Mobirise

Melaka mempunyai tinggalan sejarah silam yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri. Selain pelancongan, bidang pendidikan juga dapat menggamit penghijrahan lebih ramai anak muda bagi melanjutkan pelajaran ke negeri ini. Perkembangan bidang pendidikan yang bermutu menjadikan Melaka sebagai Koridor Ilmu di rantau ini.

Penubuhan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mendapat sokongan penuh kerajaan negeri Melaka dan dirasmikan sepenuhnya pada 23 Mac 1997. Berpegang kepada visi menyediakan pendidikan antarabangsa yang diiktiraf di peringkat global bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing.

KAYM menawarkan pelbagai program pengajian terkini peringkat ijazah, diploma, sijil dan kursus-kursus profesional yang berkualiti. Bagi mendepani cabaran semasa, KAYM menawarkan program-program yang amat diperlukan dalam industri sekali gus melahirkan Modal Insan yang memiliki kemahiran bersesuaian .

Terkini KAYM mengambil satu langkah ke hadapan dengan mempraktikkan pendekatan pembelajaran berasaskan tempat kerja atau Work-Based Learning (WBL) kepada program-program yang ditawarkan. Dengan melebarkan jaringan mencakupi pelbagai bidang bersama rakan strategik dalam pelbagai industri, KAYM memberi peluang pelajar mengubah nasib dan masa depan dengan memberi jaminan pekerjaan selepas tamat pengajian.

VISI KAMI

Menyediakan pendidikan antarabangsa yang diiktiraf di dalam Ekonomi Global

MISI KAMI

Menyediakan pendidikan berkualiti dan melatih warga global agar dapat meningkatkan daya saing di persada antarabangsa

Mobirise
PERUTUSAN KETUA EKSEKUTIF
KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya dan seluruh warga Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung laman web ini. Dalam dunia maklumat tanpa sempadan masa kini, laman web ini amat penting sebagai saluran rasmi untuk menyalurkan pelbagai maklumat terkini mengenai kolej, kegiatan pelajar dan kemudahan yang disediakan.

KAYM mula beroperasi pada tahun 1997 dan telah melahirkan ramai graduan dalam pelbagai bidang. Sebagai sebuah IPT yang telah lama bertapak di persada pendidikan tinggi Negara, KAYM amat komited melahirkan graduan berkualiti bagi mengisi permintaan industri sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Program-program pengajian yang ditawarkan menepati kehendak industri masa sekaligus menyedia dan melengkapkan para pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan terkini agar dapat mengharungi cabaran dalam era perubahan global dan melahirkan modal insan Negara bertaraf professional, berkaliber dan cemerlang.

Di KAYM kami memberi jaminan bahawa program-program akademik yang ditawarkan memenuhi mutu dan standard yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sistem pendidikan Malaysia telah bergerak maju dari kaedah tradisional iaitu pembelajaran di dalam bilik kuliah ke pembelajaran berasaskan tempat kerja. Terkini, KAYM mengambil satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan pembelajaran berasaskan kerja atau dikenali sebagai Work Based Learning (WBL) kepada program-program yang ditawarkan.

Melalui WBL, pendekatan pembelajaran adalah dengan menggunakan tempat kerja sebenar atau real-life work experience sebagai medium ilmu dan pengetahuan dalam pembelajaran. Sehubungan itu, pelajar KAYM memiliki nilai tambah pengalaman bekerja sebenar yang mengabungkan pembelajaran di institusi selama 2 tahun sahaja manakala bekerja di industri selama 1 tahun.

KAYM telah bekerjasama dan menandatangani Perjanjian Persefahaman @ MoU bersama lebih 30 syarikat terplih dalam pelbagai bidang seperti perhotelan, perkilangan, penyiaran, pendidikan yang akan bertindak sebagai pemangkin menyediakan platform industri bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program WBL ini.

Alhamdulliah pada tahun ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan tawaran penajaan Program Dermasiswa B40 kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pengajian di KAYM. Sehubungan itu, KAYM telah dikenalpasti pihak JPA untuk melaksanakan Program Dermasiswa B40 Tahun 2021 bagi program Diploma Teknologi Animasi, Diploma Teknologi Media dan Diploma Teknologi Multimedia.

Menuntut ilmu adalah wajib bagi seluruh umat manusia kerana tanpa ilmu manusia tidak akan tahu bagaimana untuk mengemudi hidup di dunia ini. Di KAYM kami sentiasa memberikan ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang mencari-cari destinasi bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Saya yakin anda akan jadi yang TERBAIK bersama KAYM.

Akhirkata, saya berharap laman web ini dapat memberi panduan yang berguna kepada semua pengunjung memperolehi maklumat yang diperlukan dengan segera dan efisyen. Kami akan sentiasa memastikan portal ini mengandungi maklumat terkini yang dapat memberi input dan manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih. 

ALAMAT

No. 1, Jalan Bukit Sebukor, 75150 Melaka


HUBUNGI

Email: info@kym.edu.my
Telefon: +06 281 7732
Fax: +06 281 6845


Web page was designed with Mobirise