fbpx

Perutusan Ketua Eksekutif International College of Yayasan Melaka (ICYM) Sempena Tahun Baru Cina 2017

cnyICYM2017 ed500

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Xi Nian Kuai Le dan Gong Xi Fa Cai, khususnya kepada warga kerja, pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) dan seluruh masyarakat Tionghua di Malaysia.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina dan tahun ini adalah tahun Ayam Jantan (rooster) atau lebih tepat lagi Ayam Api. Tahun 2017 merupakan tahun Ayam yang berunsur ‘Api’ dan bersifat ‘Yin’ iaitu elemen api melambangkan kehangatan dan ketenangan batin dalam menjalin hubungan di dalam keluarga. Semoga Tahun Ayam Api ini akan membawa sinar harapan, kebahagiaan dan kemakmuran.

Teruskan tradisi terbaik warga Malaysia dengan berkongsi sambutan dengan semua kaum. Runtuhkanlah tembok-tembok pemisah dan pagar-pagar penghalang dan binalah jambatan penghubung antara hati-hati kita. Perteguhkan tekad bagi mempertahan, mengukuh dan menyuburkan perpaduan nasional yang telah kita bina selama ini.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa sekalipun untuk sama–sama meraikan perayaan ini dalam konteks menjaga keharmonian dan perpaduan kaum. Marilah kita saling kenal-mengenali, kunjung mengunjungi serta hormat-menghormati dengan rakan-rakan berlainan bangsa dan yang paling penting adalah hubungan masyarakat 1Malaysia perlu dirapatkan.

Mengambil semangat dari perayaan ‘Gong Xi Fa Cai’ tahun ini, saya berharap warga kerja ICYM akan sentiasa berada di dalam momentum kecemerlangan budaya kerja. Bertanggungjawab dan berintegriti hendaklah menjadi sebahagian dari sikap dan amalan untuk kita menghadapi segala cabaran dalam kehidupan mahupun dalam kerjaya.

Semoga tahun yang mendatang ini dimurahkan rezeki dan terus melakukan kebaikan agar sama-sama bersatu hati, mengorak langkah membina negara Malaysia yang aman sentosa dan membangun dengan cemerlang.

Akhir kata, saya juga berharap agar Tahun Baru akan membawa lebih kemakmuran dan kejayaan kepada kolej kita yang tercinta ini.

Gong Xi Fa Cai


DATUK HAJI SARONI HAJI JUDI
Ketua Eksekutif

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print