fbpx

Kerjasama Pendidikan ICYM Di Chengdu, China Akan Diperluaskan

china03 894d9

Selaras dengan transformasi pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara, International College of Yayasan Melaka (ICYM) mengambil langkah proaktif bagi memperluaskan jaringan kerjasama dalam bidang akademik ke Chengdu, China.

Ketua Eksekutif ICYM, Datuk Saroni Judi  berkata, ICYM akan kerjasama dengan JiangKun  International, termasuk membuka cawangannya di Chengdu  bagi  menawarkan peluang pelajar-pelajar di sana melanjutkan pengajian.

"Lawatan ICYM ke Chengdu ini antara lain untuk berbincang dan berunding dengan pihak JiangKun di sini bagi memulakan langkah tersebut," katanya selepas pulang dari lawatan ke Chengdu, baru-baru ini.

Menurut Saroni, kerjasama ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar China untuk  melanjutkan pengajian terutama dalam bidang Aviation, Pelancongan dan Bahasa Inggeris.

“ICYM mensasarkan pengambilan pelajar akan bermula pada suku pertama tahun 2016 dan ini akan menjadi satu platform bagi ICYM untuk melebarkan sayap ke peringkat global” katanya lagi.

Justeru itu, kerjasama pendidikan ICYM di Chengdu ini akan diperluaskan  tambahan pula  Malaysia kini menjadi destinasi pilihan kesembilan di dunia bagi pelajar luar negara yang ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Saroni  berkata, ia membuktikan pendidikan di negara ini semakin berkualiti dan setaraf dengan negara-negara maju lain.
Disamping itu,  ICYM juga akan menjalin kerjasama dengan JiangKun dalam beberapa bidang seperti penyelidikan, program-program mobiliti pelajar serta staf dan banyak lagi.

“ICYM percaya bahawa kerjasama yang erat ini adalah satu usaha merealisasikan ‘co-branding' yang akan membantu mempercepatkan lagi ‘rebranding' ICYM di persada antarabangsa” kata Saroni.

Pihak JiangKun juga sedia bekerjasama dengan ICYM bagi menjalin hubungan dua hala dalam bidang pendidikan tinggi terutama dalam bidang Aviation dan ini merupakan peluang ICYM mengukuhkan hubungan sejagat.

Menurut beliau, ICYM dan JiangKun mungkin mempunyai organisasi yang berbeza dan beroperasi dalam negara yang berbeza, tetapi mempunyai banyak persamaan kerana berjuang untuk memberi khidmat kepada pelajar dengan cemerlang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka
Tel   :  (606) 2817732 ext  262 / 013 659 2779
Fax  :  (606) 2861062 Email    :  harmiyati@kym.edu.my

 

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print