fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

Rm1 Bawa Tuah Pada Husna Mohamad

Untitled 7a53a

Dilahirkan di Kampung Kubang Laka, Pasir Mas, Kelantan, Nur Husna Binti Mohamad, 23 tahun, mula berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak dari bangku sekolah lagi. Beliau yang merupakan bekas pelajar UTM-KAYM jurusan Diploma Pengurusan Teknologi mula berniaga kuih dan coklat di bangku sekolah, membawa kepada penjualan kad tambah nilai sewaktu belajar di KAYM dan kini beliau berjaya dengan membuka sebuah syarikat yang dikenali Untitled3 e3fcfsebagai Chawe Creative Studio yang didaftarkan pada Julai 2011. Bermula dengan percetakan mug, beliau kini mengembangkan lagi perniagaannya dengan percetakan barangan cenderahati seperti button badge, decal dan heat press, percetakan baju, jahitan seperti tudung dan bantal, kek dan coklat, percetakan periklanan serta gubahan hantaran perkahwinan.

Sewaktu belajar, beliau tidak hanya tertumpu kepada perniagaan sahaja, beliau juga aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kolej. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Program UTM-KAYM 2010-2011 dan beliau juga merupakan Setiausaha Sekretariat Rakan Muda cawangan KAYM (SRM) 2011-2012. Selepas tamat belajar di KAYM, beliau juga telah menyambung pengajian selama 6 bulan bagi sijil peringkat 1 dalam jurusan Fesyen & Dress Making di Giat MARA Tumpat, Kelantan. Beliau juga pernah menjadi pembantu pemasaran produk kesihatan Nutrifera yang sedikit sebanyak mendorong dan memberi pengalaman kepada beliau untuk lebih fokus dalam bidang perniagaan.

DORONGAN DAN SOKONGAN

Pada peringkat awal, beliau memulakan perniagaan ini hanyalah sekadar ingin mencuba dan kebanyakan pelanggannya adalah dari kaum keluarga serta sahabat handai. Setelah hampir 2 tahun berkecimpung dalam bidang ini, beliau nekad untuk mendaftarkan sebuah syarikat percetakan mug dengan nama Chawe Creative Studio. Nama tersebut didedikasikan oleh abang kedua beliau yang banyak membantu sebelum ini. Nama Chawe diambil sempena sebutan untuk ‘cawan’ dalam dialek Kelantan. Selian itu boleh juga dijadikan sebagai sebutan untuk panggilan nama ‘kawe’ iaitu saya. Bermula dari detik itu, beliau mula mengembangkan sayap syarikatnya dengan beberapa penambahan produk dan servis yang berkualiti serta cepat. Selain itu, disiplin dan semangat yang kuat juga perlu untuk bagi mengukuhkan lagi nama beliau dalam bidang ini. Beliau melihat bahawa berniaga adalah sebagai satu sunnah Rasulullah dan sumber yang diperoleh mampu membawa kejayaan dalam hidup jika dilakukan dengan tabah dan sabar. Keluarga beliau juga selalu memberi semangat untuk beliau terus berjaya dalam bidang ini.

