fbpx

ICYM Komited Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan

b30bd848-1693-4677-9836-0bd05e609dce 5958e

International College of Yayasan Melaka (ICYM) terus komited dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran lepasan kolej tersebut, kata Ketua Eksekutifnya, Datuk Saroni Judi.

Beliau berkata bagi merealisasikan hasrat itu, pihaknya akan terus berusaha menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk dengan beberapa universiti tempatan dan juga industri.

Katanya jalinan kerjasama melibatkan pelbagai pihak itu secara tidak langsung dapat melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi di negara ini.

"Menerusi pengalaman dan pembelajaran hasil kerjasama dengan industri, lepasan kolej itu dilihat lebih kompetitif dalam persaingan pasaran pekerjaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) membabitkan ICYM dengan beberapa syarikat antaranya Kem Lambaian Danau, Jasin, Holiday Inn Melaka, Iman Mukmin Sdn Bhd, Antara Educare Sdn Bhd dan Digi Supplies.

BPE Synergy Engineering Sdn Bhd, Safe Software Sdn Bhd, Negeri Sembilan Skills Development Centre dan Techno Diverlink Sdn Bhd turut menjalin kerjasama dengan ICYM.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut disaksikan Timbalan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah ICYM Datuk Md Rawi Mahmud di kampus induk ICYM di sini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Othman Muhamad.

Menerusi kerjasama itu, semua syarikat tersebut akan terlibat dalam program pembelajaran pelajar ICYM melibatkan pelbagai bidang antaranya pelancongan, perhotelan, pendidikan awal kanak-kanak, teknologi maklumat, kejuruteraan, pengurusan perniagaan, perkomputeran dan kulinari.

ICYM yang ditubuhkan pada 23 Mac 1997 menyambut ulang tahun ke-20 hari ini.

-- BERNAMA

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print