fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

“ICYM Buka Laluan Kerjaya Pilihan Saya!” -Nas

2 8e7ea

Menjejak kaki ke International College Of Yayasan Melaka (ICYM) yang kini dikenali sebagai Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) bukanlah pilihan utamanya. Tapi siapa sangka, bukan pilihan utama bagi pemilik nama, Nas Norziela Nasbah, 28, itulah yang membawa laluan kerjaya beliau sekarang. Mesra dengan panggilan Nas dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, beliau kini merupakan wartawan di sebuah daripada syarikat media arus perdana di Malaysia, BH. Memegang tanggungjawab sebagai wartawan di Unit Pendidikan BH, Nas mengakui, laluan kerjayanya itu bermula segalanya di KYM. “Saya tidak akan menjadi seorang wartawan jika tidak mengikuti pengajian di sini. “Saya memilih untuk menjalani latihan industri di RTM Melaka selama 3 bulan sebelum ditawarkan bekerja sebagai wartawan sambilan di Utusan Malaysia (cawangan Melaka),” katanya.

Mengambil jurusan Diploma Teknologi Media (DTM) melalui Sekolah Teknolgi Media dan Seni (STMS kini dikenali SMART), anak bongsu daripada lima org adik beradik itu mengakui pelbagai pendedahan diterima oleh pensyarah yang profesional dan berpengalaman tinggi. “Aktiviti kemahiran yang didedahkan juga banyak membantu saya seperti pengurusan majlis dan pengacaraan. “Kami juga bebas untuk membantu ‘senior’ atau ‘junior’ dalam sebarang tugasan mereka. “Saya masih ingat pada semester lima, saya diberi peluang untuk menjadi ‘tukang umum rasmi’ bagi teater Tiang Cengal, Dinding Sayung’ arahan pengarah terkenal, Allahyarham Yalal Chin,” katanya yang menjadikan setiap pengalaman melalui projek besar sebagai kenangan manis. Bertemu jodoh Berkongsi kisah peribadi, graduan DTM 2009 itu tidak terkecuali dengan cinta monyet di zaman kolej.

Namun, apa yang menarik kisah percintaan cinta monyet beliau berakhir dengan alam perkahwinan apabila suaminya juga merupakan graduan KYM di tahun pengajian sama. “Sehingga kini, saya dan suami akan tergelak mengenang kisah cinta kami. Yang seorang sanggup ‘lari sekejap’ meninggalkan kelas sambil diperhatikan oleh pensyarah daripada tingkap kelas hanya semata-mata untuk menghantar kekasihnya akibat demam panas ketika itu. “Agak kelakar tapi itulah dinamakan jodoh,” katanya sambil berseloroh walupun dunia pelajar DTM berbeza berbanding budak ‘skema’ Diploma Teknologi Komputer (DTK), itulah jodoh yang telah ditetapkan Maha Pencipta. Suaminya kini berkhidmat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) cawangan Negeri Sembilan. Bukan laluan mudah Baru saja melahirkan cahaya mata yang kedua, Nas masih ingat laluan kerjayanya sekarang adalah tidak mudah disangka

