KAYM Dalam Peringkat Akhir Ambil Alih Hotel RM6 Juta Di Jonker Walk
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) kini dalam peringkat akhir untuk mengambil alih sebuah hotel bernilai RM6 juta di Jonker Walk di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif KAYM Datuk Saroni Judi berkata proses pengambilalihan hotel 82 bilik di kawasan tumpuan pelancong itu dijangka dapat dimuktamadkan pada hujung bulan ini.
Beliau berkata hotel itu akan memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran pelbagai kursus yang ditawarkan oleh Sekolah Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan (SHTM) kolej tersebut.
"KAYM akan memastikan hotel ini terus beroperasi seperti hotel-hotel biasa lain di negeri ini bagi memberikan kemudahan pembelajaran terus secara amali kepada pelajar.
"Dengan adanya hotel ini juga, KAYM dapat memberikan pendedahan dunia perhotelan serta pelancongan secara terus setiap masa kepada pelajarnya, dan bukan hanya menunggu pendedahan ketika latihan praktikal semata-mata," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di sini.
SHTM menawarkan pelbagai program dalam bidang perhotelan dan pelancongan seperti Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pengurusan Pelancongan dan Sijil Pengurusan Hotel.
"SHTM menekankan pembelajaran dan pengajaran yang merangkumi aspek teori dan juga praktikal sejajar kepada keperluan industri yang mahukan lulusan berkualiti dan berkemahiran dalam industri berkenaan," kata Saroni.
Katanya selain hotel tersebut, KAYM telah membelanjakan kira-kira RM1 juta bagi membina KAYM Kitchen di Asrama KAYM Bachang Permai di sini dalam usaha memberikan kemudahan lengkap untuk pembelajaran dalam jurusan itu.
Beliau berkata KAYM Kitchen yang telah beroperasi pada April lepas, dilengkapi kemudahan seperti dapur, ketuhar serta peti sejuk bagi tujuan penyediaan makanan, membuat pastri atau kek.
"KAYM Kitchen disediakan lengkap bagi memberikan kemudahan untuk meningkatkan lagi mutu kemahiran memasak, membuat kek dan penyediaan makanan secara profesional," katanya.
SHTM pada masa ini mempunyai kira-kira 300 pelajar dan enam tenaga pengajar, manakala 17 pelajar sekolah itu bakal menghadiri majlis graduasi pada Konvokesyen KAYM Ke-12, Isnin ini.
"KAYM menyasarkan 400 pelajar tahun depan untuk memasuki pelbagai jurusan dalam bidang perhotelan dan pelancongan," kata Saroni.
KAYM yang ditubuhkan lebih 17 tahun lalu merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta di bawah Yayasan Melaka, dan pada masa ini mempunyai kira-kira 3,500 pelajar dalam pelbagai jurusan. - Bernama
Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM
- Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
- Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil
Permohonan:
Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)