fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

ICYM Tawan Puncak Kinabalu 1 of 2

Untitled b8898

Ekspedisi bermula apabila kesemua peserta tiba di Sabah pada pagi 21 Februari lalu. Kesemua peserta menginap di Kota Kinabalu untuk hari pertama ekspedisi. Peserta perlukan rehat yang secukupnya setelah menempuhi perjalanan yang panjang dari Melaka bagi memastikan keadaan mereka dalam tahap yang terbaik sebelum memulakan pendakian keesokan harinya.

Peserta bersiap seawal jam 3.30 pagi 22 Februari 2016, dan bertolak ke Kinabalu Park pada jam 4.00 pagi. Jarak perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu ke Kinabalu Park di Kundasang adalah sejauh kira-kira 100 kilometer dan mengambil masa kira-
Untitled2 013e1kira 2 jam 30 minit untuk tiba di destinasi yang di tuju. Kami tiba di Kinabalu Park jam 6.00 pagi, lebih awal 30 minit dari masa jangkaan kerana keadaan lalu lintas yang tidak sibuk. Sementara menunggu waktu pendaftaran pendakian yang bermula jam 7.00 pagi, peserta menunaikan solat subuh di surau yang disediakan dan mengambil peluang menyaksikan matahari terbit dan bergambar dengan berlatar belakangkan keindahan Gunung Kinabalu. Setelah selesai urusan pendaftaran
pendakian, semua peserta menikmati sarapan pagi dan mengambil bekalan pek mendaki yang disediakan. Pek mendaki yang mengandungi sandwich, ayam goreng, sebiji telur rebus, epal dan sebotol air mineral cukup untuk mengalas perut kami sepanjang pendakian ke Laban Rata. Tambahan pula, semua peserta diingatkan untuk membawa bekalan makanan sendiri seperti coklat dan biskut. Terdapat dua fasa pendakian iaitu dari Timpohon Gate ke Laban Rata sejauh enam kilometer (km) dan dari Laban Rata ke Puncak Gunung Kinabalu sejauh kira-kira 2.7 km.

Pendakian kami diiringi oleh empat orang Guide yang terlatih iaitu Lasius Gudin, Wainer Jupinis, Zeverinus Taipin dan seorang guide wanita iaitu Doina Soibi. Sebelum pendakian, kami diberikan taklimat oleh ketua guide, Encik Lasius Gudin berkenaan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang pendakian dan langkah-langkah keselamatan jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.

Tepat jam 8.30 pagi, peserta memulakan pendakian ke Laban Rata sejauh 6 kilometer. Laluan pendakian yang bermula santai menjadi semakin sukar apabila terpaksa melalui ribuan anak tangga yang curam dan agak licin kerana dibasahi kabus hutan kinabalu. Namun cuaca yang dingin dan udara segar serta pemandangan indah sepanjang pendakian menaikkan semangat setiap peserta untuk menjayakan misi ini. Setiap satu kilometer disediakan pondok rehat dan tandas untuk kemudahan pendaki. Peserta mengambil peluang untuk mengisi semula bekalan air minum di sini dan berehat selama lima minit untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Sepanjang perjalanan kami berselisih dengan pekerja-pekerja atau porter yang membawa kayu untuk pembinaan serta membawa bekalan makanan ke Laban Rata. Rata-rata berat yang perlu di bawa adalah sekitar 25-30 kilogram setiap perjalanan. Mereka melakukan tugas ini lima kali dalam seminggu.

Kira-kira jam 12.00 tengahari peserta tiba di ‘check point’ ke empat iaitu Pondok Layang- Layang. Di sini kami berehat agak lama sekitar 20 – 30 minit untuk menikmati bekalan pek mendaki yang diberikan awal tadi. Pada ketika ini kabus sudah mula berkurangan dan panas mentari mulai terasa. Udara sekeliling menjadi semakin tipis dan terdapat beberapa peserta yang mengalami kesukaran untuk bernafas, keadaan ini menjadikan kami cepat berasa letih. Di sini pokok-pokok semakin mengecil dan semakin berkurangan. Perjalanan ke Laban Rata menjadi semakin perlahan. Setiap langkah menjadi bertambah sukar apatah lagi kami membawa beg galas yang rata-ratanya seberat 7 hingga 10 kilogram. Walaupun guide menyediakan perkhidmatan membawa beg dengan caj RM30.00 bagi setiap kilogram peserta tetap gigih membawa beg mereka sendiri. Terik matahari mulai terasa membakar kulit walaupun kami telah memakai ‘sun block’ sebelum memulakan ekspedisi namun perit di kulit terutamanya bahagian muka begitu terasa. Bibir mulai pecah-pecah dan rongga mulut menjadi kering mungkin akibat bernafas terlalu pantas dan tercungap-cungap.

 

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training