web templates