ICYM Anjur Bengkel Pengurusan Jenazah
Program anjuran bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) ICYM itu bertujuan memberi pendedahan kepada generasi muda cara pengurusan jenazah yang tepat, seiring dengan syariat Islam dan mengikis unsur tahyul dan mistik.
Majlis perasmian bengkel disempurnakan Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Melaka merangkap Exco Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Malaysia, Sham Mohd Ghani.
Turut hadir, Naib Presiden Akademik, Bahagian Pembangunan Akademik ICYM. Jasmy Fardzy Abdul Aziz dan Pengurus Besar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar ICYM, Mohamad Nawawi Saad.
Sham dalam ucapannya berkata Bengkel Pengurusan Jenazah dapat melahirkan generasi bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
“Ia juga berperanan mendidik belia supaya bertanggungjawab dalam meneruskan hal berkaitan pengurusan jenazah.”
“Semangat persaudaraan dan bertanggungjawab dapat disemai belia dalam merancang pembangunan peribadi selaras dengan objektif penubuhan PSSCM ICYM iaitu mengukuhkan institusi keluarga.
“Bengkel Pengurusan Jenazah ini adalah sebahagian daripada pengisian dan petikan yang terkandung dalam modul Keluarga Sakinah (MKS) garis panduan dan kewajipan orang yang hidup dalam meyempurnakan jenazah.”katanya lagi.
Sham juga berkata, bengkel iti dapat memberi kesedaran kepada peserta bahawa kehidupan di dunia hanya sementara.
Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan mereka membuat latihan amali cara pengurusan jenazah termasuk memandi dan mengafankan jenazah yang diselia fasilitator berpengalaman.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Tel : (606) 2817732 ext 262 / 013 659 2779
Fax : (606) 2861062 Email : harmiyati@kym.edu.my
Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM
- Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
- Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil
Permohonan:
Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)