fbpx

TEMUDUGA TERBUKA Program Kemahiran Iltizam Ground Handling

peneraju19Nov 716b8

International College of Yayasan Melaka (ICYM) akan mengadakan TEMUDUGA TERBUKA Program Kemahiran Iltizam Ground Handling tajaan penuh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra dan UPEN.

Program dengan jaminan pekerjaan sebagai Ground Traffic and Ramp Handling Officer ini mampu meningkatkan kemahiran golongan belia bumiputera agar mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang lebih tinggi.

Syarat kemasukan sekurang-kurang SPM termasuk lulus dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, berumur 18-23 tahun dan untuk bumiputera sahaja.

Selain dari yuran pengajian, pelatih juga akan mendapat elaun sara diri dan kemudahan asrama serta pengangkutan. Pengambilan kedua seramai 50 pelatih pada pertengahan bulan Oktober ini dan tempat adalah terhad. Program akan diadakan selama 5 bulan bertempat di Langkawi International College of Aeronautic atau LICA, Langkawi.

Mohon warga ICYM untuk memaklumkan peluang ini kepada kaum keluarga, saudara mara serta sahabat handai. Bagi yang berminat dijemput hadir ke sesi TEMUDUGA TERBUKA seperti butiran berikut :-

Datang Terus Sesi Temuduga
Lokasi Temuduga - ICYM Melaka
Tarikh : 15 April 2017 (8:30 AM)


Maklumat Lanjut - http://peneraju.icym.edu.my

Sekian, terima kasih.

Harmiyati Binti Mohamed Mohtar
Jabatan Komunikasi Korporat

Print