fbpx

ICYM Tingkat Mutu Pengajian Aeronautik

02 e9524
Pusat Pembangunan Aeronautik (ADC), International College Of Yayasan Melaka (ICYM) kini menaiktaraf peralatan Pembelajaran dan Pengajarannya (P&P) dalam bidang penyelenggaraan enjin pesawat dengan memiliki sebuah enjin pesawat Piper Seneca 111.

Menurut Ketua Eksekutif ICYM, Datuk Saroni Judi, enjin pesawat sumbangan “Malaysian Flying Academy” (MFA) ini  akan melengkapkan lagi aspek pembelajaran dan pengajaran sekali gus membuktikan mutu dan kualiti program Aeronautik di ICYM diiktiraf.
 
“ICYM mendapat pengiktirafan pihak DCA yang merupakan petanda positif bagi kami untuk mengorak langkah dalam merealisasikan hasrat menjadikan ADC pusat latihan kepakaran bidang penyelenggaraan enjin pesawat.

Justeru itu, para pelajar kini dapat mempelajari, memahami konsep dan rekabentuk enjin di samping mengenalpasti dengan lebih mendalam  fungsi-fungsi  komponen yang terdapat dalam enjin yang digunapakai pesawat Piper Seneca 111.

Beliau menambah, Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera penerbangan berlesen dan ICYM akan terus memberikan komitmen bagi menggalas peranan dalam memberi pendidikan serta latihan kepada bakal-bakal juruteknik dan jurutera pesawat.

ICYM akan terus menambah baik kurikulum programnya supaya selari dengan teknologi terkini industri selain menjalin kerjasama pintar bersama pemain industri seperti Malaysia Airlines (MAS), Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd., (CTRM), APR Aviation Training Center, Systematic Aviation Services (SAS) dan Redland Aviation Services.

Terkini ICYM melalui ADC menawarkan program berimpak tinggi seperti Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat, Lesen Penyelenggaraan Pesawat (AML) dan Juruteknik Penyelenggaraan Pesawat (AMT).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
75150 Melaka
Tel   :  (606) 2817732 ext  262 / 013 659 2779
Fax  :  (606) 2861062 Email    :  harmiyati@kym.edu.my

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print