fbpx

Perajurit Muda ICYM Tamat Latihan

AS04 10a16

International College of Yayasan Melaka (ICYM) terus memacu pendekatan kerohanian dan kekuatan jati diri pegawai dan pelajarnya dengan mengadakan kerjasama bersama Regimen Askar Wataniah.

Seramai 6 pelajar dan seorang pegawai ICYM berjaya menamatkan latihan Kursus Asas Perajurit Muda Askar Wataniah, bertempat di Padang Kawat Rejimen 514, baru-baru ini.

Ketua Eksekutif ICYM, Mejar (Kehormat) Datuk Saroni Judi diberi penghormatan menerima tabik hormat dan menyempurnakan Majlis Perbarisan Penutup menyatakan amat berbangga kerana pelajar dan pegawai ICYM menyertai latihan dan kursus ketenteraan ini.

AS02 7f40d

Katanya, penglibatan pelajar dan pegawai ICYM dalam Askar Wataniah merupakan perintis kepada alam ketenteraan sekaligus meningkatkan displin dan jati diri pelajar.

Semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh pelatih-pelatih selama tempoh latihan dan kursus asas ketenteraan patut dikekalkan supaya dijadikan contoh dan teladan kepada rakan pelajar yang berminat menceburi dalam perkhidmatan Askar Wataniah.

Menurut Saroni berkhidmat sebagai anggota Askar Wataniah merupakan sumbangan besar kepada negara dan dapat membentuk tahap disiplin yang tinggi, kekuatan mental, jasmani yang menjadikan mereka lebih yakin serta berkepimpinan.”

“Keselamatan negara tidak boleh kita abaikan, oleh itu Askar Wataniah termasuk perajurit mudanya merupakan barisan kedua membantu angkatan tetap tentera mempertahankan kedaulatan negara serta menjaga kepentingannya” katanya lagi.

AS03 f7056

‘‘ICYM akan terus menyokong dan membangunkan askar wataniah untuk menjadi askar simpanan yang mantap dan mampu menjadi benteng kedua pertahanan negara.

‘‘Menerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (Jakpaw), ICYM akan terus mempergiatkan usaha menarik minat lebih ramai anak-anak muda untuk menyertai askar wataniah,” katanya.

Majlis penutup itu memperlihatkan persembahan anggota perajurit muda itu dengan perbarisan hormat di hadapan tetamu, nyanyian lagu Askar Wataniah, pemeriksaan barisan, pemakaian tanda pengenalan Rejimen dan pertunjukkan kawad, menyurai rusuhan dan penyampaian hadiah kepada pelatih terbaik

Sementara itu seorang pelatih perajurit muda ICYM yang juga seorang pensyarah, Azwa Amira Hussain juga menerima hadiah Pelatih Akademik Terbaik sempena majlis penutup itu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka 
Tel : (606) 2817732 ext 262 / 013 659 2779
Fax : (606) 2861062 Email : harmiyati@kym.edu.my

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print