fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

Delegasi ilmu ke RTM dan Muzium Negara

L15 b48b9

Pada 16 Mac 2017, Jabatan Sains Kemanusiaan, Pusat Bahasa dan Pengajian Umum International College of Yayasan Melaka telah Berjaya menganjurkan lawatan delegasi ilmu 2017 ke Angkasapuri (RTM) dan Muzium Negara. Lawatan kali ini merupakan kali kedua selepas kejayaan melawat Arkib Negara dan Bangunan Parlimen Malaysia pada tahun lalu.Lawatan ini telah berjaya memberikan ilmu dan pengetahuan yang terkini tentang dunia penyiaran ketika berada di Bangunan Angkasapuri, Kuala Lumpur. Selain itu, para pelajar dan pensyarah dapat mendalami lagi sejarah perkembangan manusia dan evolusi ketamadunan manusia dan negara apabila melawat Muzium Negara yang terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur.

Atas komitmen dan kesungguhan para pelajar dan pensyarah, lawatan kali ini telah berjaya dilaksanakan pada waktu yang ditetapkan. Seterusnya, para pensyarah pengiring telah diberikan beberapa tugas seperti penyediaan makanan, mengejutkan pelajar di asrama lelaki dan perempuan, dan ada pensyarah ditugaskan mengambil pelajar di Pulau Gadong untuk dibawa ke Asrama Perempuan Bachang Permai supaya perjalanan kali ini berjalan dengan lebih lancar. Para pensyarah telah keluar rumah seawall 4.30 pagi dengan menjalankan peranan masing-masing. Alhamdullillah, berkat usaha semua pihak yang terlibat bas yang membawa kami bertolak tepat pukul 5.30 pagi seperti yang dijadualkan di dalam tentatif.

Rombongan kami berhenti rehat di R&R Ayer Keroh pada jam 5.55 pagi untuk mengerjakan solat fardhu Subuh dan bersarapan pagi. Rombongan kembali bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 6.40 pagi dan selamat tiba di destinasi pertama iaitu Bangunan Angkasapuri (RTM) pada jam 8.50 pagi. Sejurusnya tiba, kami diminta melaporkan diri di Wisma TV RTM dan disambut pegawai pengiring yang begitu mesra, iaitu Pn. Nor Azura binti Abdul Halim. Beliau telah membawa kami untuk melihat studio 1 RTM yang banyak digunakan untuk acara siaran langsung seperti rancangan “Suara kita, hak kita”, “Dialog”, dan sebagainya. Seterusnya, kami dibawa melihat studio 2 yang menjadi set tetap untuk rancangan “Selamat Pagi Malaysia” yang disiarkan setiap hari di TV1.

Seterusnya, kami dibawa melawat Auditorium Perdana Angkasapuri dimana ketika itu sedang dijalankan raptai untuk program “Rentak Juara” yang disiarkan di tv2 pada setiap hari sabtu jam 9.00 malam. Pada ketika itu kami ditunjukkan bagaimana persiapan sebelum sesuatu siaran langsung dijalankan. Selepas itu, kami dibawa melihat konti-konti radio RTM, di mana di Angkasapuri terdapat 9 radio yang beroperasi di situ, seperti Klasik FM, Nasional FM, Minnal FM, Muzik FM dan lain-lain. Konti Radio Minnal FM sempat mewar-warkan lawatan kami secara langsung dengan menyebut nama Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka ketika juruhebah sedang keudara. Selesai melihat konti radio, kami di bawa ke muzium penyiaran untuk menyaksikan alatan-alatan serta bahan-bahan yang digunakan RTM sejak penubuhannya sehingga kini. Lawatan kami telah diberitahu bahawa usia RTM ketika ini menganjak kepada 72 tahun.

Lawatan kami di RTM tamat di muzium penyiaran dengan upacara penutup berlangsung di sini iaitu kira-kira jam 12.00 tengah hari. Lawatan kami diwakili Pengarah Pusat Bahasa dan Pengajian Umum, menyerahkan sedikit cenderahati kepada Pn. Nor Azura binti Abdul Halim sebagai tanda kenangan dan terima kasih di atas layanan yang amat mesra yang telah diberikan. Selesai lawatan di RTM, rombongan kami bergerak ke Masjid Negara untuk makan tengah hari serta solat Zohor di sana. Dikesempatan itu, lawatan kami juga sempat melawat makam pahlawan yang terletak di perkarangan Masjid Negara. Tepat pukul 2 rombongan kami bergerak ke muzium negara dan tiba 15 minit kemudian di sana. Setibanya di muzium Negara, lawatan kami berkesempatan melihat maklumat perkembangan dunia dan Malaysia sejak dari zaman pra-sejarah hingga kini. Ianya memberi input sejarah dan pengetahuan kepada peserta tentang perkembangan negara tercinta ini.

Setelah tamat melawat muzium negara pada jam 4.30 petang, rombangan kami bergerak pulang ke Melaka dan selamat tiba pada jam 7.00 malam. Semoga dengan lawatan ini memberi input yang baik serta berguna kepada semua dan Insya-Allah kami merancang untuk mengadakan lawatan ini selepas ini bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman. Ucapan terima kasih kepada semua pihak terutama pihak pengurusan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka dan Bahagian Pembangunan Akedemik yang banyak menyokong usaha dan lawatan kami.

Yang benar
Mohd. Faizal Bin Samsudin
Pengarah,
Delegasi Ilmu 2017.

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training