fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

Putat Caricature

putat 7c4b3

Menyusuri sepanjang sungai Melaka membawa seribu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Bagaikan melalui terowong masa yang menayangkan filem epik seperti ‘Puteri Gunung Ledang’ atau ‘Pirates of Caribbean’. Kita dapat menyaksikan pelbagai bentuk senibina bangunan yang berusia ratusan tahun dari pelbagai era hinggalah kepada keunikan pelbagai bentuk budaya dan kaum yang menghiasi sepanjang perjalanan di sungai Melaka ini.

putat2 569f8Tidak salah lagi, kenangan ini haruslah diabadikan dalam pelbagai bentuk, untuk dijadhikan sebagai bukti bahawa kita telah melalui satu pengalaman yang hebat. Maka tidak hairanlah, jika dinyatakan disini bahawa setiap tempat yang kita tujui pasti kita temui pelbagai jenis aktiviti seni dan jualan , Seperti lukisan batik, pemandangan, portrait, karikatur, dan pelbagai lagi. Ramai artis dan pelukis bebas yang hebat dan ternama menzahirkan karya mereka disini. Mereka datang dari pelbagai lapisan umur dan kaum. Ada juga diantara mereka datang dari luar negara seperti Indonesia, China, India, Jepun, Itali, German dan banyak lagi.

Salah seorang daripada mereka ialah Shahril Anuar bin Mohd atau lebih dikenali sebagai Putat, bekas pelajar ICYM dalam jurusan Diploma Teknologi Animasi, sudah hampir 10 tahun menimba ilmu dan pengalaman di rantau orang, akhirnya beliau membuat keputusan untuk menabur bakti di kampung halaman sendiri. Putat amat mahir dalam menghasilkan watak-watak kartun dan portrait, beliau telah membuka sebuah kiosk ‘Putat Karikatur’ di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong iaitu di Muzium Samudera, berdekatan dengan Jeti ‘Melaka River cruise’.

Kiosk ini mensasarkan lukisan karikatur sebagai perniagaan utama disamping dengan jualan sampingan yang lain seperti t-shirt dan cenderahati.

Karikatur adalah suatu hasil karya lukisan yang menunjukkan ciri-ciri lukisan wajah objek yang di lebih-lebihkan dari rupa asal objek. Bertujuan untuk menghiburkan pemilik wajah di samping membuatkan seseorang itu tersenyum dan ketawa, muka yang biasa kita lihat dijadikan salah satu watak kartun berserta dengan latar belakang bangunan lama di Melaka bersejarah ini. Maka tidak hairanlah kiosk Putat ini sentiasa penuh dengan pelanggan dan menjadi tempat yang wajib dikunjungi sebelum meninggalkan Melaka. Setiap hari, ada sahaja pengunjung yang menempah karikatur, kebiasaannya 10 hingga ke 20 orang pada hari biasa dan 40 hingga ke 80 orang pada hujung minggu. Putat juga mengadakan perniagaan secara dalam talian dan ini membolehkan beliau mengembangkan perniagaannya hingga ke peringkat antarabangsa. Sebilangan pelanggannya terdiri daripada pelancong asing, dan kebiasaanya mereka akan terus mendapatkan khidmat ini walaupun setelah pulang ke negara asal mereka.

putat5 fefbePutat bagaikan Duta kecil Melaka, setiap kali tangannya bergerak untuk memulakan lakaran karikatur seseorang, beliau akan memulakan dengan bercerita secara bersahaja tentang apa jua pun, baik dari segi sejarah dan budaya di Melaka hinggalah kepada pengalaman hidup bersekolah di salah sebuah sekolah yang paling tua di Melaka yang terletak di pusat warisan dunia, iaitu Sekolah Tinggi Lelaki, Banda Hilir, Melaka.

Usaha beliau ini secara tidak langsung, telah membantu menaikkan industri pelancongan di Melaka ini. Putat juga telah beberapa kali secara usahasama terlibat dalam menjayakan beberapa program melibatkan pelancongan yang dianjurkan oleh Pihak Muzium Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Kehadiran pelancong yang sentiasa ramai di Melaka ini sememangnya satu peluang yang perlu direbut. Kesungguhan Putat mengetengahkan diri di sebalik kesibukan ini patut kita ambil contoh. Dengan keazaman yang kuat kita pasti boleh berjaya!


putat3 96e98

 

putat5 fefbe

 

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training