• saat 98f32
  • iata e9491
  • ADC dcc5b
  • scet 40b64
  • Media 261cc
  • SBM 5a9ca
  • shtm 777a4
  • degree2 35861
  • diploma2 2617b
  • skills 7e8e9

From CEO Office

06af6f86-7f26-4c37-b6f8-d27a87e399b7 0b8d5
Perutusan Tahun Baru 2018 Ketua Eksekutif International College Of Yayasan Melaka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama merafakkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, lantaran izin dan atas kehendak-Nya jua, kita bakal menempuh gerbang 2018 dan fajar tahun baru yang akan menjelang ini sekali gus melabuhkan tirai 2017.

Sesungguhnya waktu dan masa berpacu dengan amat pantas dan kedatangan tahun 2018 menjadi tanda pembuka lembaran baru yang bakal kita tempuhi. Saya berharap kedatangan 2018 ini disambut dengan satu tekad yang kukuh dan niat positif untuk kita terus memacu ke hadapan dengan penuh keazaman serta semangat kental penuh iltizam, agar kita dapat bersama mengharungi cabaran baru di Tahun 2018.

Kita imbas kembali pelbagai kejayaan dan pencapaian ICYM sepanjang tahun 2017. Bagi pencapaian akademik, kita juga amat berbangga dengan kecemerlangan 6 pelajar program kerjasama UTM-ICYM yang berjaya mendapat Anugerah Medal di Majlis Konvokesyen UTM. Pengalaman menawarkan program kerjasama diploma UTM sejak tahun 1997 membuktikan ICYM mampu menyediakan program berkualiti setanding IPT arus perdana. Terkini ICYM mendapat pengiktirafan untuk menawarkan 4 program Ijazah Sarjana Muda UTM.

Bagi melebarkan sayap ke persada antarabangsa, kita bekerjasama dengan Institut Islam Al-Fatih Syria bagi menawarkan program-program peringkat Sarjana Muda Sastera Dalam Bahasa Arab dan Sarjana Muda Sastera Dalam Perundangan Islam yang bakal ditawarkan pada tahun 2018.

ICYM juga bakal menjadi salah sebuah institusi yang cemerlang melalui kerjasama rakan industri seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Kumpulan Halcent Holding, TWA (Malaysia) Sdn Bhd, dan Star Tulip Aviation mencakupi pelbagai bidang sekaligus mengambil kira keperluan tenaga kerja mahir masa kini.

Sesungguhnya pendidikan tinggi adalah instrumen pengislahan bangsa yang paling penting untuk sesebuah negara. Seramai 839 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian pada majlis konvokesyen kali ke 15 yang disempurnakan YB Datuk Wira Halimah Binti Mohamed Sadique, Timbalan Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Alhamdulliah, ini adalah bukti kejayaan ICYM apabila saban tahun mutu pencapaian graduan ICYM terus meningkat seiring dan setanding dengan institusi pendidikan tinggi yang lain.

Saya percaya dengan segala perancangan ini, ICYM berupaya kekal relevan memainkan peranan melahirkan modal insan sekali gus membolehkan mereka memenuhi kehendak industri. Ini merupakan cabaran besar dan tanggungjawab kita bersama untuk merealisasikan impian dan bersama-sama berganding bahu membangunkan negara menuju aspirasi Transformasi Nasional 2050 @Tn50.

Segala yang kita rancang dan mahu laksanakan tidak akan menemui kejayaan tanpa sokongan dan kerjasama semua warga ICYM. Saya menyeru kepada semua, marilah bersama saya berusaha bersungguh-sungguh untuk meletakkan kolej kita yang tercinta ini ke satu tahap yang boleh dibanggakan.

Saya juga berharap semua warga kerja ICYM komited dalam memastikan setiap program yang ditawarkan memenuhi keperluan pendidikan generasi dan permintaan industri masa kini. Ia seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan menjadikan Malaysia sebuah Negara berpendapatan tinggi.

Hari ini ICYM menggalas cabaran besar dan tanggungjawab yang berat untuk memastikan ICYM terus cemerlang, kompetitif dan relevan di mata masyarakat. Semoga tahun 2018 ini akan menjadi satu motivasi untuk terus berusaha mencipta kecemerlangan pada masa akan datang.

Seperti mana firman ALLAH SWT dalam surah Ar-Rad Ayat 11;

1 c59f0

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Tidak Mengubah Apa Yang Ada Pada Sesuatu Kaum Sehingga Mereka Mengubah Apa Yang Ada Pada Diri Mereka Sendiri". (Surah Ar-Rad, Ayat 11)

Akhir kata, seiring dengan semangat tahun baru yang mendatang, kepada semua warga ICYM dan semua pihak yang terlibat secara langsung untuk memajukan ICYM, tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang, marilah kita bersama-sama berusaha menuju puncak kemajuan. Eratkan lagi hubungan ukhuwah dan perpaduan bagi mencapai hasrat menjadi lebih cemerlang ke arah kemakmuran

Moga-moga kita berjaya. Insya-Allah.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2018

DATUK HAJI SARONI BIN HAJI JUDI
Ketua Eksekutif

Print Email

Important !!!!

Important 0ffb9For easier communication in future. 

Don't forget to Check the box for "Also post on Facebook" 

Untitled df8ab

  • ong 65e06Throughout my studies in ICYM, I have encountered many challenges and obstacles. However, I was lucky enough to be given the opportunity to gain knowledge here and also to engage in co-curriculum activities organized by the college. For me, ICYM is the best choice. 

    Ong Wei Sin • Diploma in Marketing • Best Student

  • fadzlina c3e6cI think ICYM has done a great job, especially during my student’s life in campus. I like the multi-cultural environment in ICYM that depicts the feel of 1 Malaysia. During my studies in ICYM, I have became more confident, able to improve my skills and possessed the sense of believing my self. As a whole ICYM was able to overtime any locking. I will definitely introduce ICYM to my friends.

    Nor Fadzlina Mukhtar • Diploma in Network Technology  Best Student

  • asyrafabMy learning experience in ICYM was very good and interesting and I can learn a lot about animation technology. Lectures in ICYM are very experienced in this industry compared to other colleges. They taught us all the knowledge about animation so the that we can improve our experience in the animation industry today.

    Mohd Asyraf Abd Rahman • Diploma in Animation, Lead Animator, Les’ Copaque Production

  • leekamThere is always a motivating environment in ICYM drives me to success. Spending time together with lectures and friends enable us to learn our own mistakes. Learning experience has turned me into an all-rounded individual. It was an extraordinary experience for me.

    Lee Kam Shann • Diploma in Multimedia Technology Best Student

  • asyrafI am grateful to be given the opportunity to study in ICYM as I am able to increase my knowledge in Animation, theoretically and practically. ICYM is definitely the right choice for those who want to learn in the field of Animation because the college has provided the complete and conducive environment for learning as well as practical experiences. 

    Asyraf Abdullah • Diploma in Animation Technology ,Senior Render Artist & Technical Manager, Les’ Copaque Production

  • intanBecoming an ICYM graduate is a prestigious acknowledgement. I would like to thank all my lecturers for their dedications and self esteems, as well as having the reputation as honourable academicians and educators. I am really touched by their personality and professionalism shown. Thank you for guiding and transforming us for what we are today.

    Intan Safinas Haji Abdul Samat • Diploma in Media Technology Executive, Education & Training