fbpx

Memperkasa dunia kreatif negara

kertas 8f7ce
Kelab Teater SMART (KERTAS) yang ditubuhkan di bawah program Diploma Teknologi Seni Teater (DTS), Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) bertujuan melahirkan generasi kreatif , dengan pelbagai pengetahuan mengenai teater antaranya lakonan, pengarahan, telmikal dan pengurusan.

Dekannya, Sahban Md Smail, berkata menerusi program DTS itu, pihaknya menubuhkan KERTAS bagi merangsang perkembangan aktiviti teater terutama di luar waktu kuliah.

Beliau berkata, KERTAS diasaskan oleh pelajar bersama-sama pensyarah bagi memberi peluang dan ruang, terutama kepada penggiat teater di Melaka untuk berkarya.

"Kelab ini juga bagi memberi peluang kepada penggiat teater melebarkan minat dalam menghasilkan persembahan sama ada yang berskala kecil atau besar.

Pencapaian cemerlang

"Program DTS selama enam semester ini, bakal melahirkan graduan yang berdaya saing dalam bidang pengurusan produksi dan produksi seni teater selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan dunia kreatif negara," katanya.

Sahban berkata, pelbagai aktiviti dan persembahan teater diadakan antaranya
Sementara itu, pensyarah DTS, Norhan Fahmie Rayza, berkata pelbagai pencapaian cemerlang diperoleh oleh pelajar DTS.

Beliau berkata, rentetan kejuaraan yang dirangkul pada Festival Teater Melaka 2017, KERTAS melepasi
VARSITI

saringan bagi melayakkan diri ke Festival Teater Malaysia 2018 yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, KERTAS bersaing dengan lima kumpulan terbaik seluruh negara antaranya Tronoh Theatre Shop (Kuala Lumpur); Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif (Sarawak); Politeknik Nilai (Negeri Sembilan); Persatuan Teater Opera Mimpi (Perlis) dan bhvarsititbh.com.my Senandika UMP (Pahang).

"KERTAS mempertaruhkan naskah Warga S yang mengisahkan sekumpulan gelandangan yang hidup di bawah kolong jambatan.

"Kisah ini digarap bagi membincangkan nasib segelintir masyarakat yang masih kurang bernasib baik di kota raya," katanya.

Ternyata, katanya, hasil karya dan arahan Norhan Fahmie itu membuahkan hasil apabila KERTAS menerima anugerah Pelakon Harapan Lelaki Festival Teater Malaysia 2018. - Berita Harian

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print