ICYM Tawan Puncak Tahan
Percubaan pertama mendaki Puncak Gunung Tahan setinggi 2,187 meter membuahkan kejayaan apabila 10 peserta dari International College Of Yayasan Melaka (ICYM) berjaya menawan puncak gunung tersebut, baru-baru ini.
Menurut Ketua Eksekutif ICYM, Datuk Saroni Judi, kesabaran dan semangat kerjasama peserta berbalas apabila berjaya menawan puncak tertinggi di Semenanjung dan kedua tertinggi di Malaysia itu.
“Kejayaan pendakian ini memberi pengalaman dan juga mencatat sejarah tersendiri setelah mereka berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu pada tahun 2016 sekaligus penutup “Ekspedisi Cabaran 7 Gunung 2016”.
“Misi menawan puncak Gunung Tahan bukanlah mudah, peserta memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi rintangan dan kesukaran bentuk muka bumi yang curam untuk sampai ke destinasi” katanya.
Saroni berkata ekspedisi selama 6 hari ini menguji ketahanan fizikal dan mental peserta, membakar semangat agar bertahan sampai ke puncak serta mempromosi aktiviti sihat di kalangan pelajar.
Ketua ekspedisi terbabit, Mohd Osman Togimin berkata, ekspedisi yang bermula di Kuala Juram, Merapoh disokong dengan keadaan cuaca yang elok membuatkan peserta bersemangat mendaki Gunung Tahan untuk sampai ke puncak.
“Selain itu, semua aktiviti masak dan pemasangan khemah dan solat berjemaah menyemai semangat bekerja berkumpulan dan membentuk sifat kepimpinan dalam diri peserta selain aktiviti pendakian ekstrem” katanya.
Menurutnya, meskipun berdepan dengan bentuk muka bumi yang berliku namun mereka amat terpukau dengan kecantikan flora dan fauna serta pemandangan di Taman Negara tersebut seperti air terjun yang indah di Lata Luis dan pokok-pokok bonsai di Kem Bonsai.
Adam Danial Razali, pelajar bidang kejuruteraan penyelenggaran pesawat, berkata kekuatan fizikal, mental dan semangat yang tinggi diperlukan untuk melakukan pendakian.
“Pendakian yang curam dan licin amat mencabar. Setiap kilometer perjalanan, terdapat pondok-pondok rehat disediakan untuk peserta. Ketika perjalanan itu, kami terpesona dengan kepelbagaian flora ciptaan tuhan” katanya.
Menurut Ooi Wei Jing, pelajar Sekolah Pengurusan Sains Komputer dan Kejuruteraan, halangan termasuk memanjat kecerunan hampir 90 darjah selain laluan batu-batuan raksasa dan akar kayu bersaiz besar menguji kesabaran, ketahanan mental dan fizikal.
Keadaan bertambah sukar ekoran hujan lebat. Mujurlah panorama indah mengubati keletihan yang mencengkam sehingga kami berjaya menawan puncak Gunung Tahan.
“Saya amat teruja untuk sampai ke puncak Tahan yang merupakan antara gunung yang tersukar di Malaysia” ujurnya lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka
Tel : (606) 2817732 ext 262 / 013 659 2779
Fax : (606) 2861062 Email : harmiyati@kym.edu.my
Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM
- Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
- Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil
Permohonan:
Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)