fbpx

Memperkasa Pendidikan Ke Arah Pencapaian TN50

alhijrah04 01517
Ketua Eksekutif International College Of Yayasan Melaka (ICYM), Datuk Saroni Judi berkata memperkasa pendidikan negara adalah teras yang disifatkan sebagai “tiang seri” kepada kejayaan negara dan Transformasi Nasional 2015 (TN50).

Beliau dijemput selaku panel membincangkan aspirasi dalam bidang pendidikan dengan mengulas tajuk “Memperkasa Pendidikan Ke Arah Pencapaian TN50" yang bersiaran secara langsung dalam program Assalamualaikum di TV Al Hijrah, baru-baru ini.

alhijrah03 3b4f3

TN50, satu gagasan yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Justeru, beliau berpendapat TN50 adalah kesinambungan dasar-dasar rancangan jangka panjang negara yang telah diasaskan sebelum ini

Daripada aspek pendidikan katanya, TN50 bertujuan memastikan kerangka pendidikan negara berada pada landasan kukuh dan jelas dalam mencorakkan generasi pelapis negara.

alhijrah02 45602

“Sistem pendidikan kita berevolusi dan ia wajar diperkemaskan seawal peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat tertinggi. Ini kerana pendidikan adalah hak asasi setiap warganegara.

Modal Insan cemerlang juga dapat dizahirkan menerusi kejayaan dalam bidang pendidikan yang merupakan penyelesaian kepada usaha kerajaan untuk memastikan setiap keluarga dapat menikmati masa depan yang lebih baik.

Beliau berkata kerajaan perlu memperuntukkan budget yang besar dalam memperkasa pendidikan negara dan menyifatkan istilah pendidikan lebih bersifat menyeluruh dan holistik.

Saroni juga berharap masyarakat sentiasa merebut peluang untuk memajukan diri dan menetapkan cita-cita pada tahap tertinggi serta tidak mudah berpuas hati.
alhijrah01 dac46

“Kita perlu memastikan kejayaan transformasi pendidikan dengan melakukan anjakan paradigma yang menjurus kepada perubahan minda. Justeru, hanya dengan pendidikan sahaja kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam memburu kejayaan.

Program bual bicara ini membicarakan topik-topik terkini dan menampilkan tetamu-tetamu undangan dari pelbagai bidang secara santai dan bersahaja yang di hoskan Ustaz Nabil Ahmad.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka
Tel : (606) 2817732 ext 262 / 013 659 2779
Fax : (606) 2861062 Email : harmiyati@kym.edu.my

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print