fbpx
  • saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

Asyraf Animation Director Les’ Copaque

image-0006 d06c4

Apabila meminati sesuatu, rancanglah apa yang ingin dilakukan seterusnya walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Jangan mudah mengaku kalah. Itulah prinsip hidup tokoh ALUMNI edisi pertama ini, Mohd Asyraf Abd Rahman, Animation Director di syarikat Les’ Copaque Production Sdn Bhd yang popular dengan filem 3D pertama di Malaysia iaitu Upin dan Ipin. Beliau memulakan pengajian di ICYM pada tahun 2004 dalam jurusan Diploma Teknologi Animasi, Sekolah Teknologi Media Dan Seni (SMART) International College Of Yayasan Melaka (ICYM). Bersama wartawan ICYM menyingkap rahsia kejayaan beliau.

S: Bilakah anda melibatkan kerjaya sebagai seorang ‘Animation Director’?

J: Selepas taman pengajian saya di ICYM pada tahun 2007, saya memulakan kerjaya saya di sebuah syarikat lain terlebih dahulu selama beberapa bulan. Namun selepas saya menonton rancangan Upin Ipin yang disiarkan semasa bulan ramadhan di TV9, saya tidak menyangka Malaysia mampu mengeluarkan produk sebaik itu yang memiliki jalan cerita yang menarik , kelakar dan 3D yang bagus. Jadi saya memberanikan diri pergi ke sesi temuduga yang dijalankan dan saya mendapat kerja pada hari yang sama. Saya memulakan kerja saya sebagai ‘Junior Animator’ dan pada waktu itu filem Penggembaraan Geng sedang dalam pembikinan lagi. Selepas 6 bulan saya berkerja di situ, saya menjadi ‘Senior Animator’ pula dan selepas tiga ke empat siri Upin & Ipin, saya menjadi image-0001 9198b‘Leader Animation’ .Pada ketika itu ada tiga hingga lima orang sahaja ‘leader animation’. Selepas setahun, saya menjadi ‘Head Department’ pula. Jika dulu saya hanya perlu mengawal tiga hingga lima orang sahajatapi sekarang saya perlu mengawal 15 orang. Menjadi ‘Head Department’ terpaksa menghadapi pelbagai cabaran kerana berhadapan dengan bilangan kakitangan yang ramai sedangkan saya pula tidak mempunyai pengalaman dalam menguruskan tenaga kerja yang ramai. Banyak perkara yang saya pelajari dari masalah itu dan selepas ditegur oleh pihak atasan, tahun kedua menjadi ‘Head Department’ merupakan tahun yang gemilang buat saya kerana Animation Department menjadi bahagian yang sering disebut- sebut di dalam syarikat. Dengan kerja keras dan pengorbanan tidur di pejabat, bangun pagi terus sambung kerja. Tetapi saya telah bertekad untuk mengubah cara kerja kepada kaedah yang lebih selesa dan fleksibel apabila ramai kakitangan yang tidak tahan dan berhenti kerja dengan situasi tersebut. Saya cuba mengubah cara pengurusan. Setiap tahun syarikat akan membuat family trip dan bos besar pula akan menghantar pekerja yang sudah lama berkhidmat ke luar negara untuk belajar bagaimana hasil kerja syarikat luar. Saya pernah mendapat peluang ke Perancis selama dua minggu dan berpeluang melihat cara mereka bekerja, cara menguruskan organisasi dan berfikir.

S: Adakah pendapatan sebagai ‘animation director’ berbaloi?

J : Kami di sini akan dibayar gaji mengikut kemahiran . Kalau seseorang itu berkebolehan menghasilkan animasi yang baik, mereka akan dibayar gaji yang tinggi tanpa mengira apa taraf kelulusan mereka sama ada sijil, diploma ataupun ijazah. Untuk permulaan bagi mereka yang memiliki sijil, dibayar gaji RM1200 sebulan dan akan dinaikkan menjadi pekerja tetap dengan gaji RM2000. Saya rasa ia berbaloi dengan kemahiran yang kita miliki.

image-0007 3d23aS: Pada pandangan anda, berapa ramai lagi ‘animator’ yanga anda perlukan ?

J: untuk jabatan animator, kami masih memerlukan 15-20 orang lagi kerana banyak lagi projek yang bakal dibuat. Maka kita masih memerlukan ramai lagi tenaga kerja untuk memastikan segalanya dapat berjalan lancar.

S: Apakah cabaran yang terpaksa anda hadapi semasa belajar dan bagaimana anda mengatasinya?

J : Saya merupakan seorang yang tegas. Jika hendak sesuatu saya akan pastikan saya dapat benda itu. Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan dididik untuk berdikari. Jadi saya harus berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Semasa belajar di ICYM dulu, saya memerlukan sebuah komputer yang berharga RM3000 untuk melakukan projek akhir. Saya mengumpul duit sendiri sebanyak RM1500 selama dua semester dan selebihnya dapat duit dari keluarga. Terpaksalah saya berjimat cermat. Tetapi ianya berbaloi kerana saya meminati bidang ini dan saya bukan jenis yang suka buat kerja separuh jalan sahaja.

S : Siapakah yang paling banyak memberi dorongan kepada anda sepanjang tempoh ini?

J : Masa mula-mula saya bekerja, ia lebih kepada rakan-rakan kerana saya memiliki ramai kawan baik jadi bila mempunyai waktu kelapangan kami akan berjumpa dan meluangkan masa bersama-sama untuk bertukar-tukar pandangan. Keluarga juga memahami kerjaya yang menjadi pilihan saya dan menyokong setiap usaha yang saya lakukan.

S: Pada pandangan anda, apakah kelebihan ICYM terutamanya Sekolah Teknologi Media Dan Seni (SMART)?

