fbpx

Cerita Dia

chak f6215

Mengharungi kehidupan seorang pelajar bukanlah mudah. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi dan diharungi. Tanpa kita sedari, masa mulai mengejar kita untuk mencapai kejayaan ke menara gading. Bermulalah sebuah kisah dimana menceritakan tentang kehidupan seorang pelajar yang mempunyai cita-cita yang besar dan tersangat tinggi. Dapatkah dia mencapai kejayaan dan kemahuannya dalam masa yang terlalu singkat dengan menghadapi penyakit yang hanya berbakikan 2 tahun sahaja?

Alysha bukan nama sebenar ialah salah seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang telah menceburi bidang Komunikasi MASSA (MASSCOM) yang bertempat di Melaka. Dia kini tinggal hanya beberapa semester sahaja lagi bagi menghabiskan jurusan yang diceburinya. Alysha seorang yang sangat mudah bergaul. Tetapi dalam pergaulannya dia selalu dipergunakan sehinggalah dia menemui 4 orang budak-budak yang selalu menyedarkan dia akan persahabatan orang-orang disekelilingnya yang hanya mempergunakan kelebihan yang dia ada.

Sehinggalah ke hari ini, 4 orang sahabat itu yang telah menyedarkannya. Sahabat itu lah yang menjadi peneman dikala susah dan senangnya dalam menuntut ilmu di kolej itu. Gelak tawa bersama rakan-rakannya mulai dikenali di setiap sudut kolej kerana Alysha dan rakan-rakan boleh dikatakan sangat periang dan sentiasa membuat orang lain ketawa. Tanpa disedari, masa berlalu begitu pantas. Penyakitnya mula melarat tetapi sedikitpun tidak dihiraukannya dan dikaburi dengan gelak tawa bersama rakan-rakannya. Alysha percaya, rakan-rakan yang selalu ada di sisinya di saat susah dan senang telah membuatkan dia lupa akan penyakitnya.

Pada suatu hari, alysha terpaksa balik ke rumah orang tua nya secara mengejut tanpa diketahui rakan rakannya yang lain. Kehilangan Alysha menjadi persoalan kepada rakan-rakan. Rakan-rakan cuba menghubunginya berkali- kali tetapi gagal. Alysha mengelakkan diri dari memberitahu keberadaanya kepada rakan-rakan. Setelah seminggu menghilang, Alysha muncul dalam keadaan yang sangat lemah dan tidak berdaya tetapi dia masih menguatkan diri seperti biasa. Dia masih dengan gelak ketawanya. Tetapi rakan-rakannya seakan merajuk dan tidak mempedulikan itu semua.

Pertanyaan demi pertanyaan ditujukan kepada Alysha. Namun Alysha cuba menukar topik perbualan sehingga membuatkan rakan-rakannya terasa akan perubahan yang berlaku pada diri Alysha.

Salah seorang rakannya, Abel cuba untuk menyelongkar masalah misteri kehilangan Alysha selama seminggu. Abel mencuri diari Alysha semasa ketiadaan Alysha. Segala rahsia Alysha terbongkar selepas Abel membaca kisah hidup dalam diari tersebut. Alangkah terkejutnya Abel apabila mengetahui rahsia kesakitan yang ditangung oleh Alysha selama ini. Abel tidak dapat menahan kesedihan dan air matanya.

Dia tidak menyangka selama ini, Alysha menanggung derita penyakit kanser tahap kritikal. Keadaan Alysha semakin lemah dan tidak bermaya. Hanya Abel yang tahu keadaan Alysha dan membuatkan Abel menjadi seorang yang pendiam. Lama-kelamaan derita yang ditanggung Alysha semakin teruk. Akhirnya Abel terpaksa berkongsi kisah penderitaan dan kehilangan Alysha selama seminggu kerana melarikan diri daripada mendapat rawatan di hospital dengan rakan-rakan yang lain iaitu Marlisa, Yuna dan Killa.

Abel menunjukkan diari Alysha kepada rakan-rakannya. Mereka tidak dapat menahan rasa sedih dan berpelukan sambil menangis. Mereka tidak menyangka Alysha sanggup melarikan driri dari hospital kerana tidak tahan menghabiskan masanya yang singkat berada di wad. Mereka juga berasa sedih kerana tidak dapat menjadi sahabat yang baik buat Alysha selama ini. Sepatutnya mereka mengetahui akan hal ini lebih awal.

Setelah mereka tahu lalu mereka bergegas mendapatkan Alysha dibiliknya tapi malangnya Alysha meninggalkan mereka dengan satu nota tertulis di atas katil bagi memperjelaskan pemergiannya. Abel dan rakan-rakannya yang lain mengalirkan airmata sekali lagi dengan membaca nota yang tertulis “ sahabat-sahabatku, Alysha tak sanggup nak berdepan dengan korang.. tambahan lagi keadaan Alysha yang tidak begitu menyenangkan korang.

Alysha perasan dairi Alysha hilang dan Alysha tahu dairi tu salah seorang daripada korang mungkin ambil dan terbaca kisah kehidupan Alysha. Alysha minta maaf sebab tak bagitahu korang awal-awal tentang penyakit yang Alysha kena tanggung ni. Alysha taknak tengok korang sedih sebab kita dah biasa untuk gelak-gelak tiba-tiba berita ni akan buatkan kita masing-masing sedih. Lastly, Alysha bahagia dapat sahabat macam korang dan Alysha harap korang dapat teruskan cita-cita Alysha. Xoxo”

Sejak hari itulah mereka kehilangan Alysha tanpa khabar dan apabila mereka rindu mereka akan melihat gambar-gambar dan video antara Alysha dan mereka. Sehingga hari ini cita-cita Alysha untuk mendapatkan segulung diploma diteruskan oleh 4 sahabatnya. Alysha mempunyai cita-cita dan angan yang tinggi tetapi masa yang menyingkatkan langkahnya untuk terus kehadapan. Dunia hanyalah sementara bagi yang mempunyai masa yang panjang maka hargailah ia sebaik mungkin sebagai seorang pelajar mahupun seorang insan.

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print