PROGRAM LUAR KAMPUS (PLK) UUM

PENGENALAN
Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) telah dilantik oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menjadi pusat pembelajaran bagi Program Luar Kampus (PLK) atau nama lainnya sebelum ini Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Melaka. Ini adalah salah satu peluang untuk warga Melaka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Antara kelebihan program ini ialah :-

  • Sijil Penganugerahan Ijazah dikeluarkan oleh UUM.
  • Syarat kemasukan minimum hanya SPM dan berumur 21 tahun ke atas.
  • Pengkuliahan dijalankan sekali sebulan di hujung minggu (Sabtu & Ahad)
  • Bayaran yuran pengajian melalui PTPTN/KWSP/Sendiri/Majikan.

Program ini sesuai diikuti oleh semua lapisan masyarakat (rujuk syarat kemasukan) terutama kakitangan kerajaan atau swasta yang berkeinginan untuk meningkatkan kerjaya masing-masing. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan yang diberikan ini.

PROGRAM YANG DITAWARKAN
• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan kepujian Universiti Utara Malaysia
• Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan kepujian Universiti Utara Malaysia 

SESI KEMASUKAN
Januari / April / Julai / Oktober
Tarikh tutup permohonan adalah sebulan (Setiap 1 haribulan) sebelum setiap sesi kemasukan.

SYARAT KEMASUKAN MINIMUM

1.    Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf;  AND
· Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
· Lulus Matematik (untuk semua program)
· Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ke atas ; ATAU
· Lulus Ujian Kemasukan yang dijalankan oleh pihak Universiti

2.   Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf; DAN
· Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM (atau lulus sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu dalam STPM boleh diterima sebagai ganti syarat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat  SPM); DAN
Lulus Matematik/ Matematik Tambahan/Prinsip Akaun (Perdagangan/Ekonomi Asas ) di peringkat SPM ; DAN
· Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya:
1. CGPA mestilah 2.00 ke atas; DAN
2. Gred C (NGMP 2.00)  matapelajaran Pengajian Am; DAN
3. Gred C (NGMP 2.00) dua matapelajaran lain.
Nota : Lulus Gred C adalah bersamaan dengan Gred E (STPM sebelum 2003)

3.    Diploma/Kes Khas
· Mempunyai Diploma daripada institusi yang diiktiraf ; ATAU
· Mempunyai Sijil Matrikulasi UUM atau dari Universiti Awam yang diiktiraf ; ATAU
·  Syarat kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia atau diluluskan oleh Senat Universiti ; DAN
· Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); DAN
·  Kepujian dalam bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia di peringkat SPM

YURAN PENGAJIAN

YURAN

JUMLAH (RM)

Pengajian

150.00 (1 jam kredit)

Pendaftaran

300.00

Perpustakaan

18.00 (setiap semester)

Persatuan Pelajar

10.00 (setiap semester)

Nota :  Pihak Universiti berhak untuk menyemak bayaran yuran dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
KAEDAH PEMBELAJARAN

  • Setiap pelajar diberikan bahan pembelajaran utama iaitu modul yang komprehensif untuk setiap subjek yang diambil.
  • Empat (4) kali pertemuan dengan pensyarah setiap semester ( satu semester bersamaan 4 ½ bulan)
  • Pensyarah dan penyelaras program boleh dihubungi melalui telefon, faks, email dan surat.
  • Kemudahan dan perkhidmatan kaunseling juga diberikan untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah di dalam pembelajaran.
  • Tarikh dan masa kelas dan peperiksaan untuk setiap semester akan diumumkan di dalam kelas yang pertama.

 

PROSEDUR PERMOHONAN

  • Sila isikan dan lengkapkan borang permohonan. Sila “download
  • Senarai keperluan dan dokumen yang dikehendaki :-
  • Yuran proses sebanyak RM100.00 (Wang pos atas nama Bendahari UUM)
  • Dua keping gambar terkini berukuran pasport (tuliskan no i/c di belakang gambar)
  • Dua salinan kad pengenalan
  • Dua salinan keputusan SPM yang disahkan
  • Dua salinan keputusan STPM yang disahkan (jika ada)
  • Dua salinan Diploma dan Transkrip yang disahkan (jika ada)
  • Dua salinan sijil akademik lain yang disahkan (jika ada)
  • Surat asal kelulusan/perakauan/pengesahan/pelepasan daripada majikan atau pihak berkuasa berkenaan bagi mereka yang mempunyai pengalaman kerja untuk mengikuti program ini. (Wajib).
  • Surat Pengesahan biasiswa/hadiah latihan/pinjaman pengajian (jika ada)
  • Kegagalan mematuhi perkara (1)-(9) akan menyebabkan borang permohonan tidak lengkap dan ia tidak dapat dipertimbangkan.
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan ke alamat berikut :-

PENGURUS PROGRAM UUM-KAYM
KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA
No. 1, Jalan Bukit Sebukor,
75150, Melaka.

 

BORANG PERMOHONAN

Sila download borang permohonan di sini

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan ke alamat berikut :-

PENGURUS PROGRAM UUM-KAYM
KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA
No. 1, Jalan Bukit Sebukor,
75150, Melaka.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI

PENGURUS PROGRAM UUM-KAYM
Telefon : 06-2817732  Sambungan 265 / 285
Faks : 06-2862467
Email : plkuum@kym.edu.my

Atau hubungi terus pihak PACE, UUM di talian berikut :-
04-9284924 / 4926 / 4918 / 4932
http://www.pace.uum.edu.my