J: Pendekatan yang digunakan oleh para pensyarah SMART memang bagus. Pensyarah-pensyarah SMART bukan dari jenis ‘bagi muka’ kepada para pelajar. Jika kerja tak siap, mereka akan campak ke lantai terus dan saya pernah mengalaminya. Pada pendapat saya ia merupakan satu tindakan yang bagus kerana ia akan membuatkan pelajar lebih bersemangat untuk memperbaiki hasil kerja mereka. Cuma ia juga bergantung kepada pelajar itu sendiri bagaimana untuk menerimanya. Kemudahan yang terhad juga membuatkan pelajar berlumba-lumba untuk menyiapkan tugasan dengan cepat.

S: Adakah bidang lain yang anda ingin ceburi selain daripada bidang animasi ini?

J: Apabila saya sudah memasuki bidang animasi ini, saya ada matlamat sebenarnya untuk menjadi seorang pendidik dalam bidang animasi. Pengalaman 7 tahun dalam bidang ini mungkin belum melayakkan saya untuk mencapai matlamat itu. Saya yakin akan dapat mencapainya selepas mengumpul pengalaman yang secukupnya kerana saya hendak berkongsi ilmu dalam bidang animasi dengan orang lain terutama generasi muda.

S: Apa kata-kata semangat atau nasihat untuk adik-adik yang masih meneruskan perjuangan di ICYM khususnya bidang animasi?

J : Pertama sekali, fikir masak-masak terlebih dahulu apa yang kita inginkan dalam hidup. Betul atau tidak keputusan yang kita buat. Kalau betul-betul minat dalam bidang animasi teruskan dan buat dengan bersungguh-sungguh. Kesukaran yang dilalui semasa belajar adalah proses yang mampu menjadikan kita mahir nanti. Sebelum saya membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di ICYM dulu, saya pernah membuat kajian terlebih dahulu di dalam internet tentang kursus animasi di Malaysia. Akhirnya saya memilih ICYM kerana melihat potensi dan kelebihan pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dalam bidang animasi.

ANTARA PENCAPAIAN ASYRAF SELAMA BERKECIMPUNG DALAM DUNIA ANIMASI

2007

  • Best Of Media Entertainment - APICTA - Senior Animator

2009

  • Best On Screen Chemistry Award - Shout! Award - Animation Leader
  • First 3D Animated Feature Film - Malaysia Book Of Records - Animation Leader
  • Anugerah Khas Juri - Festival Filem Malaysia ke-22 - Animation Leader
  • Anugerah Khas Filem Box Office - Festival Filem Malaysia ke-22 - Animation Leader
  • Viewer’s Choice Award - Kids Film Festival - Animation Leader

2010

  • Lolipop Award XY Kids!Animasi Favourit Upin & Ipin – Indonesia - Animation Leader
  • Anugerah Kalung Perpaduan - Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional - Animation Leader
  • Best Brands in Animation(Upin & Ipin) - The Brand Laureate - Animation Leader
  • Brand Leadership Award - World Brand Congress, India - Animation Leader

2011

  • Most Successful Animation - Malaysia Book Of Records - Head Of Animation
  • Anugerah Khas Tun Mahathir - NEF-Awani - Head Of Animation
  • Awesome TV Show - TV3 My Kids Awards - Head Of Animation
  • Cutest Characters - TV3 My Kids Awards - Head Of Animation
  • Intelectual Property Award - MyIPO(2011) - Head Of Animation
  • The Most Musical Performances in a month-Upin & Ipin The Musical - Malaysia Book of Records - Head Of Animation

2012

  • SMI Innovation Excellence Award - SMI Malaysia - Head Of Animation

2013

  • Gold Award-Les’ Copaque Production - International Quality ERA Award, Geneva - Animation Director
  • Watak Animasi Tempatan Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012(2013) - Animation Director

Diploma Animasi MARA Multimedia Upin Ipin Teater Media Seni

divider 75d41

Tawaran Khas untuk lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma/Matrikulasi/Asasi Sempena Ulang Tahun ke 20 ICYM

  1. Biasiswa Penginapan dan Pengangkutan bagi Program Diploma dan Ijazah
  2. Pembiayaan/Penajaan Penuh daripada PTPK bagi Program Sijil

Permohonan:

Langkah 1, Biasiswa - Klik Sini
Langkah 2Pilih Program

Foundation / Diploma Foundation In Information Technology Foundation In Management Diploma In Entrepreneurship Diploma In Marketing Diploma In Accountancy Diploma In Islamic Financial Planning Diploma In Culinary Arts Diploma In Hotel Management Diploma In Tourism Management Diploma In Animation Technology Diploma In Media Technology Diploma In Theatrical Arts And Technology Diploma In Multimedia Technology Diploma In Information Technology Diploma In Computer Networking Diploma In Cyber Security Diploma In Electrical Technology Diploma In Industrial Electronic Technology Diploma In Early Childhood Education Diploma In Guidance & Counseling Diploma In Aircraft Maintenance Technology Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia Diploma In Technology Management (UTM) Diploma In Technology Management (Accounting) (UTM) Diploma In Computer Science (Information Technology) (UTM) Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) (UTM) Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) (UTM) Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan) (UTM) Professional License Aircraft Maintenance License Technician (AML-T) DCAM-PT-66 CAT A1 Aircraft Maintenance License Engineer (AML-E) DCAM-PT-66 CAT B1-1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Short Course Lukisan Pelan Senibina / Juruteknik Elektrik / Teknologi Automotif / Pembuatan Pastri Program Tajaan Ground Handling Management (GHM) PTPTN Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU KWSP YAYASAN PENERAJU UPEN PTPK TAPEM YAYASAN NEGERI ZAKAT MARA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (IIUM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UNIMAP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) (KOTA SAMARAHAN) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training