fbpx

Budak Teater - “Acting Is Reacting”

theatrer d1540Pada isu bulan lepas, saya ada menceritakan tentang budak busker atau lebih dikenali sebagai seniman jalanan. Kali ini kita akan meninjau tentang selok-belok budak teater atau pelakon. Apa makna pelakon dan apa fungsinya akan kita ketahui dengan lebih lanjut dalam isu kali ini. Sebagai pelakon pentas, mereka juga perlu tahu apa yang ada dalam sesebuah produksi dan fungsinya, sejarah serta bentuk persembahan yang wujud dalam teater.

1 8da82Teater adalah istilah lain bagi drama, tetapi dalam konteks yang lebih luas, teater adalah proses pemilihan teks atau naskah, pentafsiran, penggarapan, pementasan, pemahaman penonton dan penelitian. Secara ringkasnya, teater mempunyai tiga aspek utama iaitu pelakon, penonton dan cerita. Teater berasal dari perkataan theatron (tempat persembahan) dari kata akar theaomai (takjub melihat atau memandang) dari bahasa Yunani. Drama pula berasal dari perkataan Draomai dalam bahasa yunani yang bermaksud gerak atau perbuatan. Menurut Moulton, drama adalah hidup yang dilukiskan dengan gerak. Menurut Ferdinand Brunetierre pula, drama haruslah melahirkan kehendak dengan gerak manakala menurut Balthazar Vallhagen, drama adalah kesenian melukiskan sifat manusia dengan gerak.

Kronologi teater di Malaysia bermula dari teater tradisional seawal kurun ke-4 sebelum kedatangan Hindu di Tanah Melayu yang berasaskan pemujaan dan hiburan seperti Ulek Mayang dari Terengganu; Mak Yong, Wayang kulit, Main Puteri, dan Menora dari Kelantan; Hamdolok dan Kuda Kepang dari Johor; Mek Mulung dan Jikey dari Kedah; serta Randai dari Negeri Sembilan. Pada 1880-an pula muncul Angkatan Seni Persembahan India Parsi yang memulakan persembahan Bangsawan di Pulau Pinang yang berasaskan cerita-cerita kayangan. Selepas kejatuhan Bangsawan akibat perang, 2 0698emasyarakat di Tanah Melayu tidak lagi meminati cerita-cerita kayangan dan lebih menjerumus kepada teater Sandiwara yang menanamkan nilai patriotik di dalam naskahnya. Antara tokoh-tokoh yang menulis drama Sandiwara adalah Shaharom Husain, Alwi Sheikh Al- Hady, dan Kalam Hamidi. Selepas teater Sandiwara, lahir teater moden dalam pelbagai bentuk seperti realisme, surelism, absurdism dan experimental. Antara tokoh-tokoh yang bergiat aktif dalam realisme adalah Kala Diwarta, Usman Awang dan Kalam Hamidi.

Secara ringkasnya, dunia teater dapat dibahagikan kepada dua bahagian dimana salah satunya adalah Bahagian Pengurusan dan satu lagi adalah Bahagian Kreatif. Fungsi atau tugas dalam bahagian pengurusan dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti Pengurus Produksi (PM), Publisiti dan Kewangan. Bahagian artistik pula dapat dipecahkan kepada empat bahagian khususnya iaitu Pengarah Artistik, Pengarah Lakon, Pengurus Pentas dan Pelakon. Fungsi Pengarah Artistik adalah melihat kesinabungan (sinografi) dalam sesebuah pementasan khususnya dalam bahagian set dan prop, pencahayaan, audio dan kesan khas, serta busana dan tatarias. Fungsi Pengarah Lakon pula adalah menyusun gerak pelakon diatas pentas dan menyampaikan atau menjelaskan makna skrip atau cerita kepada penonton. Fungsi Pengurus Pentas pula adalah menyusun ‘que’ bagi memastikan kelancaran semasa persembahan dari segi teknikal pentas dan lakonan.

3 eb5afPelakon pula berfungsi sebagai ‘boneka’ yang dikawal oleh Pengarah Lakon bagi menyampaikan cerita. Jika dilihat dari konteks luaran, fungsi pelakon agak senang, akan tetapi sebagai seorang pelakon, banyak yang perlu dipelajari sebelum menjadi seorang pelakon pentas antaranya bentuk tubuh, vokal, artikulasi, gerak, teori lakon, emosi, perwatakan dan sebagainya. Pelakon pentas tidak sama dengan pelakon drama. Pelakon drama tidak perlu melontarkan vokal dengan teknik, tidak perlu membuat gerak yang besar dan tidak perlu memberikan emosi yang kuat. Pelakon drama dibantu oleh kamera (sinematografi) manakala pelakon pentas perlu mempelajari dahulu ilmu lakonan pentas sebelum bergelar seorang pelakon.

“Acting is reacting” adalah ilmu asas sebagai budak teater. Lakonan adalah tindak balas dari apa yang berlaku, contohnya jika seseorang itu dipukul, maka orang yang dipukul tersebut pasti merasa sakit dan itu adalah asas sebagai seorang pelakon. Selain itu, untuk bergelar sebagai pelakon yang baik, pelakon pentas juga perlu mempelajari teknik lakon seperti kedudukan badan pelakon di atas pentas, teknik lontaran vokal, artikulasi atau pengucapan yang jelas, gerak atau perbuatan yang besar, teori lakon seperti Teori Stanislavski, mendalami watak dan perwatakan serta emosi yang betul. Setiap gerak, artikulasi, teori, dan perwatakan berbeza dalam setiap bentuk teater baik teater tradisional, bangsawan, mahupun teater moden.

Persediaan yang perlu dilakukan oleh seorang pelakon pentas adalah ketahanan fizikal dan mental. Setiap pelakon perlu melakukan senaman sebelum memulakan latihan bagi memastikan tahap stamina yang kukuh sebelum berlakon. Ketahanan mental juga perlu sebelum latihan supaya skrip yang diberi mudah dihafal mengikut gerak.

Kesimpulannya, bukan mudah bergelar seorang pelakon teater jika dibandingkan dengan pelakon drama. Persiapan diri seperti ilmu dalam teater, ketahanan badan dan disiplin perlu bagi seorang pelakon teater. Secara amnya, dunia teater menjerumus kepada aspek lakonan, akan tetapi, banyak lagi bidang yang dapat kita pecahkan jika kita mempelajari teater. “Teater memanusiakan manusia” adalah ungkapan yang harus dipegang oleh setiap budak teater supaya tidak hanyut dengan populariti. Bagi budak teater, teater adalah medan seni untuk mereka meluahkan pendapat atau kehendak kepada khayalak.

4 4a1beOleh:
Mohd Aizat B. Mohammad
Bekas pelajar jurusan teater,
Freelancer kegiatan seni.
ace_genji@yahoo.com
019-252 6368

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print