KEJAYAAN

Tanpa modal yang besar, beliau kini mampu memiliki beberapa mesin percetakan seperti Mesin Heat Press, Mesin Button Badge, Mesin Plotter, Mesin Printer serta beberapa mesin jahit seperti mesin jahit tepi besar & halus dan mesin jahit biasa. Kini, beliau memperoleh tempahan dari serata Malaysia tanpa henti setiap hari. Bermodalkan tempahan atas talian, beliau juga sering mendapat tempahan dari luar Malaysia seperti Singapura dan Brunei. Kelebihan yang diperoleh beliau adalah harga yang ditawarkan cukup murah jika dibandingkan dengan syarikat percetakan lain. Button Badge dengan harga RM1/pcs adalah tawaran yang tidak putus-putus mendapat tempahan, baik majlis perkahwinan, sambutan hari lahir mahupun program-program lain. Ketika ditanya mengapa harga tersebut terlalu rendah jika dibandingkan dengan RM3/pcs jika di tempat lain, beliau menjawab bahawa idea ini datang ketika beliau mengikuti salah satu program yang dijalankan di KAYM sewaktu belajar dahulu. Pada waktu itu, beliau harus menyediakan cenderahati akan tetapi peruntukan yang diberi tidak mencukupi. Beliau nekad untuk membeli sebuah dari mesin tersebut selepas dari program itu. Beliau tahu bahawa setiap pelajar mengalami masalah Untitled4 cb8e5yang sama iaitu peruntukan ketika membuat satu-satu program. Bermula dari situ, beliau menawarkan harga yang murah untuk mug sebagai cenderahati khusus kepada pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Kini, tempahannya meliputi IPTA/IPTS, sekolah, persatuan serta pelbagai golongan dan lapisan di serata Malaysia. Dengan harga yang murah, beliau juga menawarkan servis yang cekap dan cepat serta berkualiti. Moto beliau adalah; “biar untung sedikit, tetapi kuantiti yang banyak, yang penting cepat dan berkualiti”. Bagi beliau, RM1 tersebut membawa tuah kepadanya sehingga berjaya ketahap ini. Beliau juga menambah bahawa jika rezeki yang sedikit itu dikongsi dengan orang lain, nescaya akan lebih diberkati dan dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T.

Menurut beliau, bukan mudah sebenarnya untuk berjaya. Setiap kejayaan pasti didahului oleh kegagalan dan gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Berbekalkan hati yang tabah dan semangat yang kuat, beliau kini berjaya kesatu tahap yang membolehkan beliau untuk terus berada dalam bidang ini. Ketika ditanya tentang pengalaman, beliau menjawab bahawa beliau pernah membuka sebuah kedai di Kelantan khas untuk percetakan cenderahati. Akan tetapi, akibat kekangan masa, jarak dan modal, beliau terpaksa menutup kedai tersebut. Beliau banyak mengambil bahan mentah di Kuala Lumpur serta Melaka dan hal ini membuatkan jarak dan masa beliau untuk mempercepatkan proses percetakan terbatas. Akibat servis yang perlahan, beliau gagal mengumpul modal pusingan perniagaan.

Ketika ditanya tentang modal permulaan, beliau menjawab bahawa setiap sen modal yang beliau gunakan adalah dari wang simpanannya sendiri tanpa ada membuat pinjaman dari mana-mana pihak yang menawarkan pinjaman kewangan. Namun begitu, beliau tidak putus asa dan kini beliau membuka syarikatnya di Melaka berdekatan dengan KAYM. Beliau juga memberi pandangan bahawa jika kita berminat untuk berniaga, mulakan gerak kerja seawal yang boleh, sekurang-kurangnya kita mempunyai strategi dan tujuan pada masa hadapan. Beliau juga menambah bahawa kita tidak boleh berputus asa dan belajarlah dengan orang yang berpengalaman. Beliau kini lebih tertumpu kepada perniagaan atas talian (online) tanpa perlu memikirkan sewaan kedai.

Beliau juga sempat memberi tips kepada usahawan muda yang bergerak secara atas talian bahawa, “ Dalam bisnes online, kadang-kala kita perlu bercinta dengan customer supaya customer lebih mudah untuk berurusan dengan kita ”. Beliau juga menambah bahawa jika ada yang berminat dengan servis yang ditawarkan beliau, boleh menghubungi 019-994 4869 (Husna Mohamad) atau boleh pergi ke laman sesawang Facebook Chawe Creative Studio untuk melihat galeri gambar dan maklum balas dari pelanggan beliau serta servis yang ditawarkan beliau secara lebih jelas atau boleh terus e-mel kepada chy_keindahan@yahoo.com.

Disediakan oleh: Mohd Aizat Bin Mohammad (Genji Gonzalez)

Untitled2 73a22

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training