fbpx

ICYM Dan Cardiff College, Uk Meterai MOU

c04 e98c8

International College of Yayasan Melaka (ICYM) dan “Cardiff & Vale College” (CAVC) dari Wales, United Kingdom (UK) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama terutama dalam bidang kejuruteraan pesawat melalui latihan, penyelidikan, perundingan serta pembangunan kakitangan.

Pada majlis itu ICYM diwakili Ketua Eksekutif, Datuk Saroni Judi manakala CACV  pula diwakili Naib Pengetua, Mary Kent sempena lawatan kerja ke “International Centre for Aerospace Training (ICAT) Cardiff College, UK baru-baru ini.

Menurut Saroni, kerjasama ini antara lain bakal melahirkan jurutera penyenggaraan pesawat terbang dengan ijazah kejuruteraan  enjin pesawat.

“Perkongsian ini bakal melahirkan graduan yang bukan sahaja memiliki segulung ijazah dari  universiti luar negara, malah layak untuk memiliki Lesen Penyelenggara Enjin Pesawat.” katanya.
 
Dalam masa yang sama, graduan ICYM juga berbeza dengan graduan yang dihasilkan oleh IPTA atau IPTS lain yang mana hanya memiliki ijazah dan tidak pula memiliki kelayakan lesen penyenggaraan pesawat terbang.

Tambahan, graduan-graduan program ini mempunyai peluang kerjaya dengan lebih banyak bidang dalam industri penerbangan, termasuk sebagai jurutera penyelenggara enjin pesawat yang mempunyai Lesen yang diiktiraf standard antarabangsa.

Kedua-dua pihak juga akan bekerjasama untuk menambah baik kurikulum dan silibus program agar bukan sahaja relevan kepada industri penerbangan, malah mematuhi piawaian dan peraturan yang telah ditetapkan.

Kedua-dua pihak berharap kerjasama ini diperkukuhkan lagi agar dapat melahirkan tenaga kerja mahir dan kompeten yang amat diperlukan oleh industri penerbangan negara dan antarabangsa pada masa kini dan masa hadapan.

Saroni juga berkata, ICYM sedang mengambil langkah mengukuhkan pembangunan modal insan berkualiti dalam bidang penyenggaraan pesawat agar graduan Malaysia setaraf serta berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Kerjasama ini juga berjaya melonjakkan nama ICYM dalam melahirkan modal insan berkemahiran bagi menampung keperluan guna tenaga mahir ke arah merealisasikan matlamat kerajaan menjadikan Malaysia Negara Berpendapatan Tinggi (High Income Country).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka
Tel   :  (606) 2817732 ext  262 / 013 659 2779
Fax  :  (606) 2861062 Email    :  harmiyati@kym.edu.my

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print