orang sekeliling. “Saya pernah tidak dilayan pensyarah kerana hasil kerja begitu teruk. “Ada satu ketika, pensyarah menegur saya dan bertanya apakah yang saya ingin jadi hasil kerja saya begitu teruk untuk dinilai,” katanya yang mengakui dirinya bukan pelajar pintar di kelas berbanding rakan-rakan lain. Namun, sebagai seorang yang tidak kenal erti putus asa walaupun mudah mengalirkan air mata, Nas sentiasa bijak mengambil peluang dalam perkara yang diminati. “Ramai yang menyangka saya mengambil jurusan kewartawanan. Saya sebenarnya pelajar jurusan Perhubungan Awam yang ketika itu jumlah penuntutnya enam orang sahaja. “Namun, jumlah itulah juga yang dapat menganjurkan pelbagai program dan sehingga kini, pengalaman itu saya bawa ke kerjaya saya sekarang yang menuntut seorang wartawan untuk menjadi serba boleh,” katanya. Bukan sekadar wartawan unit Seperti mana kita sedia maklum, zaman digital telah mengambil alih seratus peratus pilihan remaja atau belia untuk mendapatkan bahan berita. Mengakui, wartawan tidak boleh jadi sekadar wartawan, Nas mengakui beliau teruja dengan tugasan beliau yang bukan hanya sekadar wartawan kosong. “Setiap wartawan akan mempunyai tugasan seperti mencari bahan ekslusif dan juga penulisan menarik. “Saya akui penulisan saya memerlukan banyak lagi penambahbaikan walaupun sudah hampir 10 tahun berkhidmat di bidang penulisan

akhbar,” katanya yang turut menggalas tanggungjawab sebagai pengacara kapsul IQ Didik setiap Isnin di portal Facebook Berita Harian Online dan YouTube Berita Harian Online. Ditanya adalah beliau begitu teruja dengan kerjayanya sekarang, ibu kepada Nur Amani Nasuha Muhammad Ashraf, 3 tahun dan Yusuf Aidan, 25 hari, tanpa melengah terus mengatakan, Ya! “Ramai yang menganggap kerjaya wartawan adalah menulis semata- mata. Mungkin itu dulu tapi zaman kini, kami perlu menjadi seorang yang multi task. “Saya bertuah kerana banyak pendedahan awal saya telah pelajari melalui tugasan atau projek yang diberikan oleh pensyarah di KYM 11 tahun lalu. “Di Unit Pendidikan BH, kami bukan saja perlu melakukan tugasan hakiki sebagai wartawan tapi sebagai urus setia yang menguruskan Klinik UPSR, Seminar PT3 dan SPM. “Kami juga mempunyai pelbagai program dan aktiviti lain. Saya cukup gembira kerana menjadi seorang daripada keluarga Unit Pendidikan BH,” katanya lagi.

STMS sentiasa di hati Mengakui masih berhubung dengan rakan-rakan sekelas tidak kira melalui aplikasi Whatsapp, media sosial Facebook dan Instagram. “Kami juga akan berjumpa jika mempunyai masa lapang dan ada rakan- rakan sekolej yang juga bertemu jodoh masing-masing seperti saya dan suami. “Ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan ICYM yang semakin dikenali ramai,” katanya lagi. Tidak mahu melepaskan peluang

untuk memberi pesanan kepada penuntut ICYM, anak kelahiran Sabah itu memberitahu, untuk menjadi seorang yang hebat kita tidak perlu melihat kelemahan atau kelebihan orang lain sebaliknya hanya memandang apa keistimewaan yang kita ada. “Setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan masing- masing. Berbalik pada realiti adakah memandang kelemahan orang boleh memberi kemenangan kita? “Apa yang kita perlu lakukan adalah kuatkan semangat dan kenal pasti kelebihan yang kita ada. “Jangan mudah mengalah dan terus berjalan ke hadapan. Ingat, gagal sekali bukan selama-lamanya gagal dan berusaha menjadi seorang yang positif,” katanya lagi. Akhir sekali, di bulan yang mulia ini, beliau turut mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan ICYM termasuk tenaga pengajar yang menjadikan apa yang dia ada terutama dalam bidang kewartawanan dan perhubungan awan.

Biodata Nama penuh : Nas Norziela Binti Nasbah
Nama panggilan : Nas
Tarikh lahir : 7 September 1988
Tempat lahir : Sandakan, Sabah
Status : Berkahwin
Hobi : Membaca
Jurusan : Diploma Teknologi Media (DTM)
graduat : 2009
Pengalaman bekerja : Wartawan sambilan Utusan Malaysia : 2009- 2012 BH : 2012- sehingga kini

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training