fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

Rakyat Malaysia Pertama Mempunyai Kelulusan Tertinggi Luar Negara Dalam Bidang Pengajian Awal Kanak-kanak

01 1 1100eDr. Bustam Kamri adalah Dekan di Sekolah Sains Sosial, International College of Yayasan Melaka (ICYM). Berpengalaman luas dalam pendidikan prasekolah, kedoktoran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak dari University of Massachusetts. Beliau memegang ijazah The Professional Childcare Qualification (Infant, Todler and Preschool) oleh The Commonwelth of Massachusetts Office of Child Care, USA. Beliau juga sering diundang untuk membentang kertas kerja, menulis rencana buku-buku berkaitan prasekolah.

Kelayakan Akademik

  • Doctor of Education (Early Childhood Education) University of Massachusetts, USA
  • Master of Sciences (Early Childhood Education) Southern Connecticut State University, USA
  • Professional Child Care Qualification (Infant, Toddler and Preschool) The Commonwelth of Massachusetts Office of Childcare, USA
  • Bachelor of Education (Teaching Malay as First Language) (Universiti Pertanian Malaysia)
  • Sijil Guru (Maktab Perguruan Ilmu Khas)

Kepakaran/Specialization

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Bolehkah Dr ceritakan serba sedikit tentang penglibatan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Penglibatan saya bermula pada awal tahun 80-an, di mana program Pendidikan Awal Kanak-kanak pada masa itu belum lagi dikenali umum. Cuma garis panduan secara umum khusus untuk guru-guru tadika di Jabatan

Perpaduan Negara dan KEMAS. Pada masa itu belum ada penawaran program secara formal di IPT, yang ada hanyalah kursus-kursus jangka pendek di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Pada tahun 90an saya berkhidmat sebagai pensyarah dan terlibat melatih guru-guru untuk kursus jangka pendek dalam perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia selama 14 minggu, hingga 1 tahun di Institut Bahasa , Kuala Lumpur.

Saya juga mendapat pendedahan pada tahun 80an bersama sebuah organisai sukarelawan Jepun, Ohauashi Carivan yang aktif menggunakan boneka dalam pendidikan kanak-kanak . Di samping itu, saya juga aktif bersama pustaka Bimbingan Kuala Lumpur iaitu Perpustakaan Khusus untuk kanak-kanak bagi aktiviti melukis dan bercerita kepada kanak-kanak setiap hujung minggu.

Tahun 90an saya ditawarkan biasiswa oleh kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Lanjutan dalam bidang kanak-kanak di University Southern Connecticut State, Amerika Syarikat (AS) sebelum menyambung ke peringkat kedoktoran di University Massachusetts (AS).

Kejayaan menggenggam ijazah kedoktoran menjadikan saya rakyat Malaysia pertama mempunyai kelulusan tertinggi daripada luar negara dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Apakah pencapaian yang telah dicapai dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak?

Sebaik sahaja balik ke Malaysia, saya dilantik sebagai panel dan pengubal kurikulum Pendidikan Awal kanak-kanak bagi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Disamping itu, saya juga terlibat sebagai panel penasihat bagi Jabatan Perpaduan Negara, KEMAS dan juga penasihat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Saya juga dilantik sebagai panel akriditasi Lembaga Aktedirasi Negara (LAN) atau kini dipanggil Malaysian Qualifications Agency (MQA) untuk pengiktirafan program-program Pendidikan Awal Kanak-kanak.

02 1 e018e

Mengapa program pendidikan awal kanak-kanak ini penting ?

Pendidikan Awal Kanak-kanak di negara maju adalah asas kepada pembangunan insan. Ia lebih terjurus kepada sosialisasi dan akademik secara tidak langsung sebelum melangkah ke pendidikan formal. Masyarakat hari ini banyak yang salah tafsir tentang pendidikan awal kanak-kanak, masyarakat perlu diberi kefahaman antara pendidikan formal dan informal. Pendidikan Awal Kanak-kanak lebih menjurus kepada pendekatan bermain sambil belajar sesuai dengan fitrah kanak-kanak yang masih kecil.

Program Head Start diperkenalkan pada tahun 1964 di Amerika . Tujuan program ini diperkenalkan untuk membantu kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah sebelum memasuki sekolah.

Matlamat program Head Start ialah untuk membantu membasmi kemiskinan dengan memberi pendidikan kepada kanak-kanak dan keluarga menerusi program komprehensif yang dapat membantu keperluan mereka. Hasilnya terbukti kanak-kanak yang mengikuti program Head start telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam akademiknya apabila kanak-kanak ini ke sekolah.

Program Head Start menjadi model rujukan program pendidikan awal kanak-kanak Malaysia iaitu KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan Prasekolah Annex. KEMAS menubuhkan kelas tadikan pada tahun 1970-an bertujuan untuk memberi peluang pendidikan awal kepada kanak-kanak di luar bandar. Jabatan Perpaduan Negara menubuhkan kelas tadika untuk memberi peluang kanak-kanak daripada golongan kurang berkemampuan yang tinggal di bandar-bandar.

Manakala penubuhan kelas prasekolah annex adalah untuk memberi peluang yang sama kepada kanak-kanak daripada golongan yang tidak berkemampuan di luar bandar dan di bandar. Walau bagaimana pun program prasekolah di Malaysia telah disesuaikan dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara disamping memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak.

03 1 9b384

Masa depan dan prospek kerjaya selepas tamat pengajian ?

Program ini menyediakan graduan untuk memenuhi permintaan masa depan dan cabaran profesion perguruan di peringkat nurseri dan tadika, bagi kedua-dua sektor awam dan swasta. Ia melengkapkan sasaran kerajaan untuk memastikan bahawa semua guru dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda untuk Kementerian Pendidikan, dan pemegang Diploma sekurang-kurangnya untuk sektor swasta.

Justeru, Program pendidikan Awal Kanak-Kanak melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pendidik awal kanak-kanak, dan dalam profesion yang berkaitan.

Apakah perancangan Dr bagi Program Pendidikan Awak Kanak-Kanak di ICYM?

Menerusi Sekolah Sains Sosial, kita memberi tumpuan kepada usaha untuk melahirkan graduan yang boleh menyumbang kepada industri. ICYM menawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak kepada lepasan SPM yang menjurus kepada kebolehan pekerjaan iaitu pelajar-pelajar didedahkan lebih awal kepada kemahiran di lapangan (hands-on) bukan hanya di bilik kuliah sahaja.

Dalam perancangan, ICYM juga akan menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam pendidikan Awal Kanak-kanak target kepada pelajar-pelajar dengan minima kelulusan SRP.

04 1 8bfb7

Bagi menjayakan matlamat kebolehpasaran, baru-baru ini pihak ICYM telah menandatangani MoU bagi menjalankan hubungan kerjasama bersama Persatuan Tadika-tadika Swasta Negeri Melaka.

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang. Impiannya saya mahu melihat bidang perkembangan awal kanak-kanak menjadi antara jurusan yang boleh menjana pendapatan lumayan kepada masyarakat dan negara.

Apakah syarat-syarat kelayakan untuk lepasan SPM yang berminat dalam bidang ini?

Syarat kelayakan untuk mengikuti kursus ini adalah lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran atau kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.

 

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training