fbpx

Tak sangka jadi yang terbaik

image 1e619

Graduan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) yang menerima Anugerah Emas sempena Majlis Konvokesyen ke-14 KAYM bagaikan tidak percaya dipilih antara ratusan pelajar.

Siti Umaira Ismail, 21, bagaimanapun berkata, dia bangga dengan kemampuan dirinya untuk merangkul anugerah paling tinggi itu selain menjadikan sebagai semangat untuk berusaha lebih gigih pada peringkat seterusnya.

“Saya tak percaya pada mulanya bila dekan cakap saya antara beberapa yang tercalon untuk anugerah ini. Tapi dalam masa yang sama saya cuba buat yang terbaik. Sebab saya memang nak,” kata graduan dari sekolah pengurusan perniagaan yang mencapai keputusan CGPA 3.73 itu.

Menurutnya yang berasal dari Sabah, pada usianya yang masih muda, dia juga berhasrat menyambung pelajaran ke Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga memiliki ijazah dan master dalam bidang sama dalam tempoh lima tahun.

“Sebab saya bercita-cita nak jadi pensyarah dalam bidang ini, jadi saya perlu jadi pakar sebelum menyampaikan ilmu kepada pelajar," katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, di sini, semalam.

Seramai 848 graduan kolej terbabit menerima diploma dan sijil masing-masing yang disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Pada majlis itu juga, seramai sembilan graduan menerima anugerah cemerlang membawa pulang sijil, cenderahati dan wang tunai RM500 setiap seorang.

Siti Umaira bersyukur dipilih KAYM untuk memenangi Anugerah Pelajar Cemerlang, seterusnya melayakkan dirinya memenangi Anugerah Emas keseluruhan. - Berita Harian

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print