fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

Fazlan - Pengacara Muda Tv Al-Hijrah

fazlan 2bc45

Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang ditimba, bukan mudah untuk mengotakan impian yang diinginkan. Namun berkat kesungguhan dan semangat juang yang tinggi dia yakin serta mampu mencapai impiannya untuk menjadi pengacara televisyen yang berkaliber. Bagi pengacara program Assalamualaikum terbitan stesen TV Alhijrah, Norfazlan Abdul Mutalib, setiap peluang yang ada tidak akan disia-siakan untuk mengutip ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin.

fazlan2 90a40Berpegang kepada prinsip amanah dan buat semua kerja dengan sehabis baik menjadikan beliau cepat meningkat naik dalam kerjaya dan disenangi di kalangan rakan-rakan sekerja. Menurutnya, menjadikan setiap tugasan yang diberi sebagai satu amanah sangat penting untuk memastikan ia dapat disiapkan tepat pada masa dan hasilnya memuaskan hati.

“Cabaran dan masalah memang sentiasa ada dalam kerjaya penyiaran tetapi kita mestilah berfikiran positif, menanganinya dengan bijak supaya ia dapat diatasi dan berjaya menghasilkan sesuatu yang terbaik,” katanya kepada wartawan majalah bulanan ICYM ketika ditemui di pejabatnya.

Rutin harian dalam bidang penyiaran sememangnya menuntut pengorbanan masa yang banyak. Namun, kebijaksanaan menyusun jadual tugas akan menjadikan kehidupan lebih sukses. Bekerja dalam satu pasukan memerlukan setiap ahli bekerjasama, memberikan komitmen dan menepati masa. Kerjaya sebagai wartawan penyiaran dan pengacara sebenarnya menjadikan beliau seorang yang lebih berdisiplin kerana untuk menjayakan rancangan yang disiarkan secara langsung memerlukan beliau sentiasa bersedia dengan bahan-bahan penyelidikan yang berkaitan dengan isu dan menepati masa.

Mengimbau zaman belajar di kolej, zaman belajar adalah masa yang paling menyeronokkan kerana banyak aktiviti yang boleh disertai bersama rakan-rakan. Anak muda kelahiran Negeri Jelapang Padi ini pernah menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik sempena Festival Teater Peringkat Negeri Melaka melalui teater berjudul Sepandai- pandai Tupai Melompat.

fazlan3 9991c“Banyak yang kita boleh belajar semasa di kolej. Cuma sama ada kita mahu mengambil peluang ataupun tidak. Sebenarnya, ia banyak membantu dalam kerjaya bila bekerja,” katanya. Menurutnya, tidak rugi jika melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa belajar sekiranya tahu membahagikan masa. Banyak cara untuk mendapat ilmu dan bukan semata-mata dengan belajar di dalam bilik kuliah. Ilmu yang diperolehi boleh digunakan semasa masih belajar mahupun apabila bekerja nanti.

Penglibatan dalam pelbagai aktiviti seperti projek-projek penerbitan televisyen anjuran kolej dan pementasan teater banyak membantunya untuk menjadi lebih fokus serta yakin bekerja dalam produksi dan berhadapan dengan lensa kamera semasa. “Bekerja dalam satu kumpulan diibaratkan seperti satu keluarga dan kita mesti memberikan kerjasama yang baik. Dari penglibatan inilah sebenarnya saya belajar bagaimana untuk fokus dan bekerjsama dalam satu pasukan yang dapat saya praktikkan dalam kerjaya saya sekarang,” kata beliau.

Tambahnya lagi, bakat sahaja tidak mencukupi untuk kita mencapai kejayaan jika tidak disertai dengan ilmu di samping tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup. Apabila di tanya apa yang mendorong beliau di dalam bidang penyiaran ini jawapan yang diberi mudah iaitu ‘minat’. Tanpa minat, kita tidak mungkin mampu meneruskan apa jua pekerjaan yang kita lakukan dan kerana minat juga beliau berjaya kini.

Kerjaya beliau di Al-Hijrah bermula sewaktu beliau dan rakannya sedang mencari tempat untuk menjalankan Latihan Industri. Pada ketika itu, mereka menghantar permohonan latihan industri di pelbagai syarikat namun dia telah membuat keputusan untuk menjalani latihan industri di stesen TV Al Hijrah kerana pada waktu itu Al Hijrah masih baru ditubuhkan dan mereka ingin menyahut cabaran dan mencuba sesuatu yang baru. Selepas tamat latihan industri, mereka mendapat tawaran untuk terus bekerja di Al Hijrah namun mereka terpaksa menangguhkan niat kerana mereka masih perlu menyelesaikan Penilaian Projek Akhir mereka. Beliau berasa sangat terharu kerana pihak Al Hijrah sanggup menunggu mereka selama enam bulan untuk mengambil mereka berkerja sedangkan mereka boleh mengupah orang lain pada waktu itu. Setiap ruang dan peluang yang diberi mereka gunakan sebaik-baiknya sebagai tanda penghargaan di atas kepercayaan yang diberi.

Sebelum sesi temuramah berakhir, beliau ada berkata ‘Ingat semula apa matlamat anda semasa pertama kali anda menjejakkan kaki ke SMART. Itu pilihan anda, kerana anda tidak dipaksa datang ke sini. Apa yang paling utama adalah minat dan kesungguhan yang tinggi. Pengalaman tidak akan datang bergolek , adakalanya anda perlu cari jalan untuk mendapatkannya. Jangan malu atau takut untuk masuk ke dalam bilik pensyarah untuk bertanya soalan atau pendapat, kerana itu juga merupakan rumah anda. Mereka (pensyarah) bagaikan abang atau kakak. Mereka pasti tidak akan mengecewakan kalian. Rajin-rajinkan diri untuk menggunakan peralatan yang sedia ada sebab anda bukan masuk belajar secara percuma. Disebabkan kegagalan melanjutkan pelajaran ke IPTA, saya memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke KAYM dalam jurusan Diploma Teknologi Media(DTM) dibawah Sekolah Teknologi Media dan Seni (SMART).

Pada mulanya saya fikir semua tempat belajar adalah sama. Tetapi saya silap! Silap sama sekali! Pembelajaran di SMART merupakan sesi belajar yang sangat seronok. Seronok bukan bermakna kita boleh bermain atau leka, akan tetapi persekitaran yang tenang dan gembira disamping tenaga pengajar yang berpengalaman dalam industri. Pengalaman selama tiga tahun di SMART adalah pengalaman yang sangat berharga dan berguna. Dari seorang yang ‘kosong’ pada mulanya, kini hasil dari didikan para pensyarah, saya mampu untuk bekerja multi-tasking. Ini kerana SMART amat menggalakkan pelajarnya mempelajari lebih dari satu bidang. SMART juga banyak mengajar saya erti kehidupan.

Saya banyak belajar perkara-perkara yang lebih dari apa yang terkandung dlam silibus. Pokoknya cuma perlu ada MINAT YANG TINGGI dan KESUNGGUHAN. Akhir kata, saya telah membuat pilihan yang tepat, pilihlah SMART, anda akan menjadi hebat.

Biodata
Nama: Norfazlan bin Abdul Mutalib
Tarikh Lahir: 14 Februari 1991
Asal: Jitra, Kedah
Adik Beradik : Anak ke-2 daripada 5 adik beradik
Hobi: Bermain Badminton dan Melancong
Pendidikan: Diploma Teknologi Media (Penyiaran)
International College Of Yayasan Melaka (ICYM)
Kerjaya: Wartawan dan Pengacara TV AlHijrah

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training