fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

Industri Penyiaran Beredar Ikut Masa

razip02 65107

Encik Mohd. Razip bin Hj. Kamari merupakan Pensyarah di Sekolah Teknologi Media dan Seni (SMART), Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM). Berpengalaman luas dalam bidang penyiaran dan merupakan pakar dalam industri penerbitan terutama pembikinan dokumentari dan iklan komersial.

Beliau boleh dikatakan pakar dalam pembikinan iklan televisyen dan terlibat secara langsung sebagai pengarah dan editor bagi iklan-iklan komersial seperti Harapan Maybank, Rancangan Masakan Beras Herba Ponni Taj, Nouvouge Visage, CNI Life Enzyme, Syarikat Faiza, PEKEMA, Promo Jejak Rasul, Umobil, McDonalds dan banyak lagi.

Berikut adalah temubual bersama beliau.

1. Boleh ceritakan tentang penglibatan En Razip dalam bidang penyiaran?

Pengalaman dalam bidang ini bermula sejak tahun 1991 lagi. Saya mula bekerja dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Unit Media. Bidang tugas berhubung dengan pihak media, surat khabar dan majalah termasuk membuat visual-visual untuk televisyen atau majalah.

razip01 405bb

Saya juga terlibat dalam rakaman kecemasan kebakaran, kemalangan dan lain-lain kecemasan. Berminat dalam bidang audio visual sejak dulu lagi. Selepas 5 tahun dalam bidang kebombaan saya terus berhijrah ke stesen TV3 pada tahun 1995. Bukan saya tidak minat dalam bidang kebombaan tapi saya perlu tumpukan minat saya ke bidang yang lebih spesifik.

Di TV3 lebih kurang 3 tahun, bermula di Jabatan Kejuruteraan sebagai Jurukamera, banyak program yang telah saya buat sama ada dalam studio atau luar studio.

Pada tahun 1997 selepas berhenti dari TV3 saya berhijrah ke Universiti Multimedia, Melaka dan bekerja sambil belajar. Sebagai Teknikal Assistant, saya bertanggungjawab dari segi teknikal. Saya sambung belajar di Universiti Malaya (UM) dalam bidang penerbitan video untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran saya dalam bidang yang sama.

Saya ditukarkan ke cawangan di Cyberjaya pada tahun 1999. Bekerja pada waktu siang dan sebagai “freelance” stesen TV pada waktu malam. Kerana minat saya lakukan 2 kerja dalam 1 masa.

Program pertama adalah program Misi Bantuan Kemanusiaan di Peshawar disiarkan di RTM pada tahun 1999. Itulah produk pertama yang saya hasilkan. Satu misi bantuan yang hampir membunuh nyawa rakan saya di mana dia telah ditembak. Bermula dari situ, saya mula dicari oleh orang-orang industri dengan kemahiran dan kepakaran yang saya ada.

Pada tahun 2000 saya diminta pihak Astro untuk menerbitkan program keagamaan Jejak Bumi Ambia sebanyak 7 episod. Saya berpeluang buat liputan dan penggambaran selama sebulan berkaitan tempat di mana para nabi dan rasul pernah singgah di Mesir, Jordan dan Arab Saudi.

Akhir tahun 2000 saya ditawarkan oleh Kolej Yayasan Melaka (KYM) untuk mengajar walaupun saya masih di industri. Dari hari sehari kerja saya banyak di luar dari mengajar. Oleh kerana saya dapat rasakan sudah tidak seimbang, saya berhenti mengajar kerana industri memerlukan saya. Saya berhijrah semula ke Kuala Lumpur pada tahun 2005 sehingga pada tahun 2015 saya kembali mengajar ke Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM).

Selama 10 tahun tersebut, saya banyak terlibat menerbitkan lebih kurang 40 TV komersial , 200 promo tv dan 150 jenis iklan-iklan pendek untuk TV.

2. Mengapa bidang penyiaran ini penting kepada masyarakat?

Penyiaran adalah salah satu bidang khusus dalam media. Tidak dinafikan hari ini terdapat pelbagai alternatif lain dalam bidang penyiaran, selain dari televisyen seperti media sosial dan youtube untuk menyampaikan maklumat atau berita kepada umum.

Bidang penyiaran ini adalah satu bidang yang sangat luas dan penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat kepada kumpulan sasaran. Banyak perkara dan peristiwa perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam keadaan dunia yang seringkali dilanda bencana, peranan media amat penting. Ramalan keadaan cuaca yang disiarkan di televisyen telah dapat memberikan panduan kepada masyarakat untuk merancang aktiviti harian mereka.

Di Malaysia, bidang penyiaran telah dapat memberikan maklumat dengan cepat seperti dalam kes kejadian tanah runtuh, banjir dan Tsunami. Selain itu maklumat daripada perkhidmatan stesen radio tentang kesesakan jalan raya juga telah dapat membantu pengguna jalan raya dalam merancang perjalanan mereka.

Ia juga membentuk pemikiran rakyat dalam sesuatu perkara dan peranan mempengaruhi minda masyarakat memang tidak dapat disangkal lagi. Sebagai contoh, pihak kerajaan dan pembangkang banyak menggunakannya semasa pilihan raya untuk memastikan orang ramai terus menyokong mereka.

