95 Pelajar ICYM Dapat Anugerah Dekan
Seramai 95 pelajar International College of Yayasan Melaka (ICYM) mendapat Anugerah Dekan berasaskan pencapaian cemerlang akademik pelajar dengan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) 3.8 ke atas.
Penyampaian Anugerah Dekan disempurnakan Ketua Eksekutif ICYM, Datuk Saroni Judi dalam satu majlis bertempat di kampus induk Bukit Sebukor, baru-baru ini
Menurut Saroni, penyampaian Anugerah Dekan bertujuan sebagai insentif kepada pelajar yang mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan memberi peluang untuk merealisasikan potensi akademik mereka.
“Anugerah ini juga sebagai galakkan kepada para pelajar ICYM agar berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kecemerlangan akademik’’ ujurnya lagi.
Saroni menambah, ICYM berharap para penerima anugerah dapat menggunakan peluang yang telah diberi dengan sebaik mungkin dan seterusnya berkongsi pengetahuan yang telah diperolehi demi kebaikan mereka apabila tamat pengajian kelak.
“ICYM menghargai usaha cemerlang para pelajar dalam peperiksaan seterusnya melahirkan modal insan terbaik dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berdaya saing” katanya.
Penerima Anugerah Dekan, Akma Hani Leman, berkata Anugerah Dekan ini menjadi pendorong sehingga beliau berjaya mencapai CGPA 4.00 dalam peperiksaan akhir.
Beliau yang mengikuti program Diploma In Aircraft Maintenance Technology berharap dapat mengekalkan kecemerlangan ini agar dapat melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.
Selain itu Christie Stephenie Sim yang juga pelajar Diploma Bimbingan Dan Kaunseling, teruja apabila dimaklumkan beliau terpilih menerima anugerah itu.
Katanya, anugerah yang diberikan ini akan digunakan sebaik-baiknya kerana bukan mudah untuk terpilih.
Penerima lain, Nurul Ateeqah Abd Kuddus, Diploma Keusahawanan dengan CGPA 4.00 berkata beliau bersyukur kerana terpilih dan tidak sangka layak menerima anugerah tersebut.
Seorang lagi pelajar yang mendapat CGPA 4.00, pelajar Diploma In Aircraft Maintenance Technology, Foo Jing Hong berkata beliau amat bersyukur apabila dimaklumkan terpilih untuk menerima Anugerah Dekan tahun ini.
“Saya merasa gembira belajar di ICYM dan penganugerah ini mendorong saya untuk meningkatkan prestasi serta kecemerlangan akademik saya terutama dalam bidang Aeronautik.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Tel : (606) 2817732 ext 262 / 013 659 2779
Fax : (606) 2861062 Email : harmiyati@kym.edu.my
Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM
- Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
- Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil
Permohonan:
Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)