fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

Hantar Anak Ke Tadika Mahal Tidak Jamin Anak Jadi Hebat. Baca Penjelasan Pakar Ini!

hantar-anak-ke-tadika-mahal-678x381 28493

Kebiasaanya hujung tahun ni, ramai ibu bapa akan survey tadika atau pusat perkembangan untuk pendidikan pra sekolah anak-anak. Tidak dinafikan ada tadika yang mahal dan murah yurannya.

Keinginan mempunyai anak yang pandai tidak semestinya belajar di tadika yang mempunyai yuran mahal. Semua ini bergantung kepada cara pembelajaran dan guru yang mengajar di tadika berkenaan.

Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mengakui bahawa tadika yang bagus dan berkualiti mendidik kanak-kanak membaca terletak kepada kemahiran guru yang mengajar.

Tadika yang mahal belum tentu dapat menjamin hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca. Kualiti guru terletak kepada kelayakan keilmuan dan pengalaman mengajar kanak-kanak. Guru perlu mendapat pengetahuan pendekatan dan teknik mengajar membaca kepada kanak-kanak.

Apa yang jelas, guru perlu peka dengan kebolehan dan keupayaan setiap kanak-kanak di tadika.

Tumpuan perlu diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai kebolehan membaca mengikut perkembangannya.

8 TIP BANTU ANAK MEMBACA

Dr Bustam menyenaraikan lapan panduan seharusnya pihak tadika lakukan. Apabila sudah tahu mengenai lapan panduan ini, ibu ayah, boleh tanya kepada pihak tadika, bagaimana corak pembacaan di tadika.

  1. Aktiviti membaca di tadika hendaklah dipelbagaikan supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca.
  2. Cara pendekatan mengajar membaca juga penting untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.
  3. Kaedah membaca secara menyeluruh, fonetik atau membaca terus hendaklah disesuaikan dengan latar belakang kanak-kanak yang berbeza.
  4. Masalahnya kadangkala pihak guru yang mengajar tidak sedar dan menganggap semua kanak-kanak adalah sama minat, kebolehan, keupayaan dan pencapaiannya.
  5. Bahan bacaan yang disediakan oleh tadika hendaklah dapat menarik perhatian kanak-kanak. Pemilihan bahan bacaan hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur, minat dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang.
  6. Membaca hendaklah disusuli dengan aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan bahan yang dibaca dan memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.
  7. Persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
  8. Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.

APA ITU TADIKA KERAJAAN DAN TADIKA SWASTA

Di negara kita terdapat dua jenis tadika iaitu tadika bantuan kerajaan iaitu kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Biasanya kelas prasekolah ini terdapat di dalam kawasan sekolah rendah. Ibu bapa perlu mendaftar lebih awal di prasekolah berkenaan.

Selain itu Ibu bapa boleh memilih kelas tadika yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Masyarakat dan Luar Bandar iaitu kenali sebagai tabika KEMAS. Biasanya tadika ini berada di kawasan luar bandar. Manakala tadika anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berada di kawasan bandar. Penubuhan tadika KEMAS dan tadika JPNIN bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah . Oleh kerana prasekolah dan tadika ini anjuran kerajaan maka yuran yang dikenakan amat minima sesuai dengan kemampuan keluarga berpendapatan rendah.

Tadika swasta tetap gunapakai sistem pembelajaran berlandaskan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya ibu bapa berkemampuan dan tidak mahu menghantar anaknya ke tadika bantuan kerajaan mereka boleh memilih menghantar anak ke tadika swasta. Biasanya pengusaha tadika akan mengenakan yuran pada setiap kanak-kanak. Kadar yuran tidak sama pada setiap tadika. Perbezaan yuran bergantung pada keadaan di tadika. Ibu bapa boleh mengagak dengan melihat keadaan fizikal dan bangunan di tadika secara tidak langsung akan menggambarkan bayaran yuran yang bakal dikenakan. Sekiranya di luar kemampuan adalah dinasihatkan menghantar anak ke tadika bantuan kerajaan.

KELAYAKAN TENAGA PENGAJAR ATAU GURU

Guru tadika perlu mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Biasanya guru-guru di Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka ini terlatih khusus dalam mengajar kanak-kanak di tadika. Kurikulumnya dibina bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.

Setiap kelas prasekolah akan menggunakan kurikulum yang sama di seluruh negara. Begitu juga dengan kelas tadika anjuran kemas dan jpnin juga menggunakan kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran malaysia.

Bezanya kebanyakan guru yang mengajar di tadika KEMAS dan JPNIN berkelulusan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Mereka juga mendapat latihan khusus untuk mengajar kanak-kanak di tadika.
Manakala guru-guru di tadika swasta terdapat berbagai kelayakan akademiknya. Pengusaha tadika yang berkemampuan akan mengaji guru yang berkelulusan sarjana muda dan juga diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Sekiranya pengusaha kurang berkemampuan akan mengaji guru yang berpengalaman dengan kelulusan lebih rendah daripada diploma iaitu kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Walau bagaimana pun guru-guru di swasta mendapat pendedahan kursus pendek yang dianjurkan oleh badan swasta dan kerajaan. Mereka juga perlu mematuhi syarat mengikuti garis panduan kurikulum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kesimpulannya, tadika mahal atau tidak bergantung kepada sistem pembelanjaran di tadika itu. Misalnya, jika tadika itu murah yurannya, tetapi guru-gurunya berpengalaman sudah tentu banyak ilmu pendidikan yang boleh digunapakai untuk mendidik kanak-kanak. Yang penting, pastikan tenaga pengajarnya berkualiti dan mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak. - Khalifah Media

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training