fbpx

Street Workout

st2 8fae5

“DUIT boleh dicari, badan buat sendiri” kata Syafiq Aizat atau lebih dikenali sebagai Ijat dikalangan rakan-rakan beliau.

“walaupun usia saya, agak muda jika hendak dibandingkan dengan ahli bina badan amatur yang rata-rata berusia 25 ke atas, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus cuba dan mencuba. Saya mula berkecimpung di alam bina badan ini sejak 2011, namun berhenti ‘sekerat’ jalan kerana tiada rakan untuk berlatih bersama. Namun, setelah menjejakkan kaki di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, saya banyak mengumpul rakan-rakan yang kerap ke gymnasium. Pada tahun 2012 saya mula menganggap membina badan ini bukannya perkara yang mudah. Pernah sekali saya menunggu hasil selama beberapa bulan, akan tetapi hasil yang didapati tidak banyak.

st3 6e68cPembelian ‘supplement’ atau lebih dikenali sebagai susu penaik yang berharga rm140 adalah permulaan yang serius untuk merangsang semangat bagi meneruskan hobi membina badan. Walaupun modal yang dikeluarkan untuk membina badan agak besar tetapi ia tidak pernah melunturkan semangat saya untuk terus maju kehadapan. Duit boleh dicari, tetapi badan buat sendiri.

Saya biasanya akan membuat satu jadual di mana, saya akan berada di gym ataupun di Stadium Bukit Serindit. Kebiasaannya saya akan memilih untuk pergi ke Stadium Bukit Serindit untuk menguatkan lagi otot-otot. Mengangkat beban di gym akan membuatkan badan menjadi lemah apabila menjalani aktiviti diluar terutamanya apabila bermain permainan Bar ataupun lebih dikenali sebagai street workout.

Street workout tidak memerlukan peralatan yang banyak untuk membina badan yang tegap, berbekalkan palang besi sudah cukup untuk melatih otot badan menjadi lebih sasa. Akan tetapi, teknik dan cara-cara latihan perlu betul untuk mengelakkan kecederaan otot.

“Latihan yang paling saya gemari adalah Pull-ups dan Chin-up, kerana ianya amat mencabar, siapa kata Street workout mudah?,” ujar pelajar Diploma Elektrik ini. Menurutnya lagi, street workout adalah salah satu jalan bagi mereka yang tidak mampu untuk ke gymnasium untuk tampil menarik, cukup dengan berat badan menjadi beban.

Walaupun pada mulanya agak sukar untuk melakukan latihan palang ataupun ‘street workout’, berkat hasil dan usaha ianya mula kelihatan mudah berbanding ketika mula mengenali latihan ini.

Anak muda yang bersemangat tinggi ini sangat beruntung kerana sentiasa mendapat sokongan dari keluarga dan rakan-rakan. Pernah sekali anak muda ini menolak ajakan dari Kelab bina badan amatur Fit Force, kerana beliau belum benar-benar bersedia. Kebanyakkan ahli bina badan amatur membina badan dengan latihan intensif street workout. Ini terbukti bina badan bukan sahaja boleh dilakukan di Gimnasium.

Walaupun memakan masa yang lama, namun pemuda ini meletakkan cita-cita untuk menjadi ahli bina badan yang disegani amat tinggi sekaligus menjadi pelapis negara dalam misi menambah atlit bina badan yang berkualiti.

Disamping itu juga, beliau juga mengalakkan masyarakat tidak kira umur atau bangsa untuk beriadah untuk tampil sihat dan tidak mudah berputus asa dalam menjamin kesihatan yang kental. Duit boleh dicari, badan buat sendiri itulah falsafah beliau.

st1 a981e

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print