ICYM Latih 200 Murid Berkeperluan Khas
Seramai 200 Murid Berkeperluan Khas (MBK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang mengikuti program latihan kemahiran di International College Of Yayasan Melaka (ICYM) dalam bidang elektrik dan automotif.
Menurut Ketua Eksekutif ICYM, Datuk Saroni Judi, bermula dengan pengambilan pertama seramai 40 pelajar MBK, kini ICYM diberi kepercayaan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM untuk melatih lebih ramai pelajar MBK untuk mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia di sini.“ICYM juga merupakan satu-satunya kolej di negeri Melaka yang menawarkan program latihan kemahiran seumpana ini selaras dengan misi KPM bagi menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas” ujurnya.
“ Di ICYM kami menyediakan latihan pendidikan kemahiran yang sesuai dan relevan khususnya dalam bidang elektrik dan automotif untuk mereka mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing.
Saroni berkata pelajar-pelajar juga berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya disamping diberi ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup seperti pelajar normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.
Terbaru seramai 100 pelajar telah mengikuti minggu orientasi pelajar baru yang lebih dikenali sebagai Minggu Haluan Siswa. Program selama 3 hari ini telah dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama 15 orang fasilitator yang terdiri dari kalangan pelajar senior.
“Pelbagai aktiviti dan program disusun khusus memupuk minda yang positif dan optimis dalam memulakan sesi pembelajaran baru di kampus.” katanya.Saroni berkata para pelajar juga diberi pemahaman terhadap sistem pentadbiran, pengurusan pembelajaran, pendedahan kepada peraturan dan budaya persekitaran kampus ICYM yang juga merupakan di antara objektif program ini. Selain padat dengan pengisian yang menarik, terdapat juga pelbagai aktiviti mengukuhkan semangat berpasukan di kalangan pelajar seperti pertandingan di antara kumpulan, explorace, sukaneka dan persembahan kumpulan dalam majlis penutup.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Harmiyati Mohamed Mohtar
Ketua Jabatan
Jabatan Komunikasi Korporat
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
No. 1, Jalan Bukit Sebukor
Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM
- Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
- Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil
Permohonan:
Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)