fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

Aksesori buatan tangan - SixKeen

3 aa755

Dengan permulaan modal sebanyak RM1000 dan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan telah menaikkan semangat usahawan muda berusia 20 tahun, Nur Taqiuddin Bin Rosli yang lebih mesra dengan panggilan Taqi untuk menubuhkan syarikat SixKeen.

Nama SixKeen diambil daripada perkataan “Six” bermaksud gelang dengan 6 warna asas dan “Keen” bermaksud minat. Menurut Taqi, tercetusnya idea untuk 1 3b610memulakan perniagaan SixKeen ini ialah dari salah satu jenama luar negara di mana mereka juga menjual jenis gelang yang sama. Jadi, beliau mengambil idea dan diolahkan mengikut kreativiti dan identiti jenama beliau sendiri. Pada bulan 11 tahun 2013 yang lalu tertubuhlah SixKeen walaupun dengan modal yang minima.

Modal bukanlah perkara utama bagi anak muda ini tetapi minat dan semangat menjadi pemangkin yang mendorong beliau untuk terus maju dalam bidang perniagaan. Malahan, ia membakar semangat jiwa anak muda ini bagi mempertingkatkan dan memperkembangkan lagi perniagaannya.

Bagi anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini, minatnya didorong oleh rakannya yang mengikuti perkembangan bisnes ini. Beliaulah yang memberi semangat kepada Taqi untuk menceburi dalam bidang perniagaan SixKeen ini.

Baginya, terlalu banyak perniagaan yang boleh dilakukan seperti menjual baju tetapi ianya sudah terlalu banyak dan terpaksa bersaing hebat terutama jika ingin memperkenalkan jenama baru. Beliau sangat yakin dan pasti perniagaan gelang merupakan salah satu platfrom yang terbaik baginya untuk menampilkan kelainan hasil dari idea kreatif serta kerja tangannya sendiri.

Kini, beliau berasa bangga kerana ramai golongan muda telahpun mengenali jenama SixKeen ini. Situasi ini telah memberi semangat kepada beliau untuk 5 a6c03merancang mengembangkan perniagaannya. Taqi merancang untuk mengeluarkan topi, beg dan keychain selain dari menjual gelang yang pelbagai warna itu.

Sehubungan itu, beliau akan memastikan perancangan untuk mengeluarkan produk tersebut akan menjadi kenyataan kerana beliau ingin masyarakat luar tahu tentang kelainan yang bakal mereka tunjukkan. Mereka tidak ingin orang luar memandang jenama ini hanyalah dari segi gelang berwarna warni sahaja, malah mereka akan cuba menarik lagi minat orang luar untuk mengenalinya dengan produk-produk berkualiti yang lain.

Pada awal penubuhan SixKeen, hanya beliau dan rakannya sahaja yang mengendalikan perniagaan ini. Tetapi kini beliau boleh berbangga dengan lima kakitangan yang terdiri daripada rakan-rakannya sendiri mengendalikan perniagaan ini. Amalan berkomunikasi dalam situasi yang harmoni dan fokus pada perniagaan dalam satu kumpulan menjadikan perniagaan dapat dikendalikan dengan sistematik. dalam satu kumpulan.

Bercerita tentang harga pula, Taqi memberitahu setiap barang dijual pada harga berpatutan. Untuk warna asas ia dijual pada harga RM10 setiap satu dan untuk gelang yang mempunyai dua tona warna berharga RM15 setiap satu.

Baru-baru ini mereka telah mengeluarkan gelang yang jenis satu tali tapi mempunyai dua dan tiga warna dan ianya berharga RM20. Gelang ini diperbuat daripada tali kasut di mana tali kasut yang digunakan juga mempunyai jenisnya tersendiri. Dari segi warna pula, warna asas yang dijual black, dark blue, navy blue, teal green, green camo, maroon, pink dan dark brown.

2 5a839

Dengan pelbagai variasi warna yang ada, pasti ramai yang akan tertarik untu membeli gelang yang dijual oleh mereka. Jenis gelang yang unik ini boleh dipakai tidak kira lelaki atau perempuan kerana cara olahannya yang ringkas sangat sesuai dipadankan dengan semua orang. Selain menerima tempahan online, SixKeen juga sering mengikuti pameran jualan seperti Tempatan Fest di mana banyak vendor yang turun padang untuk membuka tapak jualan masing-masing.

Tempatan Fest 3.5 merupakan penglibatan SixKeen yang pertama untuk pembukaan tapak dan sehingga kini telah lima kali mereka melibatkan diri dengan Tempatan Fest. Beliau merancang untuk ke Kuantan, Pahang dan Malaysia Distro dan bekerjasama dengan Monsiuer Wear.

Sebagai seorang siswa, kebijaksanaan membahagikan masa sangat penting. Masa kuliah, membuat tugasan serta kokurikulum perlu diatur dengan baik. Pembahagian masa ini juga sebenarnya mengajar beliau untuk menjadi insan yang lebih fokus serta berani menghadapi segala cabaran dalam hidup.

4 89d01

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training