fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

ICYM Tawan Puncak Kinabalu 2 of 2

Untitled a987c

Sekitar jam 2.30 petang peserta pertama tiba di Laban Rata Rest House. Sementara menunggu rakan-rakan lain tiba dan waktu makan malam yang disediakan jam 4.30 petang peserta mengambil peluang untuk mandi dan berehat, ada juga yang membantu mengurut rakan lain yang mengalami kekejangan otot. Suhu air yang terlalu sejuk di Laban Rata kami gagahi juga untuk mandi kerana mendapat nasihat dari guide bahawa air sejuk bagus untuk memulihkan semula otot dan sendi yang sakit. Sebelum berehat, peserta menikmati pemandangan matahari terbenam di ketinggian 3,272 meter dari paras laut. Pemandangan yang cukup memukau benar-benar menginsafkan kami dan menjadi bukti betapa agungnya alam ciptaan tuhan yang Esa.

Pendakian hari kedua pada 23 Februari bermula seawal jam 2.30 pagi. Setelah bersarapan, kami diberikan taklimat ringkas sebelum memulakan pendakian. Cuaca yang gelap membuatkan kami hanya menumpukan pandangan pada laluan mendaki dan suhu waktu malam yang sejuk sekitar 16 darjah celsius menjadikan peserta lebih banyak berdiam sepanjang pendakian kerana menahan sejuk. Kami terpaksa mendaki dengan pantas kerana perlu tiba di ‘check point’ Sayat-Sayat sebelum jam 4.00 pagi. Jika kami tiba lewat di check point tersebut, kami tidak akan sempat untuk sampai di puncak pada masa yang ditetapkan kerana peserta perlu bertolak turun semula ke Laban Rata selewatnya jam 7.30 pagi. Pendakian ke puncak melalui laluan baharu iaitu ‘ Ranau Trail’ kerana laluan lama telah musnah akibat kejadian gempa yang berlaku tahun lalu. Jarak perjalanan bertambah sekitar 500 meter. Pendakian yang curam dan licin ditambah pula dengan suhu yang amat sejuk amat mencabar. Ada ketika peserta terpaksa memanjat bongkah batu yang curam dengan menggunakan tali dan melalui lereng-tebing gunung. Pendakian menjadi semakin sukar kira-kira 200 meter sebelum puncak kerana terpaksa mendaki bongkah batu yang tinggi dan curam.

Jam 5.15 minit pagi, peserta pertama tiba di puncak dan disusuli dengan peserta seterusnya. Kesemua pendaki KAYM tiba sebelum matahari terbit. Suhu pada ketika ini mencecah hampir kosong darjah Celsius. Keadaan puncak yang terlalu sempit yang hanya boleh memuatkan maksimum lima orang dalam 1 masa dan terdapat ramai pendaki menunggu giliran untuk mengambil gambar, serta waktu tiba yang berbeza-beza menyukarkan peluang kami untuk mengambil gambar beramai-ramai di puncak. Kami hanya dapat mengambil gambar individu sahaja di puncak.

Matahari mulai terbit pada jam 5.45 pagi. Sekali lagi kami disajikan dengan pemandangan yang cukup indah. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan kami ketika itu. Ada yang menitiskan air mata tanda gembira dan bersyukur diberi peluang menyaksikan betapa indahnya keagungan alam ciptaan Illahi. Setiap kesakitan, keringat dan lelah sepanjang perjalanan terasa begitu berbaloi. Setiap tenaga, masa yang dicurahkan dalam menjayakan misi ini terasa begitu bererti. Setelah matahari terbit, barulah kami dapat melihat laluan pendakian yang kami lalui tadi dengan lebih jelas. Sukar untuk dipercayai kami berjaya menempuhi laluan yang sukar dan mencabar. Kami bergegas turun dari puncak menuju ke kilometer 8 untuk bergambar beramai-ramai. Lokasi ini amat popular untuk mengambil gambar kerana gambar kawasan ini juga diabadikan di dalam duit kertas RM1. Waktu ini panas mentari sudah mulai terasa. Keadaan ini benar-benar memberikan kelegaan buat kami. Namun begitu dingin pagi masih lagi terasa sehingga ke tulang.

Setelah bergambar dan mengabadikan kenangan masing-masing, kami mula bergerak turun semula ke Laban Rata. Perjalanan turun agak perlahan kerana masing-masing mengambil peluang untuk menikmati pemandangan yang cukup mengasyikkan sepuas-puasnya! Laluan baharu yang kami lalui menjanjikan pemandangan indah dan memukau. Kami menyaksikan bekas runtuhan batu yang telah meragut beberapa nyawa semasa gempa tahun lalu dan tidak lupa menyedekahkan Al-Fatihah buat mangsa.

Peserta KAYM tiba di Laban Rata sekitar jam 9.30 pagi. Kami menikmati sarapan pagi dan bersedia untuk memulakan perjalanan turun ke Timpohon Gate pada jam 10.30 pagi. Sebelum bertolak, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan bersama empat orang guide kami yang amat ramah dan banyak membantu.

Benarlah kata orang, mendaki gunung tidak sukar, yang lebih sukar adalah ketika menurun. Kesukaran dan kesakitan yang kami alami semasa mendaki terasa begitu sedikit jika dibandingkan dengan kesukaran dan kesakitan yang kami alami ketika menurun! Pada ketika inilah di kilometer 5.5 iaitu hanya kira-kira baru 500 meter perjalanan dari Laban Rata seorang peserta wanita iaitu Nor Aziemah Azhar terseliuh dan tidak mampu berjalan. Beliau sebenarnya mengalami kecederaan semasa turun dari puncak lagi tetapi tetap bertahan sehingga ke Laban Rata. Guide mengambil keputusan untuk mendokong beliau turun. Seramai 5 orang yang terdiri dari guide dan anggota bomba membawa peserta ini turun ke Timpohon Gate bergilir-gilir.

Perjalanan turun begitu sukar apabila semakin ramai yang mengalami kecederaan otot dan terpaksa dibantu oleh rakan-rakan lain. Salah seorang peserta, Muhammad Syafiq Rosli telah membuat keputusan berani dan patut di beri pujian apabila dengan rela hati membawa beg rakan-rakan lain yang mengalami kekejangan otot. Sebanyak 5 buah beg yang beliau angkat sepanjang perjalanan turun sehingga ada yang menyangkakan beliau bekerja sebagai porter. Kesakitan semasa menuruni Kinabalu sukar digambarkan. Setiap langkah terasa begitu menyeksakan. Jarak enam kilometer untuk dihabiskan menjadi begitu jauh dan menyakitkan. Pergerakan peserta semakin perlahan disebabkan terpaksa berehat lebih lama di setiap checkpoint bagi mengembalikan semula tenaga yang hilang dan memulihkan kesakitan otot.

Peserta pertama tiba di Timpohon Gate pada jam 2.00 petang dan peserta terakhir tiba jam 4.00 petang. Sesungguhnya Ekspedisi menawan puncak Kinabalu ini benar-benar mencabar mental dan fizikal kami. Kenangan ini akan sentiasa terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Walau betapa sukar dan susahnya menghabiskan ekspedisi ini, Namun, jika diberi peluang, kami tidak akan teragak-agak untuk menyertainya sekali lagi!

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training