fbpx

ICYM Lengkapi “cabaran 7 Gunung” - Expedisi Terakhir Tawan Puncak Gunung Kinabalu

gunung03 a0de9

Seramai 16 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan International College of Yayasan Melaka (ICYM) bakal menawan puncak Gunung Kinabalu bagi melengkapkan Expedisi Cabaran 7 Gunung.

Majlis perasmian Majlis Perasmian Cabaran 7 Gunung (Expedisi Ke 7 : Gunung Kinabalu, Sabah) disempurnakan Timbalan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah ICYM, Datuk Haji Md. Rawi bin Mahmud di kampus induk ICYM, baru-baru ini.

Menurut Ketua Eksekutif ICYM, Datuk Saroni Judi program seperti ini dapat membina ketahanan, kekuatan fizikal, mental serta membentuk semangat berpasukan yang tinggi selain memantapkan lagi pengetahuan pelajar dalam bidang pengurusan organisasi.

gunung02 afc79

"Program ini merupakan aktiviti berbentuk fizikal bagi mengekalkan kecerdasan tubuh badan pada tahap yang optimum dan dapat meningkatkan keyakinan peserta untuk berhadapan cabaran.

Saroni berkata peserta telah berjaya menawan enam gunung iaitu Gunung Angsi, Gunung Datuk, Gunung Ledang, Gunung Nuang, Gunung Brinchang dan Gunung Irau.

“Program ini merupakan aktiviti berbentuk fizikal bagi mengekalkan kecerdasan tubuh badan pada tahap yang optimum dan dapat meningkatkan keyakinan peserta untuk berhadapan dengan sebarang cabaran dan rintangan,” katanya.

Pendakian ini memberi pengalaman yang amat berguna dan menakjubkan kepada peserta Expedisi Cabaran 7 Gunung ICYM yang bakal menawan Gunung Kinabalu sebagai penutup Expedisi pada 22 Februari nanti.

gunung01 03b41

Saroni berkata misi pendakian untuk menawan puncak 7 Gunung ini bukanlah mudah dan peserta memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi rintangan dan kesukaran bentuk muka bumi yang curam untuk sampai ke destinasi.

Beliau berkata, semangat kebersamaan yang ada dalam diri para peserta bagaimanapun mendorong untuk menawan semua puncak gunung tersebut di samping mempromosi aktiviti sihat dalam kalangan pelajar.

“Saya berharap lebih ramai pelajar ICYM dapat merancang aktiviti berbentuk jati diri seperti Ekspedisi Cabaran 7 Gunung ini bagi menaikkan lagi nama pelajar dan kolej,” ujarnya lagi.

Program bertema “Menawan Puncak Merealisasikan Impian” juga dapat mendekatkan golongan muda dengan alam sekitar sekaligus menghargai alam dan telah menerima tajaan dari 31 penaja berjumlah RM23ribu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka
Tel : (606) 2817732 ext 262 / 013 659 2779
Fax : (606) 2861062 Email : harmiyati@kym.edu.my

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print