fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

Perutusan Tahun Baru 2016 Ketua Eksekutif ICYM

  • 2
  • 3
  • 4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia
Salam Melaka Maju Fasa II
Melaka 754 Tahun

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia serta rezeki yang dicurahkan, kasih dan sayangnya mengizinkan kita bersama-sama mengharungi Tahun 2015 dan kini memasuki Tahun Baru 2016.

Sejak ditubuhkan lebih 18 tahun lalu, ICYM telah melalui pelbagai kejayaan dan transformasi yang membantu pembentukan kecemerlangan bagi mengisi cita-cita dan aspirasi Negara ke arah melahirkan Modal Insan Berkualiti.

Pelbagai kecemerlangan dicapai pada tahun 2015 antaranya dari segi pencapaian akademik, pelajar program kerjasama UTM-ICYM berjaya dianugerahkan Medal Graduan Cemerlang di majlis konvokesyen UTM.

Sebanyak RM37,240.00 juga diperuntukkan bagi Biasiswa Dekan untuk membiayai 12 pelajar terpilih berdasarkan prestasi cemerlang akademik yang merangkumi kos yuran pengajian semester tersebut.

Selaras dengan transformasi pengantarabangsaan, ICYM juga memperluaskan jaringan kerjasama ke Chengdu, China termasuk membuka cawangan di sana dan menawarkan pelajar-pelajar China melanjutkan pengajian di ICYM terutama dalam Bidang Aviation, Pelancongan dan Bahasa Inggeris.

ICYM melalui Aeronatic Development Center (ADC) diiktiraf sebagai Pusat Latihan Bertauliah (ATO) oleh Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). ICYM merealisasikan hasrat negara melahirkan golongan profesional berkemahiran dalam bidang penyelenggaraan enjin pesawat dengan standard antarabangsa.

Peningkatan bilangan kemasukan pelajar baru ADC terbukti dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari ibubapa dan pelajar kerana program berkenaan bersifat antarabangsa berikutan kelulusan yang diperolehi setaraf dengan sijil atau lesen yang dikeluarkan oleh European Aviation Safety Agency (EASA).

Sejarah juga terlakar apabila ICYM menandatangani MoU Di Malaysia Hall, London bersama rakan-rakan universiti di luar negara seperti University Of South Wales (USW), “Institute Of Technology Carlow” (IT Carlow), Ireland Dan Perth College, University Of Highlands And Islands. Kerjasama ini memberi peluang pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah atau program “Degree In Aircraft”

Sebuah cawangan baru yang dikenali sebagai Langkawi International College of Aeronautic (LICA) di Langkawi juga telah dibuka dengan pengambilan pelajar baru bermula bulan Januari tahun ini. Pembukaan MRO 145 Di Langkawi International Airport yang akan dirasmikan tahun ini juga merupakan satu lagi tambah nilai @ “value added” yang mana pelajar akan mendapat pengalaman sebenar melalui “On Job Training” di pusat MRO LICA , Langkawi.


sar

Kita juga berjaya melahirkan 40 graduan kohort pertama di bawah Program Buying Seat Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bidang elektrik dan automotik. Manakala bagi pelajar tajaan UPEN Negeri Melaka pula, seramai 109 orang graduan dalam pelbagai bidang di bawah Sijil Kemahiran Malaysia.

Dari segi sukan pula, team Futsal OKU Negeri Melaka berjaya muncul Juara Kebangsaan dalam kejohanan Sukan OKU Peringkat Kebangsaan 2015 dan akan mewakili Malaysia untuk ‘Asean Paralympic Games’ Di Ho Chi Minh, Vietnam dan Singapura tahun ini. Kita amat berbangga dengan pencapaian ini yang kebanyakkan pemainnya pelajar MBK ICYM.

Di tahun 2016, lebih banyak cabaran yang bakal mendatang. Justeru itu, kita perlu membina lebih banyak lagi kejayaan, melipat gandakan usaha serta menambahbaikkan segala kelemahan yang menjadi penghalang kepada kejayaan kita.

Amat penting bagi kita untuk memuhasabah diri, menganalisa, menilai kejayaan atau kelemahan pencapaian di masa lalu dan mengambil iktibar serta pengajaran daripadanya untuk kita lebih bersiap sedia bagi terus memacu ke hadapan.

Marilah kita bersama menyambut kedatangan tahun 2016 dengan satu tekad yang kukuh dan terus memacu ke hadapan dengan keazaman serta semangat kental penuh iltizam. Sesungguhnya semangat kerja berpasukan, kegigihan dan keikhlasan kita adalah kunci utama kepada kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

Selamat Maju Jaya.

DATUK HAJI SARONI BIN JUDI
Ketua Eksekutif

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training