fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

School Of Industrial Technology - Jaminan Keperluan Industri

Untitled 37d83

International College Of Yayasan Melaka (ICYM) telah mewujudkan Sekolah Teknologi Perindustrian (STP) pada tahun 2005 dengan matlamat melahirkan pekerja mahir bagi menampung kehendak industri yang sedang rancak berkembang di Malaysia. Semenjak awal penubuhan STP sehingga kini , seramai 1758 graduan mengikuti kursus kursus yang ditawarkan sekolah ini.

Antara kursus yang ditawarkan di STP adalah Diploma Teknologi Multimedia (DMM), Diploma Teknologi Elektrik (DTL) dan Diploma Teknologi Elektronik Industri (DTE). Demi memastikan graduan yang bakal dilahirkan memenuhi kehendak pasaran, STP telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah syarikat tempatan dalam usaha untuk memasarkan graduan-graduan lepasan diploma untuk bekerja. Dengan adanya jalinan kerjasama ini maka tempat untuk bakal graduan adalah terjamin untuk melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Para pelajar di STP sangat beruntung kerana proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilaksanakan adalah dalam kaedah 60% amali dan 40% teori. Ini memberikan gambaran bahawa penekanan yang lebih kepada amali bagi membolehkan pelajar mempraktikkan sepertimana di dalam industri. Pensyarah- pensyarah STP juga terdiri daripada kalangan pensyarah yang berpengalaman di bidang industri seterusnya boleh memberikan nilai tambah kepada pelajar semasa proses P&P dijalankan. STP menyasarkan sebanyak 98% jaminan pekerjaan selepas pelajar DTL & DTE menamatkan latihan industri dan selepas Diploma Show bagi pelajar DMM yang mempamerkan hasil kerja kreatif multimedia. Selain itu lepasan graduan STP juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPTA / IPTS selepas tamat pengajian.

Diploma Teknologi Multimedia (DMM)

Kursus diploma ini memberi penekanan pembelajaran di bidang seni sebagai tunjang utama kepada
penghasilan karya seni kreatif multimedia digital. Syarat kemasukan bagi kursus ini adalah lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk matapelajaran Matematik, atau lulus diperingkat sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Para pelajar didedahkan kepada elemen-elemen dan prinsip reka bentuk, rekaan grafik, pengiklanan, pembangunan laman web, ‘motion graphic’, animasi 3D, aplikasi multimedia interaktif dan penyuntingan audio/video. Graduan DMM mempunyai prospek kerjaya yang luas khususnya sebagai
Pereka Multimedia (Motion Effects, Audio/Video), 3D Animator, Pereka Web dan Interaktif, Pereka Grafik, dan pereka di bidang pengiklanan serta terlibat juga di bidang produksi ‘New Media’ selain di bidang ICT umumnya.

Diploma Teknologi Elektrik (DTL)

Kursus ini merupakan salah satu kursus yang paling mendapat sambutan dikalangan calon-calon pelajar lepasan SPM setiap kali sesi kemasukan ICYM dibuka. Diploma ini menawarkan latihan teori dan amali kepada pelajar yang menumpukan pembentukkan pengetahuan, kaedah membuat dan merekabentuk serta anggaran kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan-peralatan ujian dan perlindungan pepasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan elektrik. Disamping itu para pelajar juga mempraktikkan pemasangan, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem pneumatik / elektropneumatik dengan kaedah yang sempurna. Dengan syarat kemasukan yang hanya lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana matapelajaran serta lulus Matematik atau lulus program peringkat sijil dalam bidang berkaitan dari institusi pendidikan tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, para graduan DTL mempunyai prospek kerjaya sebagai Juruteknik, Juruteknik Kanan / Pembantu Jurutera, dan Penyelia Projek (yang melibatkan kerja-kerja pemantauan / penyeliaan, pembaikan kerosakan, pemasangan litar dan peralatan elektrik serta perancangan bersistematik projek elektrik).

Diploma Teknologi Elektronik Industri (DTE)

Diploma ini diperkenalkan untuk menyahut seruan kerajaan selaras dengan perkembangan sektor perindustrian negara iaitu bagi mengeluarkan tenaga mahir khususnya dalam bidang elektronik. Kursus ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukkan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang teknologi elektronik industri seperti Hidraulik & Pneumatik, Programmable Logic Controller (PLC) dan sebagainya. Selain itu kursus ini juga memberi penekanan kepada aspek pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan peralatan serta sistem elektronik industri, bagi membolehkan pelajar mendapat pekerjaan dalam bidang terbabit serta melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Graduan DTE mempunyai prospek kerjaya sebagai Juruteknik, Penyelia dan Pembantu Jurutera (khususnya di dalam bidang industri pembuatan dan penyelenggaraan). Syarat kemasukan bagi kursus DTE ini adalah sama seperti kursus DTL kerana aliran bidangnya yang sama dan di klusterkan di bawah bidang kejuruteraan / teknologi kejuruteraan oleh pihak MQA.

STP sentiasa menyeimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan aktiviti ko-kurikulum yang diterapkan di dalam struktur kursus yang ditawarkan. Adalah menjadi budaya diperingkat IPT, pelajar STP juga digalakkan untuk mengetuai dan menggerakkan segala aktiviti sosial di luar waktu kelas bertujuan bagi mengeratkan silahturahim serta semangat perpaduan dikalangan para pelajar dan pensyarah contohnya seperti aktiviti Sukaneka, Family Day, Bowling Tournament, Jamuan Makan Malam dan sebagainya. Dengan menganjurkan aktiviti seperti di atas para pelajar akan memperolehi pengalaman, berdaya maju dan memupuk sifat kepimpinan yang tinggi.

Terkini STP mengorak langkah ke dimensi baru dengan penawaran kursus baru iaitu ‘Diploma in Electrical and Green Technology’. Selaras dengan penawaran kursus baru ini secara langsungnya ICYM merupakan IPT yang menyahut seruan Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan Melaka sebagai Bandar Teknologi Hijau. Kursus ini masih lagi diperingkat awal pembentukkan kurikulumnya yang mendapat kerjasama erat bantuan dari Malaysian Green Technology Corporation (MGTC). Beberapa sesi perbincangan telah diadakan antara kedua-dua pihak untuk mencapai kesepakatan dan kepentingan bersama. Fokus kursus ini menjurus kepada sektor tenaga dan besar harapan STP kursus baru ini berdaya melahirkan graduan yang kompeten dengan pengetahuan dan kemahiran dalam Teknologi Hijau untuk mencari ketidakbergantungan terhadap tenaga dan mempromosikan kecekapan penggunaan tenaga.

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training