3. Apakah masa depan dan prospek kerjaya pada pelajar selepas tamat pengajian ini?

razip03 6243bBerkaitan prospek kerjaya atau masa depan dalam bidang penyiaran, pada pendapat saya amat memberangsangkan. Industri penyiaran adalah satu industri yang sentiasa berkembang.

Sebagai contoh bidang pengiklanan adalah satu cara bagaimana untuk mengurangkan cukai pendapatan. Dalam bidang komersial atau pengiklanan, kerajaan akan memberi insentif dari segi kelepasan cukai pendapatan. Syarikat-syarikat besar akan menggunakan kaedah pengiklanan untuk mengurangkan cukai pendapatan syarikat. Dengan adanya insentif ini, masa depan atau prospek kerjaya dalam bidang ini amat luas.

Selain dari pengiklanan, terdapat pelbagai cabang dalam penyiaran. Bidang penyiaran ini juga dapat mendisiplinkan kehidupan seseorang, contoh dari segi masa amat penting menjaga ‘’punchtuality’’ @ pengurusan masa dengan betul kerana setiap kelewatan melibatkan kos yang tinggi. Jadi, sentiasa memikirkan tentang kos.

Maknanya jika lewat, kos itu akan berganda. Kita perlu bersedia awal sebelum sesuatu acara rakaman atau program siaran langsung di mana bidang penyiaran mengajar seseorang itu untuk lebih berdisiplin perlu berada di lokasi tiga atau empat jam sebelum acara.

Trend digunakan oleh syarikat-syarikat perniagaan untuk memasarkan barangan mereka melalui Siaran iklan untuk merangsang pengguna untuk membeli sesuatu barangan. Walaupun pihak syarikat dikenakan bayaran tertentu di atas iklan yang disiarkan tetapi lazimnya mereka mendapat keuntungan yang lebih banyak daripada iklan tersebut.

Perniagaan yang berkembang akan menguntungkan syarikat dan pihak syarikat pula dapat menaikkan gaji pekerja. Media elektronik seperti televisyen dan internet juga turut digunakan untuk memasarkan sesuatu barangan dan perkhidmatan.

Bidang penyiaran bukan sahaja bidang tentang pembikinan atau cara pembikinan video filem atau drama, tetapi perlu memiliki pengetahuan tentang akta ataupun garis panduan yang mana hanya orang-orang bidang penyiaran yang tahu. Sebagai contoh dalam bidang penyiaran, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyiarkan perkara-perkara berbentuk keganasan atau seksual. Jadi dalam bidang ini penting untuk kita ada kemahiran dan pengetahuan.

Dari prospek kerjaya, bidang ini membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Malah kerjaya dalam bidang penerbitan penuh dengan cabaran dan risiko. Namun demikian pulangan pendapatan melalui media juga amat tinggi.
Secara tidak langsung, dapat merangsang perkembangan bidang penyiaran di Malaysia. Justeru pelajar-pelajar bidang penyiaran mempunyai peluang kerjaya yang luas dan masa depan yang cerah.

4. Apakah perancangan Encik Razip dalam bidang ini di KAYM?

Perancangan saya yang pertama adalah menarik minat pelajar-pelajar lepasan SPM dalam bidang penyiaran, khususnya di KAYM. Matlamat saya adalah dari segi merapatkan perhubungan pihak industri dengan pelajar-pelajar KAYM. Ini amat penting kerana sebelum tamat belajar, mereka akan mendapat peluang merasai suasana kerja dalam bidang penyiaran.

Itu pun sudah cukup untuk memberi minat kepada pelajar dalam bidang penyiaran. Sekarang ini kerajaan memang mengarahkan semua universiti atau kolej berganding bahu dengan industri agar pelajar-pelajar dapat disediakan selaras dengan kehendak industri agar apabila keluar bekerja mereka tidak ada masalah untuk membantu membangunkan industri penyiaran.

Bagi saya pelajar mesti dilatih dengan perkara-perkara ini untuk berjaya dalam industri. Yang pertama, pelajar perlu ada komunikasi yang baik agar mereka faham apa yang nak disampaikan. Kedua; penyiasat yang baik, cara bagi mendapatkan berita yang paling tepat, bermutu dan terkini. Yang seterusnya perlu ada highly technical attitude di mana dapat menyesuaikan diri dengan peralatan-peralatan di sekeliling pada waktu yang sesuai.

Mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu multi tasking, boleh melapor berita, jurukamera, dalam masa yang sama mungkin seorang pengarah. Ini terbukti jika anda adalah key person dalam industri, orang akan mencari anda.
Seterusnya perlu mengawal tekanan. Tekanan memang tinggi di dalam penerbitan dan satu kerja yang dipanggil deadline oriented. Bidang penyiaran memerlukan individu yang highly efisien terutama kerja-kerja industri yang deadline oriented nature business.

Disamping itu, pengiat industri penyiaran perlu menetapkan nilai-nilai ketepatan yang tinggi iaitu perlu betul atau tepat pada kali pertama terutama penyiaran secara langsung. Tambahan, individu yang terlibat dalam bidang penyiaran perlu mementingkan ketetapan masa dan ketepatan berita yang terkini dari masa ke semasa.

5. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk lepasan SPM yang berminat dalam bidang ini?

Syarat kelayakan untuk mengikuti kursus ini adalah lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu atau kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training