fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

Budak Busker - Selami Jiwa Anak Seni

busker 86d5d

Menurut istilah, persembahan jalanan atau busking adalah amalan pertunjukan di tempat awam untuk meraih ganjaran. Di kebanyakan negara, ganjaran yang diterima lazimnya dalam bentuk wang, tetapi ada juga ganjaran lain seperti makanan, minuman atau hadiah barangan. Persembahan jalanan ini diamalkan di seluruh dunia, baik lelaki juga wanita malah kanak-kanak dan sejarah menunjukkan aktiviti busking ini sudah lama dilakukan sejak zaman purba.

Persembahan yang dipertontonkan pula boleh tergolong dalam hampir semua kategori asalkan ia mampu menghiburkan penonton. Majoriti aktiviti busking membabitkan persembahan muzik, namun tidak kurang juga menunjukkan bakat melakukan akrobatik, teknik menjinakkan haiwan, belon berpusing, helah kad, karikatur, badut, komedi, liuk badan, silap mata, kemahiran menggunakan api, sarkas lambak, sihir, mime, patung hidup, boneka, bercerita atau membaca puisi dan melukis. Busking mempunyai sejarah yang panjang dan pelbagai. Rekod sejarah mendokumentasikan amalan masyarakat Roman membaling syiling untuk penghibur secara umumnya, yang menjadi konsep busker menerima ‘tip’ atau ganjaran pada zaman ini.

Pada era Zaman Pertengahan di Eropah, penghibur jalanan hidup secara berpindah-randah. Kumpulan yang juga digelar penyair keliling (troubadour) itu banyak mendendangkan lagu popular, tarian, serta kisah masyarakat yang diubah menjadi sebahagian daripada budaya seni tradisi seluruh Eropah. Perkataan busking pula pertama kali dicatatkan dalam bahasa Inggeris sekitar pertengahan 1860-an. Perkataan itu dipercayai diambil daripada bahasa Sepanyol, ‘buskar’, bermaksud ‘mencari atau merayau’ lalu diaplikasikan penggunaannya kepada penghibur jalanan yang berpindah-randah itu.

Pada abad ke-20, busker mula menjadi suara awam bagi menyokong keadilan sosial di Amerika Syarikat. Kehidupan awam di negara itu sekitar 1960-an dan 70-an mengalami cabaran berterusan berpunca daripada pergerakan sosial secara besar-besaran.

Pergerakan hak sivil yang berlangsung ketika itu bukan saja ditunjangi kumpulan politik tapi hampir seluruh lapisan masyarakat termasuk ahli seni. Pemuzik seperti Bob Dylan dan Joan Baez adalah antara penyokong gerakan itu dan sering terbabit dalam aktiviti busking di jalanan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat. Bertemankan gitar kapoknya, Dylan meraih wang daripada aktiviti busking itu, selain menulis lagu yang terang-terangannya mengkritik hierarki politik Amerika Syarikat ketika itu.

Busking Hari Ini

Seiring peredaran zaman, busking hari ini lebih kepada memberi hiburan kepada khalayak. Ramai yang melakukannya secara sepenuh masa meskipun ada yang menjadikannya sebagai pekerjaan tetap. Di negara seperti United Kingdom, Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat, ada segelintir busker yang datang secara berkumpulan bagi membuat persembahan menjelajahi bandar dan ada juga yang merentasi benua. Tidak kurang juga yang menjadikan aktiviti busking ini sebagai platform untuk lebih dikenali lalu memudahkan perjalanannya bergelar artis arus perdana.

Aktor filem James Bond, Pierce Brosnan, memulakan kerjaya seninya sebagai busker dengan menunjukkan kemahirannya bermain api ketika berusia 16 tahun. Ejen sarkas melihat aksinya itu lalu memberi peluang pekerjaan kepada pelakon itu selama tiga tahun sebelum dia berjaya mengumpul wang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan seni lakonan di Drama Centre, London. Penyanyi lagenda, Dolly Parton juga pernah bergelar busker di zaman remajanya. Begitu juga Eric Clapton berdendang bersama gitar tongnya dan Robin William sentiasa ceria dengan lawak jenakanya yang semuanya bermula di jalanan. Penyanyi kumpulan Nirvana, mendiang Kurt Cobain turut dikatakan memulakan karier seninya sebagai busker, sama seperti Justin Bieber yang menyanyi di jalanan seawal usia 12 tahun di Stratford, Kanada.

Band popular Korea Selatan, CNBLUE, tidak ketinggalan pernah melakukan persembahan jalanan di Tokyo, Jepun bagi menampung kehidupan mereka dan menghilang gemuruh pentas sebelum berpeluang muncul di arus perdana. Mereka kini baru selesai mengadakan konsert di 15 negara untuk jelajah dunianya termasuk di Amerika Syarikat, Mexico, Peru serta Chile. Dalam filem Ali Baba dan 40 Penyamun arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee, busker juga dapat dilihat melalui watak Sarjan lakonan Ibrahim Pendek yang bermain dadu semasa adegan di pasar. Ini menggambarkan budaya busking ini sudah lama bertapak di Malaysia.

Kemeriahan aktiviti busking ini nyata dirasai di Malaysia. Selepas kejayaan Festival Buskers Antarabangsa Kuala Lumpur pada 2006, Festival Buskers Langkawi 2013 pula dianjurkan yang mendapat sambutan lebih 3,000 pengunjung sepanjang dua hari acara berlangsung. Malah Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) turut diwujud dan didaftarkan untuk menggabungkan golongan penghibur jalanan bagi mengubah industri busking serta menaik taraf karier busker di negara ini.

Menariknya, menerusi kelab berdaftar seperti ini, penghibur jalanan berpeluang mewakili Malaysia di pentas dunia seperti di World Art Games yang berlangsung di Croatia pada Julai tahun lalu. Sebanyak 10 kumpulan terpilih iaitu Pokok Cheri Band, You And Me, Keychow-Keychow, KKSY Percussion, Alam Busker, The Retrogroovers, Ammal Bellamy & Co, Suwara, Nescoustic dan Genji Buskers.

Kesimpulannya, wang bukanlah keutamaan besar golongan busker ini membuat persembahan. Kewujudan mereka tidak lain sebagai satu cara memberikan unsur hiburan kepada penonton yang lalu-lalang di depan mereka. Inilah juga masanya untuk busker ini menunjukkan bakat terpendam masing-masing, mencuba kemahiran baru di hadapan khalayak yang secara tidak langsung dapat berhubung sesama masyarakat.

busk ea20fOleh:
Mohd Aizat B. Mohammad (Genji Gonzalez)
Bekas pelajar jurusan teater International College Of Yayasan Melaka (ICYM), Freelancer kegiatan seni.
ace_genji@yahoo.com 019-252 6